CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

The Big Bend, Bangunan terpanjang seperti huruf ‘U’ terbalik bakal dibina di New York

15-11-2024 10:40 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 51897| Komen: 19

 


BANDAR RAYA NEW YORK – Sebuah bangunan pencakar langit pelik kerana memiliki reka bentuk seperti huruf  ‘U’ terbalik, bakal dibina di New York, lapor akhbar Metro UK kelmarin.

Dinamakan ‘The Big Bend’, pencakar langit sepanjang 1,219.2 meter dan tinggi kira-kira 610 meter itu menyasarkan untuk memegang gelaran bangunan paling panjang di dunia. 

Menurut syarikat seni bina Oiio di New York, The Big Bend direka melengkung untuk memanfaatkan ruang yang tersedia tanpa perlu membelanjakan kos tambahan.

“Reka bentuk sedemikian juga membolehkannya bertahan walaupun dilanda angin kuat. 

“Panjang The Big Bend boleh mengatasi Burj Khalifa (bangunan tertinggi dunia) di Dubai, Emiriyah Arab Bersatu (UAE) yang memiliki ketinggian 828 meter,” katanya. 

Meskipun reka bentuknya unik, Oiio merancang untuk mencipta lif bergerak di sepanjang laluan supaya membolehkan orang ramai bergerak secara berterusan di dalam bangunan. 


“The Big Bend boleh menjadi penyelesaian seni bina terhadap peraturan had ketinggian bangunan pencakar langit di Manhattan,” tambahnya. – AGENSI


SUMBER: – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Orix 15-11-2024 11:58 PM
Kata new york x lama lg nk tenggelam dah paras air makin tggi…. Gigih jugak buat bangunan baru2
Quote testly 16-11-2024 12:22 AM
Lantak kome le..sok gempa ke apa..berceretek jatuh ke bwh ye...clap hand jelah
Quote Lampuled 16-11-2024 12:51 AM
Apoo.. mcm consept twin tower jugak kekdah nya. Bangunan terpanjang pulak memasing tak nk kalah. Lepas ni buat bentuk M pulak lg panjang.
Quote lolipopmanish 16-11-2024 01:59 AM
Huruf U pulakkk
Quote Samerosie 16-11-2024 09:01 AM
Dah rupa kipas dyson.
Quote ladybugz 16-11-2024 09:16 AM
knapa i rasa design die smart. sgt kukuh jugak. sbb mcm concept paku yg u shape tu kan sgt kukuh la
Quote dubuk 16-11-2024 11:48 AM
u sape ?
Quote FOTHER-MUCKER 16-11-2024 12:22 PM
Huruf n lah lagi senang. u terbalik, n
Quote FOTHER-MUCKER 16-11-2024 12:23 PM

n

.......................
Quote mamajawie 17-11-2024 02:49 AM
sheramm aku terbayang2 bila terkena angin ribut kuat terus melambai² bangunan tu..betul macam kipas Dyson hahaha
Quote ultra78 17-11-2024 06:44 AM
Kalau tak silap bangunan kat belakang tu 432 park avenue. Lokasi di billionaires' row dekat central park. Harga seunit condo itu ranges USD 8 million hingga USD 100 million. Target market mmg utk orang status billionaire.
Quote TOPwind 17-11-2024 09:36 AM
cANTIK LAGI TWIN tOWER

Tun M Bijak
Quote TOPwind 17-11-2024 09:38 AM
mamajawie replied at 17-11-2024 02:49 AM
sheramm aku terbayang2 bila terkena angin ribut kuat terus melambai² bangunan tu..betul macam kipas ...

Muat tak jika Kong Kong nak lalu
Quote kotakbaju 17-11-2024 10:25 AM
Macam pintu gerbang ke alam lain pun ada jugak
Quote Sazreena 18-11-2024 03:15 PM
Dah nak kiamat oooiii..
Quote B40tastePosh 18-11-2024 03:45 PM
Lampuled replied at 16-11-2024 12:51 AM
Apoo.. mcm consept twin tower jugak kekdah nya. Bangunan terpanjang pulak memasing tak nk kalah. Lep ...



Buat bentuk W Triple U
Quote supernaturalee 18-11-2024 04:05 PM
mcm magnet yg hujung dia merah tu

Quote bottombikini 18-11-2024 04:25 PM
binalah apa yg kau nak bina
sebelum kiamat
Quote wikedsaikel 18-11-2024 07:47 PM
TOPwind replied at 17-11-2024 09:38 AM
Muat tak jika Kong Kong nak lalu

Aku baru nak tanya ni jugak

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 01:11 AM GMT+8 , Processed in 0.038581 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top