CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kumpulan Bank Dunia lantik Judith Green jadi Pengurus Negara bagi Malaysia

25-11-2024 03:43 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 21646| Komen: 19

 


KUALA LUMPUR: Kumpulan Bank Dunia melantik Judith Green sebagai Pengurus Negara yang baharu untuk Malaysia.

Dalam satu kenyataan hari ini, bank itu berkata jawatan yang baru diwujudkan untuk Green akan berpangkalan di hab pertumbuhan inklusif dan kewangan mampan Kumpulan Bank Dunia di Kuala Lumpur, yang keutamaannya menyokong pembangunan negara melalui pengetahuan, pelaburan dan bantuan nasihat.

Hab itu juga memanfaatkan pengalaman pembangunan dan inovasi dasar Malaysia untuk memudahkan pertukaran pengetahuan antara Malaysia dan negara berpendapatan rendah dan sederhana yang bercita-cita untuk mencontohi kejayaan pembangunan Malaysia.

Green sebelum ini merupakan Pengurus Negara untuk Kepulauan Pasifik, Papua New Guinea, Australia dan New Zealand di Perbadanan Kewangan Antarabangsa (IFC) yang merupakan ahli Kumpulan Bank Dunia yang berdedikasi untuk pembangunan sektor swasta dalam pasaran baru muncul.


Beliau memegang Ijazah Sarjana Muda Perakaunan dari University of the West Indies dan merupakan felow Persatuan Akauntan Bertauliah (United Kingdom) dan Institut Akauntan Bertauliah Jamaica.


Sementara itu, Green berkata Malaysia telah berjaya mempelbagaikan ekonominya daripada bergantung kepada pertanian dan komoditi kepada sektor pembuatan dan perkhidmatan nilai tambah, yang memacu pertumbuhan ekonomi.


"Memperluaskan penglibatan kami dengan kedua-dua sektor awam dan swasta di bawah pendekatan kepimpinan baharu ini akan membolehkan kami menyokong Malaysia dalam cita-cita pembangunannya dengan lebih baik," tambahnya.


Sumber : Berita Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote zorrro_03 25-11-2024 04:32 PM
celaka2 ni semua tidak lain hanya utk huruharankan negara2.  dorang mungkin hadir untuk imbang penguasaan ekonomi oleh blok china.  

tak habis2 celaka2 ni nak hantuk negara2 supaya unstable an velotile senantiasa.  mmg dajjal perangai mcm ni kannn
Quote JunkMail 25-11-2024 04:36 PM
PMX dah kasi greenlight lah tu kat imf nak kasi babi babi ni bertapak kat tanahair. Babi lahhh
Quote Decaffeinated 25-11-2024 06:10 PM
Seperti biasa akan ada lah yang panas punggung. Tau kenapa kan?
Quote slavehunter 25-11-2024 08:18 PM
Nuart dah jual Malaysia kat Imf ker?
Macam yang cuba dibuat tahun 90s dulu sampai kena jail ler.
Quote begg 25-11-2024 09:10 PM
Woke ke hape ni?
Quote me12345 26-11-2024 03:17 AM
Camouflage.......
Quote Farnor 26-11-2024 03:33 AM
Tak paham guwe.. Apasal pulak nak jd pengurus negara Malaysia.. Bangang punya anwar
Quote stingerkaypoh 26-11-2024 03:41 AM
Edited by stingerkaypoh at 26-11-2024 03:52 AM

Buat2 kerkejut plak acik2 kanten…. Dah bangsa sendiri sibok dgn papantanda tulisan cina





Quote Dorotheas 26-11-2024 07:01 AM
Wow org jamaica pengurus negara malaysia
Quote Decaffeinated 26-11-2024 07:13 AM
Ada yang ingat country manager itu kerjanya menguruskan negara. Patutlah menggelupur.
Quote aavakateimani 26-11-2024 07:56 AM
tahniah kaka
Quote pokokmeranti 26-11-2024 07:57 AM
ada yg boleh jelaskan peranan minah ini di Malaysia?
Quote aavakateimani 26-11-2024 07:58 AM
oh dari jamaica tp bukan yg itu
Quote grouper 26-11-2024 08:15 AM
Dia ni gaji sape bayar...duit cukai rakyat msia ke. Ada kena tax apa2 x makcik ni ... Dia ni wfh ke cane..ke expat duk msia...
Quote Kuin-Kepam 27-11-2024 12:23 PM
pokokmeranti replied at 26-11-2024 07:57 AM
ada yg boleh jelaskan peranan minah ini di Malaysia?

https://www.worldbank.org/en/news/press-release/2024/11/25/judith-green-appointed-world-bank-group-country-manager-for-malaysia
Quote nusaraya 27-11-2024 01:09 PM
slavehunter replied at 25-11-2024 08:18 PM
Nuart dah jual Malaysia kat Imf ker?
Macam yang cuba dibuat tahun 90s dulu sampai kena jail ler.

So... Berdasarkan kondisi terkini di Malaysia ....

Siapa ang lebih POWER dan menentukan arah tuju dan masa hadapan Malaysia .... Agong, PMX atau Yang Maha Mulia Judith Green ?
Quote apalancut 27-11-2024 01:24 PM
tiber keluar nama judith green.. sebelum ni takda plak list yang keluar
Quote slavehunter 27-11-2024 03:05 PM
nusaraya replied at 27-11-2024 01:09 PM
So... Berdasarkan kondisi terkini di Malaysia ....

Siapa ang lebih POWER dan menentukan arah tuju ...

Nuart tu sah la kena pegang dgn IMF.
Quote Skuau 27-11-2024 03:10 PM
nusaraya replied at 27-11-2024 01:09 PM
So... Berdasarkan kondisi terkini di Malaysia ....

Siapa ang lebih POWER dan menentukan arah tuju ...

negara tertangga pasti iri.
negara tertangga ketar ketir.
-kohona

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 04:09 AM GMT+8 , Processed in 0.040486 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top