CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Masjid bawah JAKIM disaran buat solat hajat doakan kejayaan misi PM di Riyadh

9-11-2024 12:30 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 65531| Komen: 7

 


PUTRAJAYA: Masjid-masjid utama bawah pentadbiran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) disaran melaksanakan solat hajat untuk mendoakan kejayaan misi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang akan mewakili Malaysia pada Sidang Kemuncak Bersama Tergempar Negara-Negara Arab dan Islam di Riyadh, Isnin depan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar, berkata justeru masjid berkenaan terutama Masjid Negara di Kuala Lumpur serta Masjid Putra dan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, di sini, diminta melakukan solat hajat itu selepas solat Isyak, mulai hari ini hingga Isnin depan.

Beliau berkata, semua masjid dan surau di Wilayah Persekutuan turut dimohon melaksanakan solat hajat itu untuk tempoh yang sama.

"Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) ingin menyatakan sokongan padu kepada Perdana Menteri atas ketegasan membawa usul menghentikan kekejaman Israel terhadap Palestin, pada Sidang Kemuncak Bersama Tergempar Negara-Negara Arab dan Islam.


"Pelaksanaan solat hajat ini adalah untuk memohon doa dan perlindungan daripada Allah SWT agar perjalanan serta misi Perdana Menteri mendapat keberkatan dan mencapai kejayaan demi manfaat negara serta ummah," katanya.

Mohd Na'im berkata, pelaksanaan solat hajat itu diharap dapat meningkatkan solidariti umat Islam di seluruh negara, sekali gus menyatukan hati rakyat Malaysia dalam mendoakan misi penting berkenaan.

Beliau berkata, Anwar akan menyampaikan suara serta harapan negara di pentas antarabangsa pada sidang kemuncak itu yang dijangka turut membincangkan isu-isu kritikal membabitkan negara-negara Islam.

"Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) mengajak seluruh umat Islam untuk bersama-sama menyertai solat hajat ini sebagai tanda sokongan dan solidariti kepada pemimpin kita, serta turut mendoakan kesejahteraan anggota Pasukan Batalion Malaysia (MALBATT) yang sedang bertugas di Lubnan.

"Semoga usaha kita diberkati Allah SWT, dan Malaysia terus kekal aman serta sejahtera bawah lindungan-Nya," katanya. – BERNAMA



Sumber : Berita Harian


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote fattymah 9-11-2024 12:30 PM
Apec sapa ganti
Quote Decaffeinated 9-11-2024 12:53 PM
Qunut nazilah seluruh negara pun tak jalan.

Ini statement bunuh diri I know. Truth hurts, deeper truth hurts deeper.
Quote kakikuDibibirmu 9-11-2024 01:26 PM
Decaffeinated replied at 9-11-2024 12:53 PM
Qunut nazilah seluruh negara pun tak jalan.

Ini statement bunuh diri I know. Truth hurts, deeper tr ...

[youtube]Xcj9O-Cv48c[/youtube]
Quote batmana 9-11-2024 07:57 PM
selama 75 tahun, antar bantahan,memorandum,kutuk bagai, mmgla takkan jalan smpai kiamat
lainla bersidang, nk antar tentera ke palestin,

agak2 klu iskandar zulkarnain dulu takat antar memo bantahan smpai 75 tahun boleh ka?
Quote supernaturalee 10-11-2024 06:40 PM
kakikuDibibirmu replied at 9-11-2024 01:26 PM

Sedapnya lagu lata Mangeshkar Ni


Br tau producer lagu ni kena Saman sbb guna sample lagu lata Mangeshkar tu tanpa kebenaran
Quote kakikuDibibirmu 10-11-2024 06:43 PM
supernaturalee replied at 10-11-2024 06:40 PM
Sedapnya lagu lata Mangeshkar Ni



[youtube]Fj2sfJUSdZw[/youtube]
Quote hyie 10-11-2024 06:51 PM
Decaffeinated replied at 9-11-2024 12:53 PM
Qunut nazilah seluruh negara pun tak jalan.

Ini statement bunuh diri I know. Truth hurts, deeper tr ...

setahu iols, qunut nazilah tu ada je buat secara konsisten kat masjid2 besar terutamanya. Baru stop dalam Ogos/Sep tahun ni tak silap. Surau2 kecik tak berapa pastilah

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-11-2024 02:36 PM GMT+8 , Processed in 0.042443 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top