CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 27271|Reply: 18

Malaysia cadang guna nuklear sebagai sumber tenaga negara pada masa depan

[Copy link]
Post time 6-11-2024 08:24 AM | Show all posts |Read mode





Kuala Lumpur: Malaysia bercadang untuk menggunakan penjanaan tenaga nuklear sebagai salah satu sumber tenaga negara pada masa hadapan, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.


Justeru, katanya, Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) serta Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) telah dipertanggungjawabkan untuk memastikan kerangka undang-undang dan peraturan dibangunkan bagi tujuan tersebut.


"Oleh kerana keputusan itu telah dibuat di peringkat Majlis Tenaga Negara dan juga diperakukan oleh Jemaah Menteri, maka dalam Rancangan Malaysia ke-13 kemungkinan sumber nuklear akan dimasukkan secara rasmi sebagai salah satu dari sumber tenaga di negara ini," katanya.


Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas dialog industri sempena Forum Pelan Tindakan Sektor Peralatan dan Perkhidmatan Minyak dan Gas (OGSE) 2024, di sini, hari ini.


Rafizi berkata peringkat awal pembangunan sektor nuklear memerlukan rangka kerja undang-undang dan peraturan yang ketat termasuk pematuhan terhadap undang-undang dan peraturan antarabangsa.


"Terdapat senarai panjang pematuhan antarabangsa yang perlu kita patuhi walaupun sebelum kita memulakan pelaksanaan tenaga nuklear.


"Ia akan diputuskan dan dikawal selia kemungkinan oleh Suruhanjaya Tenaga di peringkat pengawalseliaan," katanya.






SUMBER: – Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-11-2024 08:39 AM | Show all posts
Dahsyat.....
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2024 09:18 AM | Show all posts
dengar nuklear semua org risau....
kalau tanya org agensi nuklear, nuklear ni lagi bagus. sumber tenaga bersih
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2024 09:21 AM From the mobile phone | Show all posts
s@s@ replied at 6-11-2024 09:18 AM
dengar nuklear semua org risau....
kalau tanya org agensi nuklear, nuklear ni lagi bagus. sumber ten ...

Boleh la buat loji nuclear tu kelak belakang rumah menteri
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2024 09:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Dgr perkataan nuclear rasa gerun ja. Padahal agensi nuklear tu dh wujud 50thn dh.
Mesin² kt sepital tu dr teknologi nuklear.
Call institut kanser nk arrange pasal appointment pn depa p sambung ke jabatan nuklear
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2024 09:41 AM From the mobile phone | Show all posts
s@s@ replied at 6-11-2024 09:18 AM
dengar nuklear semua org risau....
kalau tanya org agensi nuklear, nuklear ni lagi bagus. sumber ten ...

Tp kalau terjadi apa2..dasattt

Tu kt jepun tu..yg orgnya hasil kerja teliti..even kereta cap H beli dr jepun dgn kereta cap H pasang kt Malaysia pun beza dr segi kualiti
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-11-2024 09:44 AM From the mobile phone | Show all posts
nuklear jangan tak nuklear! uraaaaaa...
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2024 10:43 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by arnauld at 6-11-2024 10:45 AM

Nuklear mmg nmpk canggih tapi itu jer la yg kita dpt. Kalau buat hydro kita boleh tackle masalah bnjir sekali. Dah ler green settlekan bnjir sekali kan lebih baik. Calamity risk pun lesser jauh bnyk merit hydro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-11-2024 12:40 PM | Show all posts
pocongkiutss replied at 6-11-2024 09:41 AM
Tp kalau terjadi apa2..dasattt

Tu kt jepun tu..yg orgnya hasil kerja teliti..even kereta cap H be ...

ye la..... bencana alam mmg la x ble lawanmacam kita bencana alam x seteruk jepun
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2024 12:42 PM | Show all posts
Thunderclouds replied at 6-11-2024 09:38 AM
Dgr perkataan nuclear rasa gerun ja. Padahal agensi nuklear tu dh wujud 50thn dh.
Mesin² kt sepital ...

kesian agensi nuklear.... macam wujud x wujud je
bagi la peluang diorg nk menyumbang untuk negara
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2024 02:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah lupa Lynas ke...haha
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2024 02:37 PM | Show all posts
Sokong     
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2024 02:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Orang Melayu buat kereta proton pun macam tin Milo, ada hati nak loji nuklear lah kuhnun
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2024 02:51 PM | Show all posts
Aku setuju guna nuklear lebih mesra alam compared to arang batu, LPG, diesel, insinerator.

Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2024 02:52 PM | Show all posts
Paling buang duit buat Empangan Bakun Hydroelectric tu.
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2024 04:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Buatla nuklear plant seketul dulu, ramai2 graduate sains nuklear itu takkan nak suruh tukar bidang, malaysia xde gempa bumi, ramai2 graduate pun x diberi pekerjaan xde usaha pulihkan sungai tercemar rawatan air bersih tangkap penjenayah rosak alam sekitar buat incinerator buat kutip banjir simpan utk kemarau
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-11-2024 04:44 PM | Show all posts
Nanti, tak ke orang2 ni akan protest? Depa ni bukan boleh jenis2 radioactive ni...

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2024 04:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by bpbbppbp at 6-11-2024 04:55 PM

Byk kos klau nak buat. Radioactive waste tu yg kena handle betul2. Kalau tak, membahayakan kesihatan dan alam. Walaupun negara xde gempa, tapi blh accident kat loji tu bahaya jugak sma ada meltdown atau meletop. Tpi tak ada keperluan mndesak nak buat nuclear loji ni. Empangan elok je generate energy. Tapi xtaulah kan kot2 kemarau nanti
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2024 04:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Letak kat sabah sarawak
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 06:14 AM GMT+8 , Processed in 0.473214 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list