Kuala Lumpur: Seorang pegawai kadet tahun dua di Akademi Latihan Ketenteraan (ALK), Universiti Pertahanan Nasional (UPNM), Sungai Besi dipercayai menjadi mangsa buli dan dera, baru-baru ini.
Menurut sumber, difahamkan mangsa yang mengambil jurusan kejuruteraan menjadi mangsa buli penuntut senior.
"Bagaimanapun perbuatan itu terbongkar selepas pemeriksaan berkala dijalankan jurulatih yang bertugas ketika itu selepas menyedari kesan kecederaan pada tubuh mangsa," katanya.
Sementara itu, Panglima Angkatan Tentera (PAT) Jeneral Tan Sri Mohammad Ab Rahman ketika dihubungi berkata, pihaknya akan mengeluarkan kenyataan media berhubung kejadian itu.
Sebelum ini, pada 2017, negara digemparkan dengan kematian tragis pegawai kadet laut UPNM, Allahyarham Zulfarhan Osman Zulkarnain akibat dibuli, dipukul dan diseksa apabila hampir keseluruhan anggota badannya berulang kali ditekap menggunakan seterika wap.
Susulan itu, enam bekas penuntut UPNM dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Rayuan pada 23 Julai lalu kerana didapati membunuh Zulfarhan.
Post time 31-10-2024 09:27 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Tak habis habis lg diarg ni dgn buli nak buktikan apa ntah. Tutup je la upnm tu kalau pihak atasan pun tak mampu lg nak kawal. Byk lg university dkt mesia ni
Post time 31-10-2024 11:16 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Lagi dan lagi. Dah sampai masa buli dianggap jenayah serius, tak kira la berlaku di mana. Elok bagi hukuman sebat dikhalayak ramai & toreh dahi bagi label "sampah masyarakat"
Post time 31-10-2024 12:05 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Lemah sungguh pentadbiran UPNM ni, asyik buli saja cerita. Memang sana normalising perkara ragging freshies ka? [em:7:] pihak kementerian IPTA tidak pantau ka UPNM??