CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tragedi water rafting. Tiga peserta ‘team building’ JKR mati lemas

16-11-2024 09:57 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 62254| Komen: 215

 


TIGA peserta yang terdiri daripada dua lelaki dan seorang wanita, maut selepas lemas ketika melakukan aktiviti berakit redah jeram (water rafting) di Sungai Kampar di Gopeng, Perak pada petang Jumaat.

Menurut Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sayani Saidon, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian pada pukul 5.56 petang.

"Mangsa merupakan antara 22 peserta program team building daripada Jabatan Kerja Raya (JKR) Seberang Perai Tengah dan Langkawi serta enam pemandu pelancong yang turun ke kawasan sungai bermula petang 3.30 petang.

"Setibanya di lokasi, pasukan kami mendapati kesemua mangsa sudah dinaikkan ke tebing," ujarnya dalam satu kenyataan.

Tambah beliau, laluan water rafting itu sepanjang enam kilometer dan mangsa dihanyutkan kira-kira empat kilometer perjalanan menyusuri sungai.

"Dua mangsa berjaya dinaikkan di tebing berhampiran Kampung Pintu Padang iaitu seorang lelaki dan seorang Wanita yang disahkan meninggal dunia oleh Kementerian Kesihatan.


"Mangsa ketiga pula dinaikkan berhampiran River Park turut disahkan meninggal dunia oleh Kementerian Kesihatan," katanya.

Difahamkan mayat kesemua mangsa dihantar ke Hospital Kampar untuk tindakan lanjut.



SUMBER: mStar
 

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ^CUN_GILA~. 16-11-2024 10:05 AM
Edited by ^CUN_GILA~. at 16-11-2024 10:08 AM

Ini la keja bahagian HR, latihan & whatnot 1 Malaysia ni yang serupa babi suka menyusahkan orang!  Say no to activiti lasak yang have nothing to do with keja hakiki!!!
Quote otai_g 16-11-2024 10:12 AM
It must be safety gear issue. Jacket keselamatan ok x? Mmg masak la organizer kena siasat lps ni. Kebanyakan organizer mmg x pedulik sgt psl keselamatan ni sbb kalo yg Mati nant korang bukan aku.

Aku pnh dpt jacket keselamatan yg da rosak Ms naik banana boat kat pd. Nasib baik x Mati.
Quote BartholomewKuma 16-11-2024 10:12 AM
Musim hujan hangpa pi buat team building melibatkan sungai?????

Hat tukang rancang memang bodo mangkaq
Quote shida81 16-11-2024 10:20 AM
Company ak pun ada buat TB kat gopeng.. Main water rafting jugak la bulan 5 ritu.. Mujur la ms tu air x deras n cetek je.. Tp bdk yg jg team ak tu ckp klu time hujan air mmg tggi gile siap Kdg2 ada kepala air... Dia ada tjk kat ak paras air bile musim hujan tggu sampai mn.. Mmg tggi weyy.. Ak imagine time tu klu jd time kitorang punye TB mmg ak x nk buat water rafting ni
Quote kemaruk 16-11-2024 10:22 AM
Dalam gambar tu posisi tangan buat CPR pon salah
Quote imthegirl 16-11-2024 10:29 AM
Sg Kampar ni sungai besar ye. Bayangkan sampai air terjun yg dah berpuluh tahun jadi pusat rekreasi kat area ni pon ada yg ditutup ye sebab kes kepala air. Sebab dia punya kepala air bukan main main.

Tak paham aku macam mana boleh terpikir nak buat team building sukan air dalam musim hujan macam sekarang ni.
Quote imthegirl 16-11-2024 10:32 AM
Iols nak tau operator mana je. Sebab kat Gopeng ni sepanjang sungai tu byk operator water rafting.
Quote babynina30 16-11-2024 11:02 AM
imthegirl: Iols nak tau operator mana je. ...


Yep mmg femes kn. Mcm sume co kt msia ni asal TB je gi water rafting kt gopeng
Quote shernazz 16-11-2024 11:12 AM
Jkr plak tu..
Erm...
Quote honeybee1802 16-11-2024 11:18 AM
^CUN_GILA~. replied at 16-11-2024 10:05 AM
Ini la keja bahagian HR, latihan & whatnot 1 Malaysia ni yang serupa babi suka menyusahkan orang!  S ...

Tu la...hujung2 tahun apa kejadahnya nak team building...walau tak buat kt tepi sungai...kang kena plak banjir kilat ke plak...ribut ke haper...
Ceredik la skit bab perancangan ni...jgn dok pikir nak abiskan budget je...bende boleh rancsng awal kot...
Quote babynina30 16-11-2024 11:19 AM
I tgk vid org lain pegi . Ada dia ckp guide nakal , terbalikkan boat. Same mcm konsep banana boat.  So yg ni bot mmg tbalik kn ? Kerna kepala air. Hrpnya bkn sbb guide buat lawak bodoh la tbalik2 kan boat
Quote honeybee1802 16-11-2024 11:20 AM
babynina30 replied at 16-11-2024 11:02 AM
Yep mmg femes kn. Mcm sume co kt msia ni asal TB je gi water rafting kt gopeng

Thn bila ntah...ada kes lemas jg TB jabatan kerajaan la rsnya...tp sorang je la... ini sampai 3 org arwah...mmg la mati tu pasti..tp kemalangan yg boleh dielak kot..mungkin Allah nak bg kesedaran bg yg hidup ni...dia dah bg2 musim2 ni...berasimilasilah dgn kejadian aturannya...jgn dok ikut napsu sendiri je
Quote rikiruj 16-11-2024 11:28 AM
Sudah2 lah dengan team building ni... aku paling menyampah.. dah tua2 nak kena lari2, menjerit2, disuruh berjoget la etc...pastu kena share bilik dengan orang lain.. dalam usia macam ni aku sangat particular pasal privacy & tempat tinggal.  Kalau pergi bercuti dengan anak2 sendiri (dah besau panjang) pun aku rela sewa kan bilik separate untuk depa.  Kita ni perut menggelebeh , tidur berdengkor.. macam2 pe'el yang kita segan, dan teman sebilik pun segan.  Kalau masa muda 20an takdelah kita particular pasal benda2 macam ni.. tapi kalau dah 40s and above.  Itu satu benda yang aku rasa HR ambik mudah.  Kalau tak nak bagi satu bilik sorang tapi gila kemaruk nak buat jugak team building tu..  tak payah lah buat jauh2.  Buat berdekatan je la.. boleh balik tido kat rumah, next day datang balik.
Quote ladybugz 16-11-2024 12:38 PM
team building zaman skrg ni lebih kepada aktiviti perabih masa layan bos2 kipas bos menggatal merenyam berlagak single wlaupn dh beranak pinak
dll.  tidak mengira jantina ye. sorry to say. i lebih suka team building yg betul2 mcm berfikir n mcmana nk solve one issue tanpa menggunakan kerahan fizikal yg teruk2. buat persembahan atas pentas pun kira okay dah. seronok2 bukannya aktiviti bahaya2 mcm ni.
Quote makciktijah 16-11-2024 01:15 PM
musim hujan camni dgn kepala air anytime boleh berlaku, pi water rafting. sapa la punya idea bodoh ni.
Quote lightheaded67 16-11-2024 01:15 PM
^CUN_GILA~. replied at 16-11-2024 10:05 AM
Ini la keja bahagian HR, latihan & whatnot 1 Malaysia ni yang serupa babi suka menyusahkan orang!  S ...

aiol stuju. kdg program syok sndiri paksa joget joget cam org bodo
Quote asamfish 16-11-2024 01:16 PM
otai_g replied at 16-11-2024 10:12 AM
It must be safety gear issue. Jacket keselamatan ok x? Mmg masak la organizer kena siasat lps ni. Ke ...

ye....kena tgk lifevest tu ikut piawaan ke tidak...jgn main sauk je (selalunya baik owner or pengguna suka ambik mudah bab2 ni)....piawaan ni bermakna lifevest tu lengkap, dan pengguna pun memakainya secara lengkap (bukan main pakai tanpa memasang dgn sebetulnya)

Quote cucutokwan89 16-11-2024 01:17 PM
Penah join WR kt KKB. Terpengaruh dgn umi cikin. Masa tu renyai, operator kata time ni air best, proceed. Alhamdulillah ok ja, sekali jalan 10 bot, tgh viral masa tu, ramai org. Tp nya penat menunggu kt tiap2 check point. Last skali, diorg ada tny nak terbalik atau x. Bot daku on, merasa la kasut hanyut sebelah.
Quote cucutokwan89 16-11-2024 01:19 PM
Takziah utk famili arwah. Semoga tabah

Lihat semua komen(215)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 01:15 AM GMT+8 , Processed in 0.117852 second(s), 49 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top