CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Maha kaya, ketimbang yang seringkali digunakan oleh PMX dimasukkan dalam kamus dalam talian DBP

12-11-2024 09:10 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 14310| Komen: 31

 


Kuala Lumpur: 'Maha kaya' antara satu daripada 12 perkataan baharu yang seringkali digunakan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, dimasukkan pada kamus dalam talian Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).

Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek ketika mengesahkannya, berharap orang ramai dapat menerima bahawa perbendaharaan bahasa Melayu terus hidup dan sedang berkembang.

"Sebagai bahasa yang hidup, kosa kata bahasa Melayu sentiasa berkembang penggunaannya. Ada yang suatu ketika dahulu kerap digunakan, kini sudah dianggap klasik.

"Contohnya, dahulu digunakan tetuang udara namun kini, radio. Dahulu perkataan ujana yang dianggap klasik kini meluas digunakan yang merujuk taman. Ujana ilmu yang bermaksud taman ilmu, ujana buku yang bermaksud taman yang dipenuhi buku-buku.

"Sama ada sedar atau tidak, sudah banyak kata serantau alam Melayu atau Nusantara yang sudah terserap ke dalam bahasa Melayu kita.


"Bukan sahaja kata serantau, malah kata-kata dialek, bahasa sukuan dan sebagainya ada yang sudah diterima sebagai bahasa standard. Proses penyerapan sesuatu bahasa ke dalam bahasa lain berlaku dalam semua bahasa di dunia ini," katanya.

Beliau berkata demikian ketika sesi penggulungan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2025 peringkat dasar bagi Kementerian Pendidikan (KPM) di Dewan Rakyat hari ini.

Fadhlina berkata, ketimbang adalah perkataan yang terdapat dalam Kamus Besar Bahasa Indonesia yang bermaksud kata untuk menandai perbandingan.

Katanya, kata ketimbang sama erti atau bersinonim dengan kata daripada.

Bagi perkataan peluncuran pula, beliau berkata, ia mempunyai maksud yang sama dengan pelancaran, iaitu hal atau perbuatan memperkenalkan produk atau program semakin banyak digunakan oleh pengguna bahasa Melayu sebagai variasi dalam konteks yang bersesuaian.

Dalam konteks ini, jelasnya perkataan peluncuran mengalami peluasan makna.

"Sama halnya dengan perkataan pelancaran. Dahulunya, kata pelancaran tidak digunakan untuk merujuk kepada hal atau perbuatan melancarkan produk atau program.

"Kedua-dua perkataan ini ditemukan penggunaannya dalam bahasa Melayu berdasarkan carian daripada pangkalan data korpus bahasa Melayu yang dibangunkan oleh DBP, cuma belum terakam dalam kamus terbitan DBP.

"Kata ini akan dimasukkan dalam edisi kedua Kamus Dewan Perdana (2020). Perakaman kata dan makna baharu dalam kamus diusahakan dari semasa ke semasa selari dengan perkembangan kosa kata bahasa Melayu dan berdasarkan bukti penggunaannya oleh masyarakat," katanya.
 

SUMBER: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote prince_marhaen 12-11-2024 09:15 AM
lama-lama bahasa rasmi jadi bahasa INDONNNNN JAWAAA...
Quote Binodino 12-11-2024 02:46 PM
Bodek la selagi boleh.

Quote tripleid 12-11-2024 02:52 PM
Edited by tripleid at 12-11-2024 03:10 PM

Toksah la pelik..Bangnon ni drpd zmn muda lg dah byk sumbangan die kpd kemajuan bahasa..dia dah perkenalkan byk pkataan2 baru sejak dari dia jadi menteri pelajaran tahun 80an lg.bukan baru skrg ni je

Screenshot_2024-11-12-14-51-18-056_com.android.chrome-edit.jpg
Screenshot_2024-11-12-15-09-26-543_com.android.chrome-edit.jpg
Quote Skuau 12-11-2024 02:56 PM
mohon nusaraya...menyumpah...seranah....
Quote mizzmimi 12-11-2024 03:07 PM
Memang bahasa berkembang tapi entah nape aku tak suke bahasa asing dimelayukan.. or in this case diimport terus.. bole je kata dipertimbangkan/pertimbangan instead of ketimbang.. keindonan nau bunyi..
Quote kakikuDibibirmu 12-11-2024 03:09 PM
Mcm aku dulu, mmg x guna cadar putih. Mlm tu, aku lapik cadar dgn kain pelekat aku. Malu gak kalo org tua masuk bilik ade tompok2 merah. Walaupun xde tradisi tu. Sape xnk projek mlm tu jugak kalo benda dh ade dpn mata. Halal plak tu. Hehehe.....
Quote mizzmimi 12-11-2024 03:11 PM
Binodino replied at 12-11-2024 02:46 PM
Bodek la selagi boleh.

Macam tu le kalo tengok on surface je kan.. masalahnya media kena report apa yang bangnon kata.. masuk paper semua.. word by word so makin meluas la word usage tu..
Quote mizzmimi 12-11-2024 03:12 PM
kakikuDibibirmu replied at 12-11-2024 03:09 PM
Mcm aku dulu, mmg x guna cadar putih. Mlm tu, aku lapik cadar dgn kain pelekat aku. Malu gak kalo or ...

Content sapa la ko copy paste ni kaka..
Quote Binodino 12-11-2024 03:36 PM
mizzmimi replied at 12-11-2024 03:11 PM
Macam tu le kalo tengok on surface je kan.. masalahnya media kena report apa yang bangnon kata.. m ...

Nak masuk word ketimbang, tatakelola i can understand.

But maha kaya? Bukan all these while dah ada ke perkataan tu? But of course la kita guna untuk associate dengan sifat Allah yang maha kaya tu.

Daripada masuk kamus word 'maha kaya', baik masuk kamus word 'mahathir'. Bangnon ni acah benci tapi sayang sebenarnya dengan tokdet tu.
Quote kakikuDibibirmu 12-11-2024 03:41 PM
Mahazalim dengan Mahafiraun tersenyum sinis

[youtube]Z6XFzXv9jz0[/youtube]
Quote rainbowrainz 12-11-2024 03:41 PM
Iols x bleh tengok muka dia yinnih jilatttlah ko selagi boleh...
Quote izwan_izi 12-11-2024 04:09 PM
Maha-Juburi dgn Maha-Liwati tanak letak dlm kamus jugak ke..?
Quote hyie 12-11-2024 04:35 PM
sangat bagus usaha ni. Memandangkan bang non adalah PM, jadi tersangatlah relevan usaha ni sebab lagi mudah nak sebarluaskan maklumat kat semorang aghicheww
Quote mizzmimi 12-11-2024 04:50 PM
Binodino replied at 12-11-2024 03:36 PM
Nak masuk word ketimbang, tatakelola i can understand.

But maha kaya? Bukan all these while dah a ...

Kan.. 2 words yang sedia ada and still in use pun.. kalo masuk kamus as new word memang sume ni bodekkk haha
Quote TeropongThaico 12-11-2024 04:56 PM
Kenapa tak hidupkan semula perkataan2 yg dah dianggap klasik tu?? Tak perlu import baru jika yg lama pun sesuai
Quote nolya 12-11-2024 05:07 PM
Edited by nolya at 12-11-2024 05:08 PM
Binodino replied at 12-11-2024 03:36 PM
Nak masuk word ketimbang, tatakelola i can understand.

But maha kaya? Bukan all these while dah a ...

Saya fikir the word 'maha' patut dikhususkan kepada Allah swt sahaja kerana  Allah jua yg Maha segala2nya. Even kalau nak disapa kpd kalangan Sultan dn Raja, sebut sahaja "Ke Bawah Duli yg Mulia  Tuanku...........tanpa sebutan Maha Mulia. Maha Kaya tak bolehkah ditukarkan kpd teramat kaya atau super kaya?

Quote Decaffeinated 12-11-2024 05:21 PM
nolya replied at 12-11-2024 05:07 PM
Saya fikir the word 'maha' patut dikhususkan kepada Allah swt sahaja kerana  Allah jua yg Maha sega ...

Boleh ja luaskan penggunaan bagi memberi maksud 'extremely'. Bila sebut Tuhan maha kaya atau golongan maha kaya tidak bermakna mereka punya harta sama banyak. Tengok konteks ayat.

Quote Firenzza 12-11-2024 07:08 PM
Decaffeinated replied at 12-11-2024 05:21 PM
Boleh ja luaskan penggunaan bagi memberi maksud 'extremely'. Bila sebut Tuhan maha kaya atau golon ...

Konteks mahakaya nuart tu melampau sgt, setakat gaji 13k dh masuk kategori mahakaya apa ke jadahnya.

Ketimbang tu bhs indon knp agungkan bhs luar sedangkan bhs melayu lebih sedap dan lunak bunyi nya ......lain la synoname ketimbang = kelentong + tipu + meroyan + bangang blh la masuk dlm kamus dbp
Quote Binodino 12-11-2024 07:28 PM
nolya replied at 12-11-2024 05:07 PM
Saya fikir the word 'maha' patut dikhususkan kepada Allah swt sahaja kerana  Allah jua yg Maha sega ...

Kan? Saya setuju.

Konon terpaling sasterawan negara bangnon ni. Dari guna term maha kaya, cuba guna istilah lain.

Contoh:
Golongan wahn - cinta dunia takut mati.

Lihat semua komen(31)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 01:34 AM GMT+8 , Processed in 0.188482 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top