CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

‘Daripada tak bertegur sapa, lebih baik berpisah’ - Alif Hadi

11-11-2024 09:05 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 20231| Komen: 13

 


KERAP membawakan watak antagonis secara tidak langsung membentuk pola fikir yang menyifatkan pelakon Alif Hadi memiliki personaliti yang tegas, garang dan serius.

Bagaimanapun, setelah berpeluang bertemu empat mata dengan pemilik nama lengkap Muhammad Alif Abdul Hadi, tanggapan itu nyata meleset kerana tuan badan seorang yang tidak lekang dengan senyuman dan suka berjenaka.

Biarpun luarannya kelihatan ceria, namun gelora hati lelaki berusia 36 tahun itu hanya Tuhan yang tahu terutama apabila dia mengumumkan ikatan cinta dengan kekasih hati iaitu pelakon dan pengacara Yasmin Hani terputus di tengah jalan.

Tempoh tiga tahun menyulam cinta masih belum cukup utuh untuk meyakinkan mereka membawa hubungan ke jenjang pelamin.

“Keputusan (perpisahan) mula difikirkan sekitar awal tahun ini, apabila ada saja perkara yang menjadi bahan pergaduhan. Apabila kerap berbalah dan dirasakan banyak sangat perkara ‘tidak masuk’.


“Jadi daripada terus merosakkan hubungan ini sehingga tidak bertegur sapa, lebih baik kita ambil masa untuk rehat sekejap dan keputusan ini merupakan kata sepakat,” kata Alif dengan nada perlahan sambil matanya kelihatan sedikit berkaca.

Reaksi Alif itu jelas menunjukkan perasaan cinta buat mantan kekasih masih menyala.

Tidak menafikan hatinya hampa kerana gagal mempertahankan hubungan mereka sama seperti yang diharapkan. Namun, Alif reda dengan apa perkara dan tidak menyalahkan Yasmin mahupun meletakkan ‘beban perpisahan’ itu di bahunya.

“Perasaan sedih itu memang ada kerana saya bukan bercinta dengan seorang, tetapi bertiga. Walaupun ada berkata tempoh tiga tahun itu terlalu singkat, tetapi saya menjalaninya dengan penuh tanggungjawab.

“Setiap hari saya lalui dengan dia (Yasmin) bukan sekadar bercinta suka-suka seperti budak sekolah. Tetapi, saya perlu terus menggalas tanggungjawab sebagai bapa kedua-dua anaknya.

“Jadi saya sudah cukup masak dengan sikap masing-masing dan tahu bagaimana hendak mengambil hati serta memujuk mereka. Saya juga ada ketika sakit pening mereka dan menjaga mereka seperti darah daging saya sendiri,” katanya.




Biarpun hati mereka seperti sudah ‘terikat’, namun tanpa ikatan sah tentu sahaja hubungan hanya sekadar kekasih sahaja. Disebabkan itu, bagi Alif ada banyak hal yang perlu diambil kira sebelum masing-masing bersedia untuk menjadi suami isteri.

Malah, Alif turut mempunyai telahan sendiri ketika ditebak tentang reaksinya terhadap kenyataan Yasmin yang tetap berkawan baik dengan dia meskipun sudah berpisah.

“Saya memang agak kecewa kerana sudah penat ‘bertarung’ menjaga hubungan, tetapi siapa sangka hanya sampai di sini saja. Bagi saya, jika berkawan itu lebih baik, ya itulah jawapannya.
“Setiap daripada kita tentu mempunyai harapan terhadap pasangan masing-masing. Begitu juga dia (Yasmin) yang mungkin selesa berkawan dengan saya kerana sebagai kawan, kita tidak meletakkan harapan terlalu tinggi.

“Pada saya, ada pasangan yang boleh menjadi suami isteri, tetapi tidak mampu bekerjasama dengan baik jika mereka bekerja. Pada saya konsep itu sama yang mana bercinta tidak boleh, tetapi berkawan tiada masalah,” ujarnya seraya tersenyum.

Masih berada dalam ceritera cinta, Alif dilihat tidak mudah melenting dengan tuduhan peminat apabila ada yang menuduh sebagai lelaki ‘red flag’.

Baginya stigma lelaki yang bersalah sekiranya hubungan itu gagal, sudah sebati dengan fikiran masyarakat kerana hal itu sudah dibentuk sejak dahulu lagi.

Tidak mengira sama ada lingkungan masyarakat atau paparan televisyen, hampir semuanya meletakkan kesalahan itu pada lelaki dan menyifatkan wanita itu sempurna.

Namun, kata Alif, di zaman yang serba canggih ini, golongan wanita mempunyai kekurangan mereka dalam memelihara hubungan.

“Orang boleh berkata macam-macam untuk membuat andaian. Tetapi saya tidak terlalu memikirkan apa yang dikatakan netizen kerana cukuplah masalah yang ada dalam hidup ini, tidak perlu lagi hendak dibebankan dengan kata-kata orang.

“Kehidupan mereka sendiri pun belum tentu sempurna untuk menilai orang. Jadi biarlah mereka hendak berkata apa sama ada cakap saya ini lelaki ‘red flag’, hanya ingin mempermainkan wanita, bercinta sekadar suka-suka. Itu semua terpulang kerana paling penting, Allah dan saya tahu yang berlaku.

“Mungkin orang akan melihat lelaki salah, tetapi wanita juga ada kekurangan. Namun, saya tidak menyalahkan tentang kegagalan hubungan ini kerana semuanya sudah takdir. Jika kita sibuk fikir salah siapa, nanti perkara itu akan membebankan fikiran dan jiwa sehingga timbul perasaan membenci antara satu sama lain,” terangnya.
Dalam pada itu, Alif turut menjelaskan tentang ‘rahsia’ statusnya yang mungkin tidak ramai mengetahui. Terang Alif, dia dahulu pernah mendirikan rumah tangga dengan anak seorang tokoh politik tanah air.

Bukan bermaksud untuk merahsiakan statusnya itu, tetapi atas beberapa alasan, Alif terpaksa berbuat demikian demi menjaga hati banyak pihak.

“Identitinya biarlah saya rahsiakan. Bagi saya perkara ini terlalu sensitif untuk diperkatakan dan saya sendiri pun secara peribadi berbelah bahagi untuk menceritakan tentang ini. Sebelum ini bekas isteri saya adalah keluarga ahli politik.

“Sepanjang berkahwin, saya tidak memberitahu sesiapa kerana ingin menghormati keluarga mentua dan tidak mahu nanti akan ada perkara berbangkit. Saya memilih untuk bercerita sekarang kerana perceraian antara kami berlaku pada 2018.

“Bagi saya sudah enam tahun berlalu dan saya fikir ini sudah tiba masanya untuk bercerita. Kami berpisah selepas tujuh tahun berumah tangga dan tidak dikurniakan cahaya mata. Saya memilih untuk diam bukan kerana diminta oleh keluarga bekas isteri, tetapi kerana pilihan sendiri,” jelasnya.

Sumber : Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote makciktijah 11-11-2024 09:54 AM
galas tanggungjawab sebagai bapa? bapak budak2 tu kan ada.
Quote scarflicious 11-11-2024 08:19 PM
Menynggang mcm abdul gak ke?
Quote bottompro 11-11-2024 09:36 PM
Heloknya you.. meh la sini. I bagi kasih syg. Gituw
Quote selipar_hijau 11-11-2024 11:24 PM
Panjangnya karangann malas nak baca nokk
Quote babycc 11-11-2024 11:30 PM
Anak tokoh politik mana pulak?
Quote Lampuled 11-11-2024 11:43 PM
Tenang² aje lah putus cinta je bkn cerai.
Quote limesherbet 11-11-2024 11:52 PM
Dia ni ade stable income ke..ke YH kene jaga
Quote tahanie 12-11-2024 09:00 AM
Banyak pulak article pasal dia. Siapa yang kisah ni
Quote Hoola 12-11-2024 09:42 AM
awat byk cite putuih cinta dia ni...yg pompuan xde cakap apa2 pumm
masa ni la buka cite duda
ramai plak dud2 terhangat di pasaran yachhhh
Quote Prickford 12-11-2024 10:20 AM
"Tetapi, saya perlu terus menggalas tanggungjawab sebagai bapa kedua-dua anaknya."

Eh babi. Budak2 tu bapaknya elok je sihat selalu dengan anak2. Apa2 hal, bapaknya ada. Tak ada duit, bapaknya ada duit. Nak jalan2, bapaknya bawak jalan2. Sha'arin tu iolls tengok elok je selalu dgn anak2. Bwk gi holiday, jalan2, makan2, pegi masjid. Yg jantan takde apa2 ikatan ni acah2 mcm bapak budak2 tu pulak.


Quote supernaturalee 12-11-2024 12:54 PM
tahanie replied at 12-11-2024 09:00 AM
Banyak pulak article pasal dia. Siapa yang kisah ni

kosmo


hard up sgt for what entah lah
seriously ape yg positif blh diambil dr kisah dia ni
sempadan je semuanya




Quote Ai_kiu 12-11-2024 02:04 PM
supernaturalee replied at 12-11-2024 12:54 PM
kosmo



Takda apa yg positif pon pasal heols ni selain menjadi dambaan sesetengah acik keledek keladi...
Ai x suka dia ni. Vibes tak best  
Quote Ai_kiu 12-11-2024 02:06 PM
Prickford replied at 12-11-2024 10:20 AM
"Tetapi, saya perlu terus menggalas tanggungjawab sebagai bapa kedua-dua anaknya."

Eh babi. Budak2  ...

Terima kasih kerana tulis isi hati aiols...
Bapak budak2 berdua tu mmg sentiasa ada.
Cuma dah tak sebumbung dgn mak budak2 tu je.
Setiap event anak2 apa semua mesti shaarin ada.

Ape ke hal mamat ni acah terpaling galas tanggungjawab sebagai bapa kpd budak2 tu?
Samada dia delulu atau terasa kalah bersaing dgn shaarin kah...

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 01:20 AM GMT+8 , Processed in 0.031044 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top