View: 26050|Reply: 7
|
Cukai taksiran tidak boleh dinaikkan secara mendadak - Nga Kor Ming
[Copy link]
|
|
Ipoh: Proses penilaian semula cukai taksiran mesti mementingkan kebajikan rakyat dengan kadar cukai berkenaan tidak boleh dinaikkan secara mendadak kerana langkah itu boleh membebankan rakyat.
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming yang menegaskan perkara itu berkata kerajaan mencadangkan kenaikan cukai dilakukan secara beransur-ansur dan mengambil kira kadar inflasi semasa.
Beliau berkata sebagai contoh, kadar cukai taksiran hanya boleh dinaikkan sebanyak dua hingga lima peratus sahaja setiap dua tahun.
" endekatan ini telah berjaya di Pulau Pinang dengan kadar kenaikan kecil tetapi konsisten telah menerima sambutan baik daripada rakyat. Saya yakin Ipoh juga boleh mengkaji dan mengambil pendekatan serupa agar rakyat tidak terbeban," katanya dalam kenyataan hari ini.
Pada 22 Nov, media melaporkan semakin ramai warga bandar raya Ipoh yang mengemukakan bantahan terhadap kadar baharu cukai taksiran sebanyak sembilan peratus yang akan dilaksanakan Majlis Bandaraya Ipoh (MBI).
Sementara itu, Nga berkata isu cukai taksiran itu telah dibangkitkan dalam Majlis Negara Kerajaan Tempatan baru-baru ini.
"Dasar kerajaan adalah jelas, ini adalah kerajaan dari rakyat, untuk rakyat. Semua bantahan dan maklum balas akan diteliti untuk memastikan keputusan yang dibuat adalah adil," katanya.
Sumber – Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
|
geng lari cukai ni kalau boleh tak bayar sesen pun tapi masih nak sebar propaganda palsu yg konon puak depa bayar paling banyak.. ![](static/image/smiley/default/lol.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
dulukan.. zaman dululah, masa kecoh dia dapat 2.6bilion dulu katanya.. org suruh dia bayar cukai sbb dapat duit tu.. so kalau ikut logic tu, duit yang najib "rompak" ni kena bayar cukai ke?
kalau korang rompak duit bank 20 juta contohnya, memang kena bayar "cukai" jugak ke walau pun duit tu "salah" atau mmg saje nak dia jatuh je sebenarnya.. ![](static/image/smiley/default/lol.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
penang mengelupor bila cukai taksiran dinaikan. sebab tu kena naik pelan2. komplen pon kuat compare tempat melayu yg redho mbsb tak buat kerja![](static/image/smiley/default/lol.gif) |
|
|
|
|
|
|
| |
|