View: 21465|Reply: 19
|
Kumpulan Bank Dunia lantik Judith Green jadi Pengurus Negara bagi Malaysia
[Copy link]
|
|
KUALA LUMPUR: Kumpulan Bank Dunia melantik Judith Green sebagai Pengurus Negara yang baharu untuk Malaysia.
Dalam satu kenyataan hari ini, bank itu berkata jawatan yang baru diwujudkan untuk Green akan berpangkalan di hab pertumbuhan inklusif dan kewangan mampan Kumpulan Bank Dunia di Kuala Lumpur, yang keutamaannya menyokong pembangunan negara melalui pengetahuan, pelaburan dan bantuan nasihat.
Hab itu juga memanfaatkan pengalaman pembangunan dan inovasi dasar Malaysia untuk memudahkan pertukaran pengetahuan antara Malaysia dan negara berpendapatan rendah dan sederhana yang bercita-cita untuk mencontohi kejayaan pembangunan Malaysia.
Green sebelum ini merupakan Pengurus Negara untuk Kepulauan Pasifik, Papua New Guinea, Australia dan New Zealand di Perbadanan Kewangan Antarabangsa (IFC) yang merupakan ahli Kumpulan Bank Dunia yang berdedikasi untuk pembangunan sektor swasta dalam pasaran baru muncul.
Beliau memegang Ijazah Sarjana Muda Perakaunan dari University of the West Indies dan merupakan felow Persatuan Akauntan Bertauliah (United Kingdom) dan Institut Akauntan Bertauliah Jamaica.
Sementara itu, Green berkata Malaysia telah berjaya mempelbagaikan ekonominya daripada bergantung kepada pertanian dan komoditi kepada sektor pembuatan dan perkhidmatan nilai tambah, yang memacu pertumbuhan ekonomi.
"Memperluaskan penglibatan kami dengan kedua-dua sektor awam dan swasta di bawah pendekatan kepimpinan baharu ini akan membolehkan kami menyokong Malaysia dalam cita-cita pembangunannya dengan lebih baik," tambahnya.
Sumber : Berita Harian |
|
|
|
|
|
|
|
celaka2 ni semua tidak lain hanya utk huruharankan negara2. dorang mungkin hadir untuk imbang penguasaan ekonomi oleh blok china.
tak habis2 celaka2 ni nak hantuk negara2 supaya unstable an velotile senantiasa. mmg dajjal perangai mcm ni kannn |
|
|
|
|
|
|
|
PMX dah kasi greenlight lah tu kat imf nak kasi babi babi ni bertapak kat tanahair. Babi lahhh |
|
|
|
|
|
|
|
Seperti biasa akan ada lah yang panas punggung. Tau kenapa kan?
|
|
|
|
|
|
|
|
Nuart dah jual Malaysia kat Imf ker?
Macam yang cuba dibuat tahun 90s dulu sampai kena jail ler. |
|
|
|
|
|
|
|
Tak paham guwe.. Apasal pulak nak jd pengurus negara Malaysia.. Bangang punya anwar |
|
|
|
|
|
|
|
Wow org jamaica pengurus negara malaysia |
|
|
|
|
|
|
|
Ada yang ingat country manager itu kerjanya menguruskan negara. Patutlah menggelupur.
|
|
|
|
|
|
|
|
ada yg boleh jelaskan peranan minah ini di Malaysia? |
|
|
|
|
|
|
|
oh dari jamaica tp bukan yg itu |
|
|
|
|
|
|
|
Dia ni gaji sape bayar...duit cukai rakyat msia ke. Ada kena tax apa2 x makcik ni ... Dia ni wfh ke cane..ke expat duk msia... |
|
|
|
|
|
|
|
So... Berdasarkan kondisi terkini di Malaysia ....
Siapa ang lebih POWER dan menentukan arah tuju dan masa hadapan Malaysia .... Agong, PMX atau Yang Maha Mulia Judith Green ?
|
|
|
|
|
|
|
|
tiber keluar nama judith green.. sebelum ni takda plak list yang keluar |
|
|
|
|
|
|
|
nusaraya replied at 27-11-2024 01:09 PM
So... Berdasarkan kondisi terkini di Malaysia ....
Siapa ang lebih POWER dan menentukan arah tuju ...
Nuart tu sah la kena pegang dgn IMF. |
|
|
|
|
|
|
|
nusaraya replied at 27-11-2024 01:09 PM
So... Berdasarkan kondisi terkini di Malaysia ....
Siapa ang lebih POWER dan menentukan arah tuju ...
negara tertangga pasti iri.
negara tertangga ketar ketir.
-kohona |
|
|
|
|
|
|
| |
|