CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Polemik timpa FashionValet adalah tindakan menganiaya, memalukan usahawan syarikat itu - Tony Pua

6-11-2024 08:38 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 28953| Komen: 40


Kuala Lumpur: Polemik yang menimpa FashionValet Sdn Bhd (FV) kerana mengalami kerugian selain pengurusan syarikat itu terpalit pelbagai dakwaan salah laku, dianggap seorang bekas pemimpin DAP, sebagai tindakan menganiaya dan memalukan usahawan syarikat itu secara berlebihan.

Bekas Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua berpandangan yang tindakan sedemikian dibimbangi boleh mewujudkan budaya yang akhirnya merisikokan langkah pembuat keputusan dalam sesebuah syarikat pelaburan untuk mengambil sebarang risiko untuk melabur dalam syarikat seperti itu nanti.

Pernah berkhidmat sebagai Setiausaha Politik kepada Menteri Kewangan Lim Guan Eng pada 2018, Pua menyuarakan kebimbangannya yang Malaysia berkemungkinan bakal kerugian jika usahawan muda tempatan tidak diberi peluang untuk mengembangkan idea mereka dan bersaing di peringkat lebih tinggi.

Rentetan daripada apa yang berlaku, beliau tidak menolak kemungkinan ramai usahawan muda tempatan akan berhijrah ke negara lain seperti Singapura yang menyediakan banyak akses yang lebih baik kepada usahawan seperti mereka.


"Terdapat banyak kekecohan mengenai kerugian besar Khazanah (Nasional Berhad) dalam pelaburan di FV. Pada mulanya saya enggan beri kenyataan. Tetapi saya merasakan beberapa kenyataan terutama daripada pelbagai orang politik dan 'analisis' kononnya...agak tersasar dan tidak adil.

"Ini akan mencipta budaya ketakutan terhadap risiko pelaburan ekstrim, yang hanya akan memburukkan lagi industri keusahawanan dan modal teroka Malaysia sudah pun lemah.

"FV sememangnya merupakan pelaburan yang berisiko tinggi. Begitu juga dengan Grab pada awal kewujudannya. Apabila Khazanah tidak melabur dalam Grab pada zaman awal, Grab pindahkan ibu pejabatnya ke Singapura kerana ketersediaan dana di sana. Kami mengkritik kerana terlepas peluang.

"Jadi, kita tak boleh nak dua-dua. Tak boleh marah kalau kita tak melabur dan (tak boleh) marah bila kita (jika kita) melabur. Tujuan utama bagi usaha perniagaan ini adalah ia akan cenderung ke arah lebih banyak kegagalan daripada kejayaan.

"Permainan model teroka untuk menjangkakan daripada 10 pelaburan, tiga atau empat gagal (seperti FV), tiga atau empat lagi hanya cukup untuk menampung kos. Sementara dua atau tiga akan memberi pulangan yang luar biasa.

"Jika kita mahu berada dalam permainan ini untuk mencipta unicorn (sebuah entiti perniagaan baharu (startup) milik swasta yang memiliki nilaian keseluruhan melebihi AS$1 bilion (lebih RM4 bilion) serantau atau global, maka kita perlu bersedia menghadapi bencana," katanya dalam kenyataan di Facebooknya, hari ini.

Mengulas kerugian dicatatkan FV, Pua tidak menolak kemungkinan wujud salah laku atau kepincangan dalam pengurusan syarikat berkenaan.

Tambahan juga, beliau merasakan gesaan untuk menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) terhadap FV suatu yang lucu baginya.

Bagaimanapun, beliau menuntut supaya pihak yang kerap kali menimbulkan dakwaan mengenai syarikat itu terpalit salah laku supaya mengemukakan bukti.

"Adakah ini bermakna tiada salah laku atau salah pengurusan dalam FV? Kita tidak tahu, mungkin ada.

"Tetapi mereka yang mengkritik setakat ini tidak mengemukakan bukti mengenainya. Semua orang hanya mengulang-ulang kerugian lebih 90 peratus dalam pelaburan itu," katanya.

FV Ketika ini yang menjadi tumpuan berikutan kerugian pelaburan yang ditanggung oleh Khazanah Nasional Bhd dan Permodalan Nasional Bhd (PNB), sudah menyaksikan kerugian lima tahun berturut-turut sebelum dua syarikat pelaburan berkaitan kerajaan itu melabur.

Semakan pemfailan akaun kewangan syarikat antara 2012 dan 2017 menunjukkan bahawa kerugiannya meningkat kepada RM10.7 juta pada 2017 berbanding RM166,793 pada 2012, sebelum pelaburan Khazanah dan PNB dalam syarikat itu pada 2018.

Maklumat kewangan itu diperoleh daripada pemfailan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

Pada tahun Khazanah dan PNB melabur dalam syarikat itu, ia mencatatkan kerugian bersih sebanyak RM20.19 juta.

SUMBER: – Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote KBW2 6-11-2024 10:35 AM
Betullah apek ko pun berapa kali buat business akhirnya bungkuih ikat tepi yedak. Ko paham ke tak apa sebab orang marah samdol? Ko sendiri kata mungkin ada kepincangan so apasal ko nak memekak bila SPRM sisasat. Biarlah derang siasat sampai lebam.
Quote KBW2 6-11-2024 10:37 AM
Mohon kaka @KittyCatz  basuh sikit cinapek sekoq ni.
Quote kemaruk 6-11-2024 10:37 AM
Camplek je kankankan
Quote Kitty_catz 6-11-2024 10:48 AM
KBW2 replied at 6-11-2024 10:37 AM
Mohon kaka @KittyCatz  basuh sikit cinapek sekoq ni.

suruh dia sunat dulu
Quote Kitty_catz 6-11-2024 11:02 AM
if tak tahan kena scrutiny, dun la take public money

ehh rhyme pulak

niway acik aireen omar suh kita get a laif.. so moh le kita have a laifff..capital A pun jahanam.. bideway AA dah pulang ke duit refund? sembanggg parpu vavy terobang


aireen-omar_getalaifff.jpeg

Quote pakupayung21 6-11-2024 11:22 AM
Apek, tolong diam
Quote honam 6-11-2024 11:24 AM
dia ada beli tudung duck ke?
Quote Isninselasarabu 6-11-2024 11:27 AM
Sbb bisnes die same mcm vivy . Sume melingkop makan duit rokyat.. hew hew
Quote cm_vungtau 6-11-2024 12:40 PM
Dia pun board of director Pesen Terbelit kan. Director emolument tu dia dapat ke tak? Agittew memasing nak selamatkan tengkuk memasing sekarang ni
Quote lanacondor 6-11-2024 02:50 PM
cm_vungtau: Dia pun board of director Pese ...
heols board director jugak ke? Patut la berbunyik. Nasib la tahun ni mmg tahun keadilan buat rakyat.
Quote liyamariska 6-11-2024 04:28 PM
tak paham dgn yg beria2 bekap tokeh tudung itik nih...

Quote Akalditipumata 6-11-2024 04:40 PM
Geng guna duit rakyat ke ni?
Quote Firenzza 6-11-2024 05:02 PM
Apa yg ko merepek ni setannn........tokey grab tu ada tayang handbag Hermes ka?
Quote gekkou 6-11-2024 07:08 PM
dah tahu pakai duit rakyat, rugi
cukup2lah tayang lavish lifestyle
bangga dengan handbag mahal2
buat collection semua color ada
lepas tu acah2 teraniaya plak
Quote sharlenetexas 6-11-2024 07:13 PM
Kitty_catz replied at 6-11-2024 11:02 AM
if tak tahan kena scrutiny, dun la take public money

ehh rhyme pulak

Aireen ke ni? Kertunya muka dia.


Quote cashewnut 6-11-2024 07:18 PM
Apek ko ni kroni jugak ke?? Apasal tak bergulinb bil valet ni rugikan duit rakyat!!!! Ko ada melabur tak dalam asb? Aku ada tau. Nasib tak masuk duit bulan2. Ni bukan rugi 10 hinggit ya. Puluh juta la apek
Quote Kitty_catz 7-11-2024 08:41 AM
sharlenetexas replied at 6-11-2024 07:13 PM
Aireen ke ni? Kertunya muka dia.

haah
kertue le.. semua company dia pegang hauk namatey
Quote star_karat 7-11-2024 09:01 AM
Tokeh grab tu bukan ker Toyota distributor punya anak? Sempoi jer mcm marhain takda nak tayang2 masa dia nak tarik Myteksi join dia. Dengan t-shirt ke hulu ke hilir.
Quote shalalat 7-11-2024 09:28 AM
cashewnut replied at 6-11-2024 07:18 PM
Apek ko ni kroni jugak ke?? Apasal tak bergulinb bil valet ni rugikan duit rakyat!!!! Ko ada melabur ...

memang tersakiti betul rasa yg simpan kat asb ni. geng2 asbf ok tak tu?

Lihat semua komen(40)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 01:20 AM GMT+8 , Processed in 0.064177 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top