Selesa sendiri, pelakon dan penyanyi, Daiyan Trisha mengakui dirinya bukan dalam fasa terdesak dalam mencari pasangan hidup buat masa sekarang. Tidak tergesa-gesa, Daiyan atau nama sebenarnya Daiyan Trisha Mohd. Nasaruddin, 31, berkata, dia enggan terlalu berharap kepada manusia, sebaliknya hanya menunggu seseorang yang tepat buat dirinya. “Jujurnya, saya tidak terdesak untuk mengahwini sesiapa buat masa sekarang. “Apa paling penting, saya ingin orang di luar sana tahu sekarang bahawa saya okey sahaja dan selesa begini. “Saya memang suka berada dalam fasa bercinta, cuma saya hanya menunggu seseorang yang tepat untuk jadikannya realiti,” katanya menerusi hantaran video dalam TikTok. Sudah seperti menjadi pertanyaan wajib, pelantun lagu Lovelorn itu mengakui dirinya sering diasak soalan mengenai jodoh ketika hadir dalam mana-mana majlis.
“Soalan ‘bila nak kahwin’ tu sangat terkenal dan cukup sinonim bagi saya. Terutama bila saya datang majlis atau ‘event’. “Kadang-kadang saya terfikir, salah ke kalau saya tak rasa nak ada seseorang yang istimewa buat masa sekarang ni?,” soalnya. Semakan menerusi ruangan komen, rata-rata netizen senada dengan wanita jelita itu dan menasihatkannya agar mencari pasangan sekufu andai terbuka hati mendirikan rumah tangga kelak.
|
anarina: Plastikkk beria adjust muka uj ...
anarina replied at 8-11-2024 11:10 PM
Plastikkk beria adjust muka ujong2 jd muka dynas mokhtar hahahahahahahaa
Akalditipumata replied at 8-11-2024 09:19 PM
She ni ikan belaan ke?
Ms.Mangga replied at 8-11-2024 11:37 PM
Kalau aku jadi kau pun aku xnk kawin nyah. Nak jaga anak org buat apa? Baik aku manjah manjah kan di ...
pocongkiutss replied at 9-11-2024 01:58 AM
Itula..muka asal dia setelah iols google lg comey
ahhhhhhhh replied at 9-11-2024 01:46 PM
Budak yg cantik tu hidup makin maju tp si anak lelaki ni nyaris nk bunuh diri Sbb stress. So x yah l ...
ADVERTISEMENT