Kuala Lumpur: Malaysia bercadang untuk menggunakan penjanaan tenaga nuklear sebagai salah satu sumber tenaga negara pada masa hadapan, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli. Justeru, katanya, Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) serta Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) telah dipertanggungjawabkan untuk memastikan kerangka undang-undang dan peraturan dibangunkan bagi tujuan tersebut. "Oleh kerana keputusan itu telah dibuat di peringkat Majlis Tenaga Negara dan juga diperakukan oleh Jemaah Menteri, maka dalam Rancangan Malaysia ke-13 kemungkinan sumber nuklear akan dimasukkan secara rasmi sebagai salah satu dari sumber tenaga di negara ini," katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas dialog industri sempena Forum Pelan Tindakan Sektor Peralatan dan Perkhidmatan Minyak dan Gas (OGSE) 2024, di sini, hari ini.
Rafizi berkata peringkat awal pembangunan sektor nuklear memerlukan rangka kerja undang-undang dan peraturan yang ketat termasuk pematuhan terhadap undang-undang dan peraturan antarabangsa. "Terdapat senarai panjang pematuhan antarabangsa yang perlu kita patuhi walaupun sebelum kita memulakan pelaksanaan tenaga nuklear. "Ia akan diputuskan dan dikawal selia kemungkinan oleh Suruhanjaya Tenaga di peringkat pengawalseliaan," katanya. SUMBER: – Harian Metro |
s@s@ replied at 6-11-2024 09:18 AM
dengar nuklear semua org risau....
kalau tanya org agensi nuklear, nuklear ni lagi bagus. sumber ten ...
s@s@ replied at 6-11-2024 09:18 AM
dengar nuklear semua org risau....
kalau tanya org agensi nuklear, nuklear ni lagi bagus. sumber ten ...
pocongkiutss replied at 6-11-2024 09:41 AM
Tp kalau terjadi apa2..dasattt
Tu kt jepun tu..yg orgnya hasil kerja teliti..even kereta cap H be ...
Thunderclouds replied at 6-11-2024 09:38 AM
Dgr perkataan nuclear rasa gerun ja. Padahal agensi nuklear tu dh wujud 50thn dh.
Mesin² kt sepital ...
ADVERTISEMENT