PADANG RENGAS: Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan segelintir Ahli Parlimen yang mempersendakan beliau secara sinis dengan perkataan 'ketimbang' diungkapkannya, sebagai bingung. Perdana Menteri menegaskan sebagai pemimpin masyarakat, Ahli Parlimen terbabit sepatutnya meningkatkan penguasaan bahasa. "Saya pakai songkok senget pun dia marah, pakai baju Melayu dengan capal pun tak kena. "Saya guna istilah baharu seperti 'ketimbang' pun dia bingung sikit... tidak faham. "Kita jadi pemimpin, kita tingkatkan penguasaan bahasa. Dulu tiada mampan, saya perkenalkan. Tiada telus, saya perkenalkan. Tidak popular kesenjangan, kita popularkan. Jadi, kita didik anak-anak menggunakan bahasa," katanya. Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Ramah Mesra Perdana Menteri Bersama Masyarakat Padang Rengas di Arena Square Pekan Isnin, di sini, hari ini. Media sebelum ini melaporkan pada hari pertama perbahasan peringkat dasar Rang Undang-undang Perbekalan 2025 di Dewan Rakyat, Isnin lalu, Ahli Parlimen Hulu Terengganu, Datuk Rosol Wahid, mendakwa perkataan 'ketimbang' membawa maksud kencing, tipu dan sembang. Perkataan itu mendapat perhatian ramai berikutan sering diucapkan oleh Anwar, termasuk ketika membentangkan Belanjawan 2025. Mengulas lanjut, Anwar berkata, beliau sebolehnya enggan melayan cemuhan segelintir pihak, sebaliknya mahu memberikan tumpuan kepada tugas. "Bagi saya, kalau nak jawab benda ini... letih kita, kerja tak jalan. "Saya singgung perkara ini kerana (jika) tak jawab, orang kadang keliru. Jawab sikit-sikit, bolehlah... kita nak tumpu kerja. "Sebab itu saya nak nasihat kawan-kawan dari semua parti, buat kerja, nak gaduh tunggu pilihan raya. Sekarang kerja, angkat martabat rakyat dan negara kita," katanya. Kelmarin, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dilapor akan memasukkan perkataan 'ketimbang' ke dalam Kamus Dewan Perdana Edisi Kedua. DBP dipetik menjelaskan, perkataan itu adalah kata sendi nama yang bermaksud menyatakan atau menunjukkan perbezaan atau perbandingan antara sesuatu.
Sumber ; Berita Harian
|
ketimbang/ke·tim·bang/ p cak kata untuk menandai perbandingan (dengan); daripada: laju pertambahan penduduk lebih cepat -- pertambahan produksi bahan makanan
Samerosie replied at 28-10-2024 01:26 PM
Wak Rosol Wahid yg kena kencing dgn google rupanya... Nama macam jawa tapi tak pernah guna ke word n ...
kemaruk replied at 28-10-2024 01:30 PM
Jadi selama ini PMX guna bahasa indon ler kan sebab perkataan ketimbang ni memang takde dalam kamus ...
kemaruk replied at 28-10-2024 01:30 PM
Jadi selama ini PMX guna bahasa indon ler kan sebab perkataan ketimbang ni memang takde dalam kamus ...
anony-mous replied at 28-10-2024 02:06 PM
Anjirr & konoha yg membawa mksud yindon caprut
Radzor replied at 28-10-2024 02:06 PM
pasni guna "kaleng kaleng" pulak.
kemaruk replied at 28-10-2024 02:28 PM
Boleh ler guna perkataan2 ini dalam urusan rasmi atas alasan perkataan pinjaman
Perkataan pinjama ...
Firenzza replied at 28-10-2024 03:08 PM
Lepas ni dah boleh guna perkataan 'BUTUH' klau dah kemaruk sgt nk guna istilah indon.
cth ayat ...
ADVERTISEMENT