CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Alif Hadi Dan Yasmin Hani Kembali Rapat Kerana Anak - "Mereka Juga Merindui Saya, Dan Saya Pun Rindu Mereka"

29-10-2024 08:22 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 38349| Komen: 18

 


Pasangan pelakon yang sebelum ini pernah menjalinkan hubungan cinta, Alif Hadi dan Yasmin Hani kembali bersahabat selepas berpisah beberapa bulan lalu.

Alif dan Hani ketika ditemui berkata, keputusan itu dibuat kerana anak-anak Hani merindukan Alif yang dipanggil dengan panggilan Thor.

"Berkawan. Sebenarnya, saya tak rasa gugup sebab sejak awal kami berpisah dengan baik. Jadi, tiada sebab untuk saya bergaduh dengan dia.

"Namun, ketika saya mula mengenali dia, saya bukan hanya mengenali dia seorang, tetapi juga keluarganya. Jadi, dua ahli keluarganya yang lain tak ada buat salah apa-apa dengan saya.

"Tak ada gunanya untuk saya bermusuh atau memutuskan hubungan dengan mereka yang tak bersalah. Saya rasa lebih baik jika saya teruskan berkawan kerana mereka juga merindui saya, dan saya pun rindu mereka," kata Alif kepada Harian Metro.

Sementara itu, Hani berkata, anak-anaknya kerap bertanya mengenai Alif selepas mereka berpisah dan sering membuat panggilan video bagi melepaskan kerinduan.

"Kami berkawan balik sebab anak pun dah mula bertanya mana Alif sebab kami pun tak adalah kecoh-kecoh. Dengan umum pun kami tak bercerita.

"Kalau dah lama, anak-anak dah tak tanya, okaylah. Tapi, anak-anak masih bertanya mengenai dia dan nak buat panggilan video.

"Saya pun tak pasti bagaimana keadaannya sekarang, tapi boleh dikatakan kami masih berkawan kerana anak saya yang sering menelefon, ingin tahu khabar dan berbual dengan dia," katanya.

Ditanya sama ada hubungan mereka akan kembali bertaut sebagai pasangan kekasih Hani berkata, dia menyerahkan semuanya kepada Allah.


"Jadi, selebihnya, pada masa depan, hanya Allah yang dapat menentukan. Kami tak rancang untuk berpisah dan jika ditakdirkan untuk kembali bersama, siapa tahu?

"Mungkin anak-anak yang akan menjadi penyebabnya. Seperti yang sering dikatakan, walaupun klise, kami hanya berharap dan berdoa untuk yang terbaik," katanya.


Terdahulu, Hani pernah berkahwin dengan bekas suami yang juga bekas pemain dram Black Rose, Sha'arin pada 2015 dan dikurniakan cahaya mata, Noah Ismail Wong, 10, dan Eissa Elzander Wong, 7.


SUMBER : – Harian Metro


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Sazreena 29-10-2024 08:58 AM
Acik Yasmin Hani ni kira cun la utk warga yg sekelas dgn dia.
Quote Rogue98 29-10-2024 09:03 AM
Macam diaorang ni pulak yang dah kahwin,, ada anak..pastu cerai... jump on the bandwagon
Quote cha-cha 29-10-2024 09:08 AM
Sedap jugak ye heols ni
Quote fanaz82 29-10-2024 09:35 AM
kahwin je lah. anak2 dpt ayah baru
Quote LadyCarefree 29-10-2024 09:43 AM
Elok macam Goldie Hawn tu bahagia sampai tua xyah kahwin.
Quote IvyGorgon 29-10-2024 11:30 AM
Lps tu nak mcm ni aje selamanya? Iols tak faham knp taknak nikah, tp yelah buat apa nak nikah kalau dah semuanya free sblm nikah kan?
Quote prince_marhaen 29-10-2024 02:26 PM
asal dapat main je kaedahnyaaa...
Quote hokeypokey 29-10-2024 07:36 PM
yg si bapak budak2 tu buat apa? Kan hidup lagi, dh kenapa anak sibuk bermanja ngan bf mak? Kalau mati lain ceritanye..
Quote likilu 30-10-2024 12:51 AM
14 tahun dlm industry seni tapi hanya fames setelah yasmin hani ambik jadi bf lepas cerai

Nasib baik menang jugak award
Quote starcity 30-10-2024 07:07 AM
Yasmin Hani ni cantik, body lawa. Boleh cari lelaki yg lebih elok. Alif Hadi tu mcm tak nk ada commitment. Buang masa je la kapel dgn lelaki mcm tu unless dis pun mmg tak nk kawin gak
Quote virgocircus 30-10-2024 07:13 AM
Mak jan yg dah umur mcm ni mmg dah tak pikir kawin dah. Dia pun lawa lagi. She felt the thrill of being chase by someone. Lagi dikejar lagi dia suka. Ahh giteww
Quote makcun14 30-10-2024 07:19 AM
Tak kira la berapa umur sheols she tetap energy orang muda. meols pernah jumpa she pergi jemputan wedding yang sama yang meols and she is riuh and friendly. positive vibes giteww.Bukan saje cantik.
takde la energy makcik bawang yang bitter dan suka komplen itu ini. selayaknya orang muda suka sheols.
Quote lasagna 30-10-2024 08:11 AM
LadyCarefree replied at 29-10-2024 09:43 AM
Elok macam Goldie Hawn tu bahagia sampai tua xyah kahwin.

ehh bkn ke acik Goldie prnh kawen 2 kali chuolss?
tu yg dpt Kate Hudson tu..
Quote shahirakay 30-10-2024 08:24 AM
ai olls tertarik nak tahu siapa mantan wife alif hadi ni? katanya anak politician?
Quote MadameOnion 30-10-2024 08:26 AM
macam anak2 tu hasil benih alip ni pulak...kejadah panggil thor???perasan much
Quote serimaya 30-10-2024 08:31 AM
YH tak nak buat laki sebab dia tak nak menangung jantan tu sama jugak dgn mantan dia..sebab tu dia just maintain good relationship je..No kawin kawin
Quote babelina 30-10-2024 09:46 AM
beriyaaaaa.. bagaikn dh kawin tinggal serumah sampaikn ank2 merindui mu..
Quote rayna_raynes 30-10-2024 05:36 PM
Dia ni depan2 helok gila.

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 01:20 AM GMT+8 , Processed in 0.083911 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top