CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pegawai kadet UPNM cedera dakwa dibuli senior

30-10-2024 11:06 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 47903| Komen: 34

 


Kuala Lumpur: Seorang pegawai kadet tahun dua di Akademi Latihan Ketenteraan (ALK), Universiti Pertahanan Nasional (UPNM), Sungai Besi dipercayai menjadi mangsa buli dan dera, baru-baru ini.

Menurut sumber, difahamkan mangsa yang mengambil jurusan kejuruteraan menjadi mangsa buli penuntut senior.

"Bagaimanapun perbuatan itu terbongkar selepas pemeriksaan berkala dijalankan jurulatih yang bertugas ketika itu selepas menyedari kesan kecederaan pada tubuh mangsa," katanya.

Sementara itu, Panglima Angkatan Tentera (PAT) Jeneral Tan Sri Mohammad Ab Rahman ketika dihubungi berkata, pihaknya akan mengeluarkan kenyataan media berhubung kejadian itu.

Sebelum ini, pada 2017, negara digemparkan dengan kematian tragis pegawai kadet laut UPNM, Allahyarham Zulfarhan Osman Zulkarnain akibat dibuli, dipukul dan diseksa apabila hampir keseluruhan anggota badannya berulang kali ditekap menggunakan seterika wap.


Susulan itu, enam bekas penuntut UPNM dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Rayuan pada 23 Julai lalu kerana didapati membunuh Zulfarhan.

Sumber : Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cmf_jeangrey 30-10-2024 11:17 PM
Hukuman mati pun x mampu jadi pengajaran pd yg lain..apa yg x kena dgn UPNM ni?

Quote BawangCaramel 31-10-2024 08:59 AM
Quote suri33 31-10-2024 09:14 AM
Tak pelik pun. Benda diangkat tinggi amalan junior senior di kalangan bebdk asrama ni. Yg berlebihan keluar U belum tentu  jd manusia.
Quote MisXoXo 31-10-2024 09:22 AM
Mmg berlaku.bdk2 ada cite..kena cucuh rokok kt perut.tp kena diamkan kalau x..satu pasukan kena.
Quote TeropongThaico 31-10-2024 09:27 AM
Tak habis habis lg diarg ni dgn buli nak buktikan apa ntah. Tutup je la upnm tu kalau pihak atasan pun tak mampu lg nak kawal. Byk lg university dkt mesia ni
Quote noor2 31-10-2024 09:45 AM
Sial betul pembuli ni....
Quote noor2 31-10-2024 10:08 AM
DITEKAP DGN SETERIKA LAGI??????

APA MASALAH UPNM NI!!!!

[youtube]rKStN4_d0e8?si=WDim_3nEgva-uEZn[/youtube]
Quote mejaputih 31-10-2024 10:30 AM
tutup je la UPNM ni...
Quote otai_g 31-10-2024 10:33 AM
mejaputih replied at 31-10-2024 10:30 AM
tutup je la UPNM ni...

Setuju. Merepek je upnm ni. Universiti pembunuh.
Quote noor2 31-10-2024 11:09 AM
Gila..x abis2 kes Dera...lagi sekali kes sama..

Quote azimodin 31-10-2024 11:16 AM
Lagi dan lagi. Dah sampai masa buli dianggap jenayah serius, tak kira la berlaku di mana. Elok bagi hukuman sebat dikhalayak ramai & toreh dahi bagi label "sampah masyarakat"
Quote Unicorn_heart 31-10-2024 12:05 PM
Lemah sungguh pentadbiran UPNM ni,  asyik buli saja cerita. Memang sana normalising perkara ragging freshies ka? [em:7:] pihak kementerian IPTA tidak pantau ka UPNM??
Quote noor2 31-10-2024 12:18 PM
Nampak sgt kes Farhan, pihak UPNM buat x kisah...
Quote PULANGKAN 31-10-2024 12:21 PM
ape nak jadi upnm ni.. pekung dulu masih berbau, tambah lagi.
Quote noor2 31-10-2024 12:22 PM
Celaka betul spammer naikkan semua thread2 lama
Quote Kitty_catz 31-10-2024 04:16 PM
lepas ni kalau didapati bersalah, potong je l a kote seko2

hilang dah kejantanan memasing

agichewww
Quote syamzana 31-10-2024 04:25 PM
katup je la univ ni mcm bawak sial plak kumpul pembuli celaka
kalau msia berperang yg membuli ni sggup ke dak kedepan ke lari dulu??

org lain pun buka uni jugak takde la membiakkan pembuli tahap pembunuh mcm ni.
Quote edayildiz 31-10-2024 04:26 PM
mmg budaya dorg kot eh mcmni..
sialan betul kaki buli ni..kt porem pun ada kaki buli..i syak makcik porem hodoh je yg kaki buli org kt porem

Quote suri33 31-10-2024 09:20 PM
Harap kes ni takda campur tgn kabel lg ek. Berani buat anak org beranilah tanggung.

Lihat semua komen(34)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-11-2024 04:38 PM GMT+8 , Processed in 0.053547 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top