CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Menginap dalam hotel ‘ayam sabung gergasi’ RM338 satu malam

8-11-2024 11:57 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 39866| Komen: 10

 


MANILA  –  Sebuah hotel yang mempunyai bentuk menyerupai seekor ayam jantan gergasi dibina di bandar Talisay, Tanah Tinggi Campuestohan, Filipina, lapor portal berita MSNews hari ini.

Bangunan  setinggi 34 meter, 12 meter lebar dan panjang 28 meter itu mencatat rekod dunia struktur ayam jantan terbesar.

Hotel tersebut mempunyai 15 bilik berhawa dingin dilengkapi televisyen, pancuran mandian air panas dan katil besar selesa sesuai untuk tetamu berkumpulan atau keluarga.

Ciri tambahan hotel itu termasuk kolam ombak, pilihan tempat makan yang selesa, tiga kolam renang dan beratus-ratus patung dinosaur serta kartun lain, demikian menurut  akhbar Filipina, Philstar.

Bilik untuk empat orang berharga 4,500 peso (RM338) untuk penginapan satu malam, manakala bilik yang boleh memuatkan  tujuh orang berharga 7,000 peso (RM526) semalam.


Menurut pemilik hotel, Ricardo Cano Gwapo Tan, dia mendapat inspirasi daripada aktiviti  sabung ayam yang menjadi sumber pekerjaan besar di Filipina untuk membina bangunan tersebut.

Hotel itu mengambil masa 456 hari untuk disiapkan dengan kerja pembinaan tamat pada 8 September tahun ini. – AGENSI



Sumber : – KOSMO! ONLINE


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote hokeypokey 9-11-2024 02:20 AM
hotel ayam ni mesti banyak “ayam” kan
Quote kemaruk 9-11-2024 10:41 AM
dah alang2 hotel ayam tu, buat ler bilik bertemakan reban ayam
Quote dua_chzy 9-11-2024 01:05 PM
Tapi cantik tau. Kudos pada pemilik boleh terfikir idea unik.
Quote dua_chzy 9-11-2024 01:07 PM
Ha kau. Siap kena semayang, kena blessed Holy Water tau.

[youtube]-Rf2FW9S7_A?si=Hl8Ao03ojmSvDSHC[/youtube]
Quote cmf_almondpecan 9-11-2024 01:08 PM
Ayam tu cuma hiasan ke dia struktur bangunan hotel tu sendiri?
Quote Samerosie 9-11-2024 01:13 PM
Teringat tabung ayam.
Quote Decaffeinated 9-11-2024 01:24 PM
Tak takut runtuh ka?

Macam mana nak panjat ayam tu tak pula diceritakan.
Quote dua_chzy 9-11-2024 01:36 PM
Decaffeinated replied at 9-11-2024 05:24 AM
Tak takut runtuh ka?

Macam mana nak panjat ayam tu tak pula diceritakan.

Kaki ayam tu jadik tangga.

Ada 15 bilik ja.
Quote Decaffeinated 9-11-2024 01:47 PM
dua_chzy replied at 9-11-2024 01:36 PM
Kaki ayam tu jadik tangga.

Ada 15 bilik ja.

Jenuh juga eh nak heret luggage, ka naik nak tidur ja.

Quote chinta89 12-11-2024 12:17 PM
lps ni byk hotel2 unik bakal dibina hehe

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-11-2024 07:37 PM GMT+8 , Processed in 0.109035 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top