CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 61150|Reply: 11

Yamaha Motor perkenal Y16ZR 6MRO Edisi Terhad berharga RM13,668

[Copy link]
Post time 9-11-2024 12:26 AM | Show all posts |Read mode





KUALA LUMPUR: Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) meraikan pencapaian besar, menandakan 45 tahun dedikasi dan inovasi dengan pengeluaran motosikalnya yang ke enam juta unit.


Bagi memperingati pencapaian bersejarah, syarikat turut model menampilkan Y16ZR 6MRO Edisi Terhad eksklusif.


Selain itu, syarikat itu turut melancarkan Space Y, muzium motosikal pertama di Malaysia.


Bagi Y16ZR 6MRO Edisi Terhad, jentera berkenaan hanya tersedia 3,000 unit sahaja.


Model eksklusif itu menjadi lambang komitmen Yamaha Motor dalam menggabungkan prestasi tinggi dengan seni unik.


Dengan skema warna asimetri yang inovatif, setiap sisi motosikal mempunyai warna yang berbeza,mencipta kehadiran yang berani dan menonjol di jalan raya.


Direka untuk pengumpul dan peminat setia, Y16ZR 6MRO mempunyai nombor siri unik dengan lencana peringatan '6MRO', menekankan statusnya yang eksklusif dan istimewa.


Bersempena dengan pelancaran Y16ZR 6MRO Edisi Terhad, HLYM turut menawarkan pakej barangan eksklusif yang direka khas untuk mencerminkan estetik dan ciri reka bentuk motosikal ini.


Y16ZR 6MRO Edisi Terhad akan tersedia di semua pengedar sah Yamaha mulai 1 Disember 2024, pada harga runcit disyorkan RM13,668, tidak termasuk yuran pendaftaran dan perlindungan insurans.


Sementara itu, Space Y menawarkan peluang kepada peminat motosikal untuk menerokai sejarah Yamaha Motor, inovasi termaju, dan seni bina sambil memberikan destinasi baru yang memukau untuk peminat mendalami warisan motosikal Malaysia.


Menampilkan evolusi motosikal dari masa lalu hingga kini dan masa depan, Space Y menjanjikan pengalaman yang tidak dapat dilupakan untuk semua peminat.







Space Y turut diiktiraf dalam Malaysia Book of Records sebagai Muzium Motosikal Pertama di Malaysia, melambangkan komitmen jangka panjang Yamaha Motor dalam menerajui pengalaman bermotor di Malaysia.


Terletak di ibu pejabat Yamaha Motor Lifestyle Station, muzium motosikal Space Y merangkumi kawasan seluas 9,000 kaki persegi dan menampilkan pameran menarik termasukbahagian sejarah dan perlumbaan; terowong inovasi; ruang interaktif dan seni; serta Kedai Space-Y.


Pengarah Urusan Kumpulan, Hong Leong Industries Bhd, Datuk Prof Dr Jim Khor, berkata pencapaian 6MRO dalam masa hanya 37 bulan menandakan pengeluaran terpantas dalam sejarah industri motosikal Malaysia.


"Sepanjang perjalanan ke motosikal keenam juta, kami telah menumpukan tenaga kami untuk memacu Revolusi Industri 4.0 dan digitalisasi di seluruh syarikat.


"asukan kami akan terus menerokai visualisasi masa nyata status operasi, perancangan dan penjadualan lanjutan, pengurusan armada AMR, dan bekalan alat ganti automatik.


"Kami komited untuk terus berinovasi semasa menuju ke sasaran motosikal ketujuh juta," katanya.




Sumber : Berita Harian
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-11-2024 11:56 AM | Show all posts
JPJ mesti dah siap-siap tengok apa part motor yang boleh dikeluarkan saman
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2024 01:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Warna lain ada ke
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2024 06:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku still guna lc v1 lagi bwa gie kerja dan ambil anak ke sekolah
Ingat nk angkat nvx atau vario tpi nmpk mcm susah nk menyelit jika jem
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2024 06:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Dok setia lg dgn moto lagenda.. hahahaha..tak cari moto lain dah..ringan laju
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2024 06:48 PM | Show all posts
apa yg mahal sgt
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-11-2024 08:19 PM From the mobile phone | Show all posts
LC135 (sumbang mahram Y15 kacuk Y16) pun dulu katanya edisi terhad hanya dijual di mesia saja. Pastu juai rege mahal dari Honda RS.
Alih² kena game, elok jaa LC tu ada kat pasaran indonesia.

Y16 edisi terhad? Nak percaya lagi kaa?
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2024 07:08 AM From the mobile phone | Show all posts
special edition untuk geng rainbow kah ?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-11-2024 06:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Beribear replied at 9-11-2024 01:55 PM
Warna lain ada ke

Kannn
For me, buruk colourful gitu



Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2024 06:29 PM From the mobile phone | Show all posts
orkid_amani replied at 9-11-2024 06:33 PM
Dok setia lg dgn moto lagenda.. hahahaha..tak cari moto lain dah..ringan laju

Kaulah satu2nya
Di antara berjuta
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2024 06:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Meriah naw naw kalernya pun
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2024 10:04 PM | Show all posts
motor utk lgbt ke ni lain macam warna

13k baik beli sportbike seken 250cc lg
entah hapa2 la motor mcm ni pun rega mahal ke
tak selera tengok
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-11-2024 02:36 PM GMT+8 , Processed in 0.500484 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list