CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

'Ulat gambar' tidak lagi dibenarkan beroperasi di KLCC

5-11-2024 10:16 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 28898| Komen: 15|Original author: Abahmung

 
 

 
KUALA LUMPUR - Pengurusan KLCC tidak membenarkan sebarang aktiviti jurugambar bebas atau 'ulat gambar' di pekarangan bangunan ikonik itu sejak tahun lepas.

Difahamkan penguatkuasaan larangan itu selepas menerima aduan pengunjung di 'scam' ketika menggunakan perkhidmatan tersebut selain isu kacau ganggu serta insiden pergaduhan sesama mereka.

Seorang polis bantuan yang ditemui memaklumkan, kumpulan tersebut tidak dibenarkan menjalankan aktiviti itu dalam kawasan berpagar.

Menurutnya, ada dalam kalangan mereka ingkar dengan arahan tersebut walaupun telah dihalau beberapa kali.

Antara individu yang dikesan menawarkan khidmat mengambil gambar kepada pengunjung di Suria KLCC.



"Sebelum ini aktiviti itu dibenarkan tapi selepas ada kes pengunjung kena 'scam' lepas guna servis tersebut, KLCC ambil langkah kawalan.

"Ada yang setakat kita halau sahaja manakala yang degil dan tidak beri kerjasama terpaksa diserahkan kepada Ibu Pejabat Polis (IPD) Dang Wangi.

"Tahun ini sahaja ada kira-kira empat orang yang dibawa ke balai termasuk seorang daripadanya minggu lepas," kongsinya kepada Sinar Harian sewaktu tinjauan dijalankan pada Isnin.

Beliau berkata, sekurang-kurangnya enam petugas ditempatkan ke lokasi itu untuk pemantauan dan kawalan 24 jam.

"Aktiviti itu setiap hari ada, kalau hujung minggu dan waktu malam lagi ramai. Hanya beberapa kerat saja orang kita, selebihnya warga asing termasuk orang Sulu, Filipina mengaku rakyat Sabah tapi tiada kad pengenalan.

Situasi terkawal di pekarangan Suria KLCC sewaktu tinjauan pada Isnin.


"Mereka ada dua kumpulan, ada kes bergaduh sesama mereka. Sebelum ini hanya menjaja barang mainan, lens dan cermin mata, cuma dua tahun kebelakangan ni, aktiviti juru foto berbayar ini semakin berleluasa," katanya.


Dakwanya, angka jurugambar bebas ini bukan sepuluh orang malah mencecah 100 orang yang bekerja mengikut giliran pagi dan malam.

"Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) ada juga buat penguatkuasaan tapi bidang kuasa terhad tertakluk kepada peruntukan undang-undang.

"Nak tangkap hari-hari pun tak boleh sebab setiap hari mereka ada. Kita pasang papan tanda larangan menjaja pun dicabut," katanya.

Sementara itu, seorang pelancong daripada Sumatera Indonesia, Supriadi Ansari,32, berkata, situasi tersebut perlu dikawal kerana menyebabkan pelancong tidak selesa dan rimas.

"Saya tidak gunakan kemudahan tersebut kerana lebih senang mengambil gambar sendiri.


"Walaupun servis yang ditawarkan bukan paksaan namun tetap tidak bagus kerana menyebabkan gangguan dan tidak selesa pengunjung apabila jumlahnya terlalu ramai,"' katanya.

Sementara itu, orang awam yang ditemui, Mohd Othman Abdul Kadir, 31, berkata, keadaan di lokasi dilihat terkawal kemungkinan disebabkan berkunjung pada waktu bekerja.

"Ada beberapa yang tawar nak ambilkan gambar tapi saya tolak dengan baik dan dia pun beredar.

"Sebaiknya jika mahu tawar khidmat ini, buat secara betul-betul, ada permit dan dikawal jadi kita sebagai pengguna pun rasa lebih yakin.

"Ini kerana sekarang banyak kes dilaporkan, kita bimbang jika gambar yang diambil ini disiarkan tanpa kebenaran atau disalah guna, membawa masalah kepada kita di kemudian hari," katanya," menurut pekerja swasta yang datang bercuti dari Kedah.

Seorang lagi pengunjung, Fazlina Dia, 31 berharap, kawalan dilakukan dengan mengehadkan pengeluaran permit untuk aktiviti itu.

"Kalau terlalu ramai pastinya akan mengundang rasa tidak selesa kepada pengunjung.

"Langkah itu bagi mengelak berlaku kes mengambil kesempatan atau scam kepada pelancong yang boleh menjejaskan nama baik negara," katanya.

Seorang lagi pengunjung dari Perak, Fazleeni Halim, 46, berkata, dia didatangi beberapa individu menawarkan khidmat mengambil gambar dengan caj RM5 ke RM10.

"Saya tidak gunakan khidmat itu kerana tidak mahu menggalakkan aktiviti itu terus berleluasa.

"Ia tidak sesuai dan orang luar akan melihatnya sebagai tidak profesional umpama ulat tiket yang beroperasi secara tidak sah dan sepatutnya dikawal," katanya.

Terdahulu tular dakwaan pengunjung tidak dibenarkan mengambil gambar menggunakan sendiri selain menggunakan perkhidmatan jurugambar di sana.

Pengunjung tersebut juga mendakwa mereka dihalau dari lokasi selepas didakwa mengganggu bisnes mereka.


Sumber : Sinar Harian


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote manop 5-11-2024 08:54 AM
sebat je..
Quote Firenzza 5-11-2024 08:59 AM
Gambar dlm memory card tu mungkin blh disalahguna
Quote grouper 5-11-2024 09:02 AM
Masalahnya banyak lagi geng ni wat keje bukan kat area taman klcc tu tapi jauh sikit dari situ yg kat traffic light smpai area saloma link...kat situ mlm2 mmg penuh geng dia sebab view kat situ paling cantik
Quote AnBulisia 5-11-2024 09:26 AM
negara sendiri
kawasan sendiri
undang undang sendiri
kuasa sendiri
nak kawal pendatang asing begini
di kawasan yang kecil begini pun tak mampu
lemahnya negara ku
Quote B40tastePosh 5-11-2024 09:27 AM
TAHI GAMBAR.

DBKL buat bodoh.
Quote B40tastePosh 5-11-2024 09:30 AM
Lucunya DBKL keluarkan permit untuk ambil gambar di KLCC.

Hahaha...macam mana boleh jadi World Class City ni???? Zaman tok kadok? Zaman Filem Kodak ke DBKL ni?
Quote Kitty_catz 5-11-2024 11:18 AM
sepatutnya dr dulu.. ni dah membiak mcm ulat bulu
Quote sranua 5-11-2024 11:48 AM
Sesekali boleh je anggota tentera/ polis turun meronda bersama. Ye lah sebahagian dari latihan juga. Terasa juga selamat bila anngota keselamatan segak bergaya dengan senjata automatik masing2. Warga asing pun pikir 2-3x nak langgar diorang ni. Setakat Penguatkuasa DBKL bolehlah ronda sekali. Bajet makan DBKL tanggung.
Quote tripleid 5-11-2024 04:51 PM
Bagi pistol kat polis bantuan KLcc..nmpak je ulat tembak.setel masalah
Quote dua_chzy 5-11-2024 05:26 PM
Aiols bet ulat2 tu ramai IC Sabah.

Pehtu kalau tengok alamat, samada alamat dari Pantai Timur Sabah or Putrajaya. Har Har. #ytjt
Quote Akalditipumata 5-11-2024 11:03 PM
Off topic: Yg parking2 dpn wanjo tu mmg tanah berbyr ke? Bkn main mehei.. tp batu mlompat2 tayar kereta..
Quote Kurex 6-11-2024 12:31 AM
leluhur parashit hina
Quote allshares 6-11-2024 02:35 AM
Edited by allshares at 6-11-2024 02:37 AM

Edited.
Quote L.U.S.M 6-11-2024 07:39 AM
Kenapa xdenda on the spot je...pada aku setakat halau2 mmg la xjalan.
Ko penguatkuasa tp nk kuatkuasa undang2 sedia ada pun lembik
Quote green~tea 6-11-2024 07:52 AM
Edited by green~tea at 6-11-2024 07:53 AM

Peminta sedekah celaka bangsat mcm ni mana2 negara tpt iconic mmg ada... terpaling celaka dekat paris and germany...  tpt lain pendatang celaka kurang sikit berani minta duit


Zaman beberapa tahun lepas peminta sedekah celaka ni dalam KLCC pun buat keje minta sedekah.. org tengah makan kat restoran kot.. ko pi kacau minta duit sambil tunjuk yasin... choyyy engkau tu baca quran ntah reti ke tidak ....


Aku mmg takkan kasi walau satu sen lah buat pendatang2 celaka ni.. pegi mampus laa kau

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 01:23 AM GMT+8 , Processed in 0.063428 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top