CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Cukai taksiran tidak boleh dinaikkan secara mendadak - Nga Kor Ming

25-11-2024 12:28 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 26078| Komen: 7

 


Ipoh: Proses penilaian semula cukai taksiran mesti mementingkan kebajikan rakyat dengan kadar cukai berkenaan tidak boleh dinaikkan secara mendadak kerana langkah itu boleh membebankan rakyat.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming yang menegaskan perkara itu berkata kerajaan mencadangkan kenaikan cukai dilakukan secara beransur-ansur dan mengambil kira kadar inflasi semasa.

Beliau berkata sebagai contoh, kadar cukai taksiran hanya boleh dinaikkan sebanyak dua hingga lima peratus sahaja setiap dua tahun.

"Pendekatan ini telah berjaya di Pulau Pinang dengan kadar kenaikan kecil tetapi konsisten telah menerima sambutan baik daripada rakyat. Saya yakin Ipoh juga boleh mengkaji dan mengambil pendekatan serupa agar rakyat tidak terbeban," katanya dalam kenyataan hari ini.

Pada 22 Nov, media melaporkan semakin ramai warga bandar raya Ipoh yang mengemukakan bantahan terhadap kadar baharu cukai taksiran sebanyak sembilan peratus yang akan dilaksanakan Majlis Bandaraya Ipoh (MBI).


Sementara itu, Nga berkata isu cukai taksiran itu telah dibangkitkan dalam Majlis Negara Kerajaan Tempatan baru-baru ini.

"Dasar kerajaan adalah jelas, ini adalah kerajaan dari rakyat, untuk rakyat. Semua bantahan dan maklum balas akan diteliti untuk memastikan keputusan yang dibuat adalah adil," katanya.


Sumber – Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote clueless_gamer 25-11-2024 04:31 AM
geng lari cukai ni kalau boleh tak bayar sesen pun tapi masih nak sebar propaganda palsu yg konon puak depa bayar paling banyak..
Quote Kak-Rohana 25-11-2024 04:36 AM



Quote clueless_gamer 25-11-2024 04:55 AM
dulukan.. zaman dululah, masa kecoh dia dapat 2.6bilion dulu katanya.. org suruh dia bayar cukai sbb dapat duit tu.. so kalau ikut logic tu, duit yang najib "rompak" ni kena bayar cukai ke?

kalau korang rompak duit bank 20 juta contohnya, memang kena bayar "cukai" jugak ke walau pun duit tu "salah" atau mmg saje nak dia jatuh je sebenarnya..
Quote aavakateimani 25-11-2024 07:32 AM
ok la kot
Quote aavakateimani 25-11-2024 07:33 AM
malas nak bace
Quote misszazaz 25-11-2024 08:48 AM
elok la tu
Quote mayaHD 25-11-2024 08:55 AM
penang mengelupor bila cukai taksiran dinaikan. sebab tu kena naik pelan2. komplen pon kuat compare tempat melayu yg redho mbsb tak buat kerja

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 04:10 AM GMT+8 , Processed in 0.030565 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top