CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

“Kalau Bagi Bunga Tapi Perangai Masih Sama, Tak Guna Juga” - Yusof Haslam

31-10-2024 08:55 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 27924| Komen: 8

 


Pelakon dan pengarah terkenal, Datuk Yusof Haslam berkata sikapnya suka memujuk antara rahsia rumah tangganya mampu bertahan sehingga ke hari ini.

Memetik Media Hiburan, Yusof berkata setiap rumah tangga sudah pasti ada krisis namun tidak seharusnya dibiarkan berpanjangan dan tidak bermakna memujuk itu tanda kalah.

“Pada saya, alam berumah tangga ini memerlukan kesabaran, tolak ansur dan pujuk memujuk. Sebagai lelaki, kita jangan anggap memujuk itu petanda kalah. Saya tidaklah sempurna tetapi rumah tangga saya mampu bertahan kerana sifat saya yang suka memujuk dan mahu mempertahankan perkahwinan.

“Kalau asyik berkahwin dan bercerai, ia seperti tiada kesudahan. Ini adalah petua yang telah diamalkan oleh ibu bapa saya. Arwah bapa saya seorang kaki pujuk.


“Tiada hubungan yang sentiasa tenang. Ada masa kita bertekak dan merajuk. Namun, suami isteri harus memainkan peranan dan bertolak ansur. Apapun, usaha harus dimulakan oleh suami,” katanya.


Sementara itu, Yusof berkata suami seharusnya bijak memujuk dan mengambil hati isteri serta tidak hanya mengharapkan pemberian materialistik semata-mata kerana baginya perbuatan itu lebih bermakna.

“Cara saya memujuk adalah dengan kata-kata manis dan bukan dengan bunga. Pada saya, itu simbolik sahaja. Saya pun tak reti nak bagi bunga atau hadiah melainkan pada hari jadi.

“Pada saya, kata-kata dan perbuatan itu jauh lebih bermakna. Kalau bagi bunga tapi masalah sama masih berlaku, tak guna juga,” katanya.

Dalam pada itu, Yusof mengakui bimbang melihat peningkatan kes penceraian sejak akhir-akhir ini lebih-lebih lagi melibatkan pasangan selebriti serta terkejut apabila membaca kisah pasangan selebriti Farid Kamil dan Diana Danielle.


“Sebelum ini, bila dia kembali rujuk dengan suami, saya dan isteri tumpang gembira. Itulah yang sebaiknya. Kata isteri saya, Farid pandai memujuk. Sama seperti saya.

“Jadi, saya agak sedih juga bila dapat tahu mereka mahu bercerai. Namun, kita tak tahu apa yang mereka lalui dalam berumah tangga. Kita hanya melihat secara rambang. Allah lebih tahu,” katanya.

SUMBER: Media Hiburan, Rotikaya

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote MisXoXo 31-10-2024 09:19 AM
Ujian dia..anak dia sendiri player..jantan taguna mempermainkan dua perempuan tetapi pengecut suka menyorok.now nk keluarkan film.tu ceraikan bini yg dia sama2 buat taik.selfish nya anak
Quote noor2 31-10-2024 09:28 AM
Baik nasihat anak sendiri
Quote scarflicious 31-10-2024 09:30 AM
noor2 replied at 31-10-2024 09:28 AM
Baik nasihat anak sendiri

2in1 sekali tu.
Quote ezacbee 31-10-2024 09:32 AM
Ooo ingatkan pasal sol.. Salah orang daa..
Quote noor2 31-10-2024 09:35 AM
scarflicious replied at 31-10-2024 09:30 AM
2in1 sekali tu.

Dia ni lebih kpd takut bini dan anak..

Kisah rumahtangga org pandai pulak dia nasihat....rumahtangga anak sendiri dia x berani komen apa pun
Quote Purplehaz 31-10-2024 01:40 PM
Suka dgn kata kata dia kalau menasihat.

Betul seorg yg kaki pujuk itu lah org yg positif dan sentiasa happy go lucky
Quote doubleA 1-11-2024 01:20 PM
Mungkin dah nasihat tapi anak spoil brat nya degil. Mungkin yg dengar cuma pejal yusop dan sapik yusop. Solsol hati keras makpak pun dia boleh ghosting apa lagi nasihat
Quote TeropongThaico 1-11-2024 06:28 PM
Masa anak sendiri wat hal takde nasihat2 asyik nak hunus senjata je kata org belah nun bersalah. Anak deols yg lemah mangsa kekejaman gitu. Ni hal org pandai lak nak menasihat bg pandangan. Kurang2 payid tu ada usaha walaupun mcm gam punk le juga

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 01:25 AM GMT+8 , Processed in 0.032944 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top