CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

“Saya Buat Sebab Semangat Kenegerian” – Marsha Umum Sertai Konsert A Night With Sumandak Stars

11-11-2024 10:03 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 6230| Komen: 24


 



Terdahulu, penyanyi, Marsha Milan Londoh enggan memberi sebarang ulasan yang lebih lanjut berhubung isu kontroversi membabitkan konsert A Night With Sumandak Stars yang dijadualkan bakal berlangsung pada 30 November depan.

Memetik dari OhBulan!, Marsha tampil memberitahu bahawa dia bakal menyertai konsert tersebut.

Menurut penyanyi itu, dia memilih untuk tidak memberi sebarang komen sebelum ini kerana belum berjumpa dan berbincang dengan pihak penganjur.

"Pada ketika itu, saya tidak dapat apa-apa informasi daripada pihak penganjur. Alhamdulillah beberapa hari lepas baru saya jumpa pihak penganjur dan baru dapat gambaran mengenai konsert itu. Jadi saya nak bagitahu yang saya akan turut serta."

Penyanyi itu turut berkata dia seorang yang sangat menitikberatkan segala hal sebelum bersetuju untuk melakukan sesuatu perkara.

 

"Saya jenis yang particular dan ambil tahu setiap details event. Baru saya confident nak buat persembahan. Sebagai seorang yang mewakili Sabah dalam industri muzik, saya tidak kisah berkongsi platform dengan orang kampung saya. Semua dalam tu mencari rezeki."

"Saya dah jumpa mereka dan saya tahu tugasan saya. Saya buat ni sebab semangat kenegerian."

Penyanyi tersebut turut menjelaskan hubungan dia dan pihak penganjur dalam keadaan baik.


SUMBER: Oh Bulan, Beautifulnara 

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Shayang 11-11-2024 10:16 PM
Sabah ni setau aku dorang mcm kelate gak saling sokong menyokong
Tp lagi menarik dorang tak mengira agama dan bangsa janji sama2 dari Sabah.
Quote LadyCarefree 11-11-2024 10:17 PM
Edited by LadyCarefree at 12-11-2024 10:54 AM

Bodoh giler masyah ni. iols bukan peminat tp nyah kau pi buat show kat sabah saja nun. Semangat kenegerian sangat kan?
Quote sleepandream 11-11-2024 10:42 PM
iols nampak mcm ada logo kementerian dekat poster atas tu...
berapa pulak geran pakai duit awam utk konsert ni?
Quote Incanto 11-11-2024 10:42 PM
dia nak cakap,dia sapot negeri Sabah, bukan sapot bella
Quote pocongkiutss 12-11-2024 01:12 AM
Shayang replied at 11-11-2024 10:16 PM
Sabah ni setau aku dorang mcm kelate gak saling sokong menyokong
Tp lagi menarik dorang tak mengira  ...

Kalau sarawak lak..tak camtu ke uols?
Quote DeLuna85 12-11-2024 07:12 AM
Kalau dari awal buat poster mcm tu maybe Stacy tak tarik diri.
Quote DeLuna85 12-11-2024 07:12 AM
Shayang replied at 11-11-2024 10:16 PM
Sabah ni setau aku dorang mcm kelate gak saling sokong menyokong
Tp lagi menarik dorang tak mengira  ...

Jangan percaya la Uolls.
Quote rain2169 12-11-2024 08:46 AM
harap ada konsert stacy dgn marsha milan...
baru best...
Bella?? NOOOOO....
Quote prince_marhaen 12-11-2024 08:48 AM
pelik aku...organizer ni tak roger dulu ke artis ni explain betul2 semua benda, adakah dia call cakap mulut je pastu feeling2 semua onz? pastu yang si bella senduk ni yang main artis memula tu apahal? organizer ni yang spedo bella ke ni? and...si senduk ni tak segan ke, yang lain vokal & pencapaian semua bagus2... dia ngan adik dia je 'who'r'yus??'... dah la lagi2 lagu Masing2 je sampai Ernie pun perli...tu lagu makkk.. hahahahaha!
Quote ibu_haritz 12-11-2024 09:49 AM
pic Bella senduk tu patut letak paling hujung..
Quote naina 12-11-2024 09:56 AM
Dah beraling ke belakang skit ya pic bella Astilah tu. Patutnya paling hujung sekali. Dia 1 lagu pun xde. Nak harap lagu kanak2 masa kecik tu mana boleh expect suara kau akan sedap jugak bila besar. Budak2 semua suara mendatar camtu.
Quote lovelytouch 12-11-2024 10:06 AM
prince_marhaen replied at 12-11-2024 08:48 AM
pelik aku...organizer ni tak roger dulu ke artis ni explain betul2 semua benda, adakah dia call caka ...

Chuols ingat retis2 ni nak layan ke orgenizer dek don? Orgenizer ni banyak deal dgn manager ja. Artis tau2 dtg show lps tu dpt duit bukannya diorg kenal ghupa penganjur tu. Kalau dpt manager yg bagus deyols kenalkanla dgn orgnizer masa smpai kat tapak event buat kata dpt manager yg sama naik diva x kuasa diorg nak layan penganjur & dtg last minit.. samalah dgn kes ni bukannya penganjur call marsha maybe manager x beritau details sbb show tak penting bagi sheols atau payment biasa2 ja lagi2 melibatkan ramai retis. Kalau sheols solo atau dua tiga ekor ja dlm poster maybe sheols amik tau. Ni pun nasib ja viral dek non...

Panjang akaq komen pepagi ni
Quote Suci_Murni 12-11-2024 10:07 AM
bella gak yang paling rajin tolong promot konsert ni..
tgk ig marsha langsung x de promot. tgk ig orange tu ada tag marsha tapi tgk x de pun muncul dlm ig marsha.
Quote IzzahF 12-11-2024 10:07 AM
Shayang replied at 11-11-2024 10:16 PM
Sabah ni setau aku dorang mcm kelate gak saling sokong menyokong
Tp lagi menarik dorang tak mengira  ...

jgn tertifu dgn apa yg kita dgr2 dari jauh. acu try chuols duk sana dlu..
Quote Incanto 12-11-2024 10:19 AM
Edited by Incanto at 12-11-2024 10:20 AM
Suci_Murni replied at 12-11-2024 10:07 AM
bella gak yang paling rajin tolong promot konsert ni..
tgk ig marsha langsung x de promot. tgk ig o ...

buat apa yg lain nak promot

derang mcm guest artiste...di bayar utk menyanyi

ceritera hidupku tu bella punya cerita sedu sedan, terpaling teraniaya


Quote Shayang 12-11-2024 11:02 AM
pocongkiutss replied at 12-11-2024 01:12 AM
Kalau sarawak lak..tak camtu ke uols?

Sama la dedua tu
Quote Shaheeran 12-11-2024 11:06 AM
Bella tu patut artis undangan je huhuhuhu
Quote LadyCarefree 12-11-2024 11:56 AM
prince_marhaen replied at 12-11-2024 07:48 AM
pelik aku...organizer ni tak roger dulu ke artis ni explain betul2 semua benda, adakah dia call caka ...

Takkan dia nak segan? Pada dia, lidi, capok, muaz, jerangkong semua tu si Kemek tu sgt2 berbakat dan sgt2 lawa. Level international kan nyanyi kat china nun. Shila Amzah pun tak nyanyi kat pesta kampung camtu. Kalah Shila.
Quote supernaturalee 12-11-2024 12:22 PM
particular mende
poster keluar dulu tanpa perbincangan & persetujuan
dh hujung2 baru lah

btw xyah confident sgt
tiket konsert awl2 je laju
lps tu duk takat tu je
korg tak g beli ke
plg murrrr 139

Lihat semua komen(24)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 06:24 PM GMT+8 , Processed in 0.228730 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top