KUALA LUMPUR: Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) meraikan pencapaian besar, menandakan 45 tahun dedikasi dan inovasi dengan pengeluaran motosikalnya yang ke enam juta unit. Bagi memperingati pencapaian bersejarah, syarikat turut model menampilkan Y16ZR 6MRO Edisi Terhad eksklusif. Selain itu, syarikat itu turut melancarkan Space Y, muzium motosikal pertama di Malaysia. Bagi Y16ZR 6MRO Edisi Terhad, jentera berkenaan hanya tersedia 3,000 unit sahaja. Model eksklusif itu menjadi lambang komitmen Yamaha Motor dalam menggabungkan prestasi tinggi dengan seni unik. Dengan skema warna asimetri yang inovatif, setiap sisi motosikal mempunyai warna yang berbeza,mencipta kehadiran yang berani dan menonjol di jalan raya. Direka untuk pengumpul dan peminat setia, Y16ZR 6MRO mempunyai nombor siri unik dengan lencana peringatan '6MRO', menekankan statusnya yang eksklusif dan istimewa.
Bersempena dengan pelancaran Y16ZR 6MRO Edisi Terhad, HLYM turut menawarkan pakej barangan eksklusif yang direka khas untuk mencerminkan estetik dan ciri reka bentuk motosikal ini. Y16ZR 6MRO Edisi Terhad akan tersedia di semua pengedar sah Yamaha mulai 1 Disember 2024, pada harga runcit disyorkan RM13,668, tidak termasuk yuran pendaftaran dan perlindungan insurans. Sementara itu, Space Y menawarkan peluang kepada peminat motosikal untuk menerokai sejarah Yamaha Motor, inovasi termaju, dan seni bina sambil memberikan destinasi baru yang memukau untuk peminat mendalami warisan motosikal Malaysia. Menampilkan evolusi motosikal dari masa lalu hingga kini dan masa depan, Space Y menjanjikan pengalaman yang tidak dapat dilupakan untuk semua peminat. Space Y turut diiktiraf dalam Malaysia Book of Records sebagai Muzium Motosikal Pertama di Malaysia, melambangkan komitmen jangka panjang Yamaha Motor dalam menerajui pengalaman bermotor di Malaysia. Terletak di ibu pejabat Yamaha Motor Lifestyle Station, muzium motosikal Space Y merangkumi kawasan seluas 9,000 kaki persegi dan menampilkan pameran menarik termasukbahagian sejarah dan perlumbaan; terowong inovasi; ruang interaktif dan seni; serta Kedai Space-Y. Pengarah Urusan Kumpulan, Hong Leong Industries Bhd, Datuk Prof Dr Jim Khor, berkata pencapaian 6MRO dalam masa hanya 37 bulan menandakan pengeluaran terpantas dalam sejarah industri motosikal Malaysia. "Sepanjang perjalanan ke motosikal keenam juta, kami telah menumpukan tenaga kami untuk memacu Revolusi Industri 4.0 dan digitalisasi di seluruh syarikat. "Pasukan kami akan terus menerokai visualisasi masa nyata status operasi, perancangan dan penjadualan lanjutan, pengurusan armada AMR, dan bekalan alat ganti automatik. "Kami komited untuk terus berinovasi semasa menuju ke sasaran motosikal ketujuh juta," katanya. Sumber : Berita Harian |
Beribear replied at 9-11-2024 01:55 PM
Warna lain ada ke
orkid_amani replied at 9-11-2024 06:33 PM
Dok setia lg dgn moto lagenda.. hahahaha..tak cari moto lain dah..ringan laju
ADVERTISEMENT