CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Terengganu Bangun Aplikasi ‘Jodoh Darul Iman’ Bantu Rakyat Cari Pasangan Hidup

7-11-2024 06:50 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 37562| Komen: 44|Original author: Abahmung

 
 


Rakyat di negeri Terengganu tidak lagi berdepan kesukaran mencari pasangan hidup apabila Program Aplikasi ‘Jodoh Darul Iman’ kini sedang dibangunkan untuk memudahkan urusan mereka.

Menurut kenyataan di laman facebook Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT), perkembangan terkini aplikasi tersebut kini telah mencapai tahap 97-98% siap.


“Aplikasi Jodoh Darul Iman dibangunkan oleh Top IT Industries Sdn. Bhd. dan direka khusus untuk memudahkan rakyat Terengganu dalam mencari jodoh secara percuma.


“Pelbagai penambahbaikan telah dibincangkan bagi memastikan aplikasi ini berfungsi dengan lebih baik dan memenuhi keperluan pengguna,” kata kenyataan rasmi YPKT.



YPKT berharap dengan pelaksanaan aplikasi ini dapat membantu masyarakat Terengganu dalam membina hubungan yang lebih baik dan mengukuhkan institusi keluarga di negeri tersebut.

Terdapat pelbagai aplikasi mencari jodoh yang telah tersedia di Malaysia ketika ini namun kadang-kadang tidak mendapat sambutan kerana kadar padanan yang rendah ataupun mempunyai ‘scammer’ yang banyak.


Walaupun aplikasi-aplikasi ini mungkin popular tetapi para pengguna perlu membuat bayaran pendaftaran keahlian berbanding aplikasi ‘Jodoh Darul Iman’ yang membantu rakyat secara percuma.

Faktor yang membezakan antara semua aplikasi cari jodoh ini ialah ciri-ciri unik yang direka khas untuk memudahkan para pengguna.

Pengguna kebiasaannya mencari jodoh berdasarkan latar belakang budaya, agama, tradisi, pendidikan serta minat mereka supaya sepadan dengan ciri-ciri pasangan hidup yang dimahukan.



Sumber : The Vocket


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kakikuDibibirmu 7-11-2024 01:05 PM
@aechae tersenyum sinis
Quote ultra78 7-11-2024 01:32 PM
kakikuDibibirmu replied at 7-11-2024 01:05 PM
@aechae tersenyum sinis {:mlw ...

Dia bertemu jodoh di facebook. Tak sure di facebook dating atau facebook marketplace...

@aechae gurau aje..
Quote aechae 7-11-2024 01:37 PM
ultra78 replied at 7-11-2024 01:32 PM
Dia bertemu jodoh di facebook. Tak sure di facebook dating atau facebook marketplace...

@aec ...

Motip jumpa jodoh kt fb marketplace?

Jmpa jodoh kt fb dating pn dpt org laki asal Tganu jugekk okeyhh
Quote tungkai 7-11-2024 03:47 PM
Sebelum ni bukan dah ada ke sekitar 2002-2015? Myjodoh.net. Quite successfull jugak
Quote A-Are 7-11-2024 03:57 PM
mengarut je...punya byk sistem boleh dibangunkan dok bangunkan sistem mcm ni buat apa...merata2 apps dating free ada...perabih dana je utk benda yg xpenting.
Quote tripleid 7-11-2024 04:15 PM
duit minyak Ganu tu mmg tak abis makan ke smpai boleh bazir buat app useless camni??
Quote Samerosie 7-11-2024 05:07 PM
Baituljannah.com tersenyum sinis
Quote kepompong 7-11-2024 05:21 PM
aechae replied at 7-11-2024 01:37 PM
Motip jumpa jodoh kt fb marketplace?

Jmpa jodoh kt fb dating pn dpt org laki asal Tganu juge ...

ahh logik jugak. ada org yg i kenal gitu. mula2 jumpa sbb urusan jual beli brg. Lama2 berjodohan
Quote mrseller 7-11-2024 05:59 PM
Tinder halal ke nih?
Quote Butterfly41 7-11-2024 06:19 PM
Membazirnya duit rakyat. Platform cari jodoh ni dah berlambak ada dalam Malaysia.
Quote jejaka_hensem 7-11-2024 06:46 PM
@pooh~key  jom sis register,manatau boleh jumpa hidayat
Quote pooh~key 7-11-2024 07:27 PM
jejaka_hensem replied at 7-11-2024 06:46 PM
@pooh~key  jom sis register,manatau boleh jumpa hidayat

Kau bagi akak cadangan untuk caption profile akak sissy jejaka. “Mencari taufik dan hidayat”, sissss….
Quote kakikuDibibirmu 7-11-2024 07:29 PM
Akak senantiasa berdoa ke hadrat elohim agar di-Qorun-nia-kan taufiq tanpa hidayah, hidayah akak tak nak, akak cuma nak taufiq jah, boleh main-main pili bomba abam taufiq
Quote jejaka_hensem 7-11-2024 07:33 PM
pooh~key replied at 7-11-2024 07:27 PM
Kau bagi akak cadangan untuk caption profile akak sissy jejaka. “Mencari taufik dan hidayat”, si ...

"mencari taufiq dan hidayat yg hensem,hot dan berharta"

Pun ok camni sis pooh
Quote jejaka_hensem 7-11-2024 07:33 PM
kakikuDibibirmu replied at 7-11-2024 07:29 PM
Akak senantiasa berdoa ke hadrat elohim agar di-Qorun-nia-kan taufiq tanpa hidayah, hidayah akak tak ...

Boleh geng dgn sis pooh sis
Quote Jitu 7-11-2024 07:40 PM
mana2 org ganu yg masih single tu blh la try

jumpa jodoh satu negeri senang nak balik raya
Quote Jitu 7-11-2024 07:42 PM
jejaka_hensem replied at 7-11-2024 06:46 PM
@pooh~key  jom sis register,manatau boleh jumpa hidayat

bang @pooh~key org Pahang la
Quote jejaka_hensem 7-11-2024 07:53 PM
Jitu replied at 7-11-2024 07:42 PM
bang @pooh~key org Pahang la

Kira aci la,jiran sebelah je,bendera pun dua warna
Quote Jitu 7-11-2024 08:01 PM
jejaka_hensem replied at 7-11-2024 07:53 PM
Kira aci la,jiran sebelah je,bendera pun dua warna

loghat lain2
nnt nak borak tak paham
sorang pakai ambe sorang pakai koi

Lihat semua komen(44)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 01:15 AM GMT+8 , Processed in 0.062276 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top