CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kerabat Pahang, Tengku Eddie kena dakwa pukul pekerja pembinaan

7-11-2024 09:02 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 41681| Komen: 149

 

KUANTAN – Seorang kerabat Pahang antara lima lelaki yang dihadapkan ke Mahkamah Masjistret Kuantan, di sini hari ini atas pertuduhan mencederakan seorang lelaki menggunakan pisau Jun lalu.

Tertuduh, Tengku Eddie Akasya Tengku Abd Rahman, 20, dan empat yang lain iaitu Nik Norisham Affendi NiK Mohd Zani, 39; Mohd Fouzi Md Nur,44; Mohd Taufik Daud, 32; dan Khairul Azhar Rosli, 38, mengaku tidak bersalah ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Raja Norshuzianna Shakila Raja Mamat.

Mengikut kertas pertuduhan, kesemua tertuduh dituduh secara bersama dengan sengaja telah menyebabkan kecederaan di bahagian paha kanan mangsa.


Kesemua mereka didakwa melakukan kesalahan terbabit di kawasan lot tanah bangsal kuda di Jalan Teluk Sisek, di sini, dalam kejadian pada pukul 12.20 tengah malam 6 Jun lalu.


Kesemua tertuduh didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang boleh membawa kepada hukuman penjara selama tempoh maksimum 10 tahun atau dengan denda atau dengan sebat atau dengan mana-mana dua daripada hukuman itu.

Pendakwaan dikendalikan oleh Pengarah Pendakwa Negeri, Sharizat Ismail, Noor Aishah Mohd Amin dan Deevagaran Naidu Baskaran.

Empat tertuduh masing-masing diwakili empat peguam yang diketuai peguam Y. Sheelan Samugam manakala seorang tertuduh yang merupakan anggota polis diwakili peguam Mohamed Badruzzaman Abu Bakar.

Mahkamah menetapkan wang jaminan RM7,000 setiap seorang di samping kesemua tertuduh perlu melaporkan diri setiap bulan ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) serta tidak dibenarkan mengacau ganggu mangsa.

Mahkamah kemudiannya menetapkan 11 Disember hadapan sebagai tarikh sebutan semula kes.

Terdahulu media melaporkan seorang pekerja pembinaan, Alias Awang, 44, mendakwa dirinya dipukul dan diserang menggunakan pisau serta pistol oleh sekumpulan lelaki termasuk membabitkan seorang kerabat diraja Pahang dalam kejadian di sebuah kandang kuda di sini, Jun lalu sehingga mendapat perhatian Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah yang kemudiannya menitahkan agar polis menyiasat kes tersebut dengan segera, telus, adil dan tegas tanpa kompromi mana-mana pihak.


Sumber : - KOSMO! ONLINE


Bagus

Marah
1

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Perawankota 7-11-2024 09:24 PM
Baca kt fb, ramai body shaming dia ni
Quote Perawankota 7-11-2024 09:25 PM
Baca kt fb, ramai body shaming dia ni
Quote otai_g 7-11-2024 09:29 PM
X blh nak Komen nant kena kutip laptop plk. Komen dlm hati je lah
Quote Perwira2022 7-11-2024 09:52 PM
Tak pernah lagi aku tengok muka kerabat raja yang sehensem ini
Quote dua_chzy 7-11-2024 09:56 PM
Rempitnya muka kerabat diraja.

Keturunan Pahang kan. Memang tak helok sokmo.
Quote kemaruk 7-11-2024 09:58 PM
Pernah nampak.. ingatkan sape la

Kerabat rupanya

No wonder la
Quote hokeypokey 7-11-2024 10:13 PM
Ohh ni anak julita ye.. rambut huduh, jalan kengkang, muka poyo..
Quote Tinot7 7-11-2024 10:40 PM
Awat hairstail lagu tu?
Quote edayildiz 7-11-2024 10:49 PM
nk komen dlm hati jgk
Quote black_handbag 7-11-2024 10:55 PM
Kurang ajar budak ni trngok dari cara berjalan. Manalah silapnya. Tengok maknya bertudung elok.. cakap lemah lembut je. Sekali keluar anak dahla kopipes muka bapak, perangai sekali kopi.
Quote TeropongThaico 7-11-2024 10:55 PM
Ingat bakalan terkambus... Bagus bagus

Itu je berani komen
Quote lasagnaklcc 7-11-2024 11:11 PM
Nak tau jugek apa punca serang org tu. Polis pon tersesat sorg.
Quote kechikchomel 7-11-2024 11:15 PM
lasagnaklcc replied at 7-11-2024 11:11 PM
Nak tau jugek apa punca serang org tu. Polis pon tersesat sorg.

Pasal tanah kan?
Quote Nurdianah 7-11-2024 11:30 PM
Nengok cara berjalan pun dah tau…. Mengepak cam im above the law.. Gitchew!
Quote lilacomot 7-11-2024 11:33 PM
X ikut muka omaknya yg jelita
Quote monsterwife 7-11-2024 11:38 PM
Tinot7 replied at 7-11-2024 10:40 PM
Awat hairstail lagu tu?

Dah Macam landak ke dugung Dari belakang
Dah kalau acuan gitu tak Kan nak jadi lain pulak.
Tapi kalau rupa buruk perangai elok tak pe jgk ni hm...
Quote Sesuatu… 7-11-2024 11:54 PM
Hmm hmm hmmm
Quote cmf_jeangrey 8-11-2024 12:32 AM
Samseng gayanya

Quote Orix 8-11-2024 01:08 AM
Apooo kayo tapi rambut n jalan cmtu.

Lihat semua komen(149)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 01:45 AM GMT+8 , Processed in 0.052410 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top