Baru-baru ini, staf jenama kambing perap terkenal, Pak Mat Western yang dikenali sebagai Una berkongsi pengalamannya ketika melakukan sesi siaran langsung bersama pelakon Fattah Amin. Menerusi sesi siaran langsung di TikTok, Una menjawab pertanyaan netizen mengenai perkara itu dan mengakui aktor itu sememangnya kacak. Malah, Una berkata dia sukar untuk bercakap apabila berdepan dengan Fattah kerana renungan mata aktor kacak itu. “Bukan setakat ‘handsome’ tapi helok. Saya tak boleh nak bercakap secara berdepan sangat dengan Fattah sebab renungan mata dia. Bila dia bagi renungan mata dia macam itu, kita jadi macam, ‘Ehh tak bolehlah’,” katanya.
Turut menjadi perhatian apabila Una menyanyikan lagu ‘Ah! Rindu Lagi’ namun ditukar diliriknya sekaligus menghiburkan netizen. “Tak adalah cair, biasa ja perasaan itu. ‘Berdegup jantungku, bila Fattah melihatku.’” katanya. Terdahulu, Fattah mencuri tumpuan apabila berjaya menjual hampir 10,000 set kambing perap dalam tempoh tiga jam siaran langsung di TikTok. Sumber – Rotikaya |
brainbiru replied at 26-10-2024 12:28 AM
Hmmmmm... x pyh la komen begitu secara terbukak dek oiiii.... mak hang x maghah ka?
pocongkiutss replied at 26-10-2024 12:41 AM
Ceri boleh..una pun boleh juga
#pattuna
ohsoyaya replied at 26-10-2024 06:27 PM
I baca komen2 kt tt katanya she ni da kawin. Ntahlah. Tp toksah la meghela sgt. Fattah Amin tu
noor2 replied at 26-10-2024 07:27 PM
Tu pandangan perempuanlah kan pada lelaki hensem.......bagaimana agaknya pandangan lelaki yg terkesi ...
kucim replied at 26-10-2024 08:23 PM
.
.
Terus terlanggar tiang LRT bila tgh bawa motor tgk perempuan lawa....
ADVERTISEMENT