CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

‘280 orang satu bilik di Penjara Narathiwat’ - Rakyat Malaysia yang pernah ditangkap kongsi pengalaman

6-11-2024 10:33 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4381| Komen: 2

 


PETALING JAYA – Seorang rakyat Malaysia yang pernah ditangkap kerana disyaki memiliki dadah di Thailand berkongsi keadaan dan suasana ketika dia dimasukkan ke Penjara Narathiwat selama sembilan bulan pada 2015.

Menerusi perkongsian di Live TikTok Abe Mung Jahit, dia memberitahu kira-kira 280 penghuni ditempatkan di dalam satu unit dengan keluasan dua bilik darjah.

Difahamkan, Abe Mung Jahit atau nama gelarannya Zul, 32, ditangkap bersama sembilan rakannya di sebuah hotel di Golok kerana memiliki dadah jenis syabu, namun tidak dinyatakan jumlahnya.

“Antara yang berbeza dengan penjara di Malaysia, setiap jel dia tak lepas, dia beri keluar bergantung pada sebab. Tapi di sana, pukul 7 pagi semua banduan dilepaskan untuk keluar.

“Kita akan jumpa semua jenis orang sama ada yang tua atau muda. Kes berat iaitu bunuh dan senjata api semua dilepaskan sekali,” katanya.


Bagaimanapun, menurutnya, keadaan di dalam Penjara Narathiwat adalah bersih dan terurus meskipun dia terpaksa menginap dengan pelbagai jenis banduan.

Dalam pada itu, Zul berkata, antara pengalaman ngeri yang pernah dilalui adalah melihat salah seorang banduan ditikam di bahagian bahu ketika terlibat dalam pergaduhan.

“Dekat dalam ini, senjata pun ada. Sekecil-kecil jarum hingga sebesar kapak semua ada. Sebab itu, banduan yang buat jahat dekat luar mereka akan asingkan,” jelasnya.

Zul berkata, dia juga hanya dibenarkan menghadiri perbicaraan kesnya secara dalam talian dan hanya dibawa ke mahkamah ketika keputusan hukuman.

“Sewaktu kes saya berjalan. Setiap 12 hari sekali kita kena duduk depan skrin untuk bercakap dengan mahkamah. Masa nak dijatuhkan hukuman, baru kita dibawa ke mahkamah,” jelasnya.

Sehubungan itu, Zul berkata, dia akhirnya dibebaskan daripada Penjara Narathiwat selepas memenangi kes tersebut pada September 2015.

“Selepas salah seorang daripada kami mengaku barang (dadah) itu milik dia. Kami sembilan orang masih perlu lawan kes di mahkamah bagi membukitkan kami tidak bersalah.

“Yang mengaku itu kena hukuman empat tahun enam bulan. Kalau kami kalah, mahkamah akan beri hukuman dua kali ganda iaitu penjara sembilan tahun.

“Sebab itu, tak boleh pilih peguam sembarangan dan kena cari peguam yang betul-betul faham kes kita,” tambanya.

Mengulas lanjut, Zul berkata, dia berharap kisahnya itu dapat dijadikan iktibar dan pengajaran kepada orang ramai terutama golongan muda. 


Sumber : Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Thunderclouds 7-11-2024 06:52 AM
Hada la tu nnt yg angkat abe mung jadik influenza
Menda² bangang org kita cukop sanjung wat jd hero.
Xcaya tnya ikon permotoran
Quote Dwdrum 7-11-2024 07:23 AM
Jika di tangkap di siam sebab dadah better ada duit... Dahulu ada malaysian kena prison di siam.. Bapa bail out anak 90s.. Or 2k begitu cost RM100k begitu ketika itu... Siam tidak simpan penajis dadah... Boleh lepas (negotiation) ...sekarang tidak pasti cost berapa...

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 01:38 AM GMT+8 , Processed in 0.037651 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top