CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

'Saya mohon maaf secara terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia' - DS Najib Razak

24-10-2024 10:02 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 41935| Komen: 61

 

Kuala Lumpur: Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak membuat permohonan maaf secara terbuka mengenai kejadian salah laku dalam syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) .

Menerusi kenyataan yang dibacakan anaknya Datuk Mohamad Nizar Mohd Najib, Najib berkata beliau berasa amat terluka setelah mengetahui mengenai segala kecurangan yang berlaku dalam 1MDB semasa di bawah pengawasannya.

"Sebagai (bekas) menteri kewangan dan perdana menteri, tiada lain yang dapat saya nyatakan selain memohon maaf secara terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia," katanya.

Dalam kenyaatan itu Najib berkata sepanjang menjalani hukuman penjara selama 26 bulan dan susulan pelbagai perkembangan yang signifikan berkaitan dengan 1MDB, beliau terpanggil untuk membuat pernyataan berkenaan.

"Dalam perbicaraan mahkamah baru-baru ini dan sabitan kes terhadap eksekutif PetroSaudi di mahkamah Switzerland dan artikel terkini yang diterbitkan media (The Edge).


"Berdasarkan analisa mereka (The Edge) terhadap kes itu serta e-mel dalaman PetroSaudi sekali lagi membuktikan saya bukanlah dalang dan tidak bersubahat dengan ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho (Jho Low) untuk menyeleweng dana 1MDB," katanya.

Najib berkata rumusan daripada artikel yang diterbitkan menyatakan PetroSaudi dan Jho low bersubahat untuk memperdayakan beliau.

"Saya tidak sedar PetroSaudi sudah mengalihkan dana 1MDB dan saya tidak langsung mengetahui saya menerima wang daripada dana yang dihantar oleh 1MDB kepada PetroSaudi.

"Walaupun sukar bagi sesetengah pihak untuk memahami, saya dinasihati dan dengan jujur mempercayai pada masa itu dana yang saya terima adalah sumbangan politik daripada kerajaan Arab Saudi seperti mana yang dinyatakan.

"Dalam prosiding mahkamah memang terdapat dua sumbangan besar yang disahkan pada tahun 2010 diterima daripada Kerajaan Arab Saudi, iaitu sumbangan itu tidak pernah menjadi subjek dalam mana-mana prosiding jenayah ataupun sivil," katanya.

Bekas ahli parlimen Pekan itu berkata apabila berlakunya kebimbangan dan pelbagai pihak mula mempersoalkan apa yang berlaku di 1MDB, beliau sepatutnya mengambil tindakan yang berbeza.

"Saya telah mengarahkan pelbagai siasatan dijalankan, namun saya cenderung untuk mempercayai ulasan oleh lembaga pengarah dan pihak pengurusan 1MDB.

"Apabila saya mula curiga mengenai apa yang sebenarnya berlaku di 1MDB, kebimbangan utama saya adalah kepada usaha memulihkan kedudukan kewangan dan risiko yang ditimbulkan terhadap hubungan diplomatik dua hala di peringkat tertinggi," katanya.

Najib berkata beliau sudah dihukum dari segi politik walaupun dengan jelas, dirinya bukanlah dalang pada segala penyelewengan dalam 1MDB dan tidak pernah sekali pun bersubahat dengan Jho Low.

"Justeru saya tidak sepatutnya menjadi mangsa dari segi undang undang. Saya masih lagi terkejut apabila mengetahui kepincangan dan perbuatan tidak bermoral serta pelanggaran undang-undang yang berlaku di 1MDB.

"Saya amat kesal dengan apa yang telah berlaku di SRC International Sdn Bhd (SRC) dan juga di 1MDB," katanya.

Najib berkata, beliau masih dipertanggungjawabkan secara undang-undang untuk perkara bukan dilakukan dan tidak mengetahui secara sedar.

"Adalah tidak adil kepada saya dan saya berharap serta berdoa agar proses keadilan akan memihak kepada saya dan membuktikan saya tidak bersalah," katanya.

Najib, 70, berdepan empat pertuduhan iaitu menggunakan kedudukannya untuk memperoleh suapan RM2.3 bilion dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah yang sama.

Sumber – Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote supernaturalee 24-10-2024 10:57 PM
After bertahun2



Teringat Lagu 1republic apologize
Quote anony-mous 25-10-2024 12:20 AM
Go go bijan!!! bila la bijan nk kluar? Bosan politik skrg ni sbb pembangkang xkuat. Rugi betul BN join PH. Kalau x wak ponogoro ada chance jd next pm
Quote nolya 25-10-2024 01:10 AM
anony-mous replied at 25-10-2024 12:20 AM
Go go bijan!!!  bila la bijan nk kluar? Bosan politik skrg ni sbb pembangkang xkuat. Rugi betul ...



Duduk di anjung memakan buah
Makan sesorang, tak bagi2
Usah disesal nasib lum bertuah
Esok lum kiamat, berdoalah lagi
Quote otai_g 25-10-2024 01:16 AM
Nasib la najib. apa blh buat. Lg pun ikut logiknya dlm rmi2 lembaga pengarah 1mdbz sorang pun x kena dakwa. Mcm sesuatu. Ntah2 da kowtim dgn jho low, at the end najib jd kambing hitam
Quote terma2nkondisi2 25-10-2024 01:55 AM
proses utk ditahan di rumah sedang disusun atur kah?

kalau betul, walanon2 tak marah kah?
Quote terma2nkondisi2 25-10-2024 02:39 AM
anony-mous replied at 25-10-2024 12:20 AM
Go go bijan!!!  bila la bijan nk kluar? Bosan politik skrg ni sbb pembangkang xkuat. Rugi betul ...

utk kes src, tempoh hukuman terhadap najib akan tamat lepas pru

selain kes yg najib tengah penjara sekarang ni, najib masih ada beberapa kes mahkamah lagi yg sedang berjalan

dinamik hubungan sesama sendiri kesemua pemain2 politik dah jadi kompleks dan mcm2 tak simple cam dulu so kalau la kita nak berspeku liar sesuatu yg magik terjadi yg mana najib bebas awal semua kes, di bawah ni ada dua kemungkinan yg sangat menarik

kemungkinan 1 - najib bergabung dgn anwar kuatkan umno dan bn.. umno dan bn betul2 pegang gomen... pkr dan amanah mengekor secara menikus je... dap dikekang, dizip mulut, diikat tangan dan kaki walaupun ada jawatan dlm gomen... pn kekal membangkang tapi dlm keadaan pas mesra dgn umno selain zahid.. bersatu melemah dgn sendirinya.. parti2 lain buat kerja sendiri mcm biasa

kemungkinan 2 - najib bekerjasama dgn pn terutamanya dgn pas.. najib sendiri pernah cakap pas sahabat sejati

https://malaysiagazette.com/2020/07/29/najib-anggap-pemimpin-pas-sahabat-sejati/


Beberapa pemimpin Pas hadir memberi sokongan kepada Datuk Seri Najib Razak di kediaman bekas Perdana Menteri itu malam tadi. - malaysiagazette, 29 julai 2020, gambar sebelum najib masuk penjara

tapi tu arrr... berspeku liar mengarut camni mmg syiokk

politikus2 mainkan game politik dgn strategi mereka yg lain machiammm... rakyat marhaen tetap teruskan rutin hidup hari2 mcm biasa
Quote Apoo 25-10-2024 06:56 AM
Hg buat ke tak, sedar ke tak, tp kepincangan tetap berlaku. Hg as ketua mmg kena bertanggungjawab.
Quote Apoo 25-10-2024 07:02 AM
terma2nkondisi2 replied at 25-10-2024 02:39 AM
utk kes src, tempoh hukuman terhadap najib akan tamat lepas pru

selain kes yg najib tengah penjar ...

Kemungkinan 2 tu, mau ka najib berbaik dgn yiddin? As long as Pas bersama Bersatu, susah najib nak sokong PN. Tambahan lagi, yg buat dakwaan mostly dlm bersatu sekrg.

Dikalangan org UMNO, najib mmg ada lagi sokongan. Tp di kalangan pengundi atas pagar, najib ni bebanan.
Quote Firenzza 25-10-2024 07:10 AM
Mintak maaf tu mmg ada buat salah leteww,
Quote kemaruk 25-10-2024 07:53 AM
Edited by kemaruk at 25-10-2024 07:58 AM

mulia sungguh hati bossku minta maaf dekat rakyat malaysia yang majoriti telah menolak dan memfitnah beliau selama ini sehingga beliau tergolek dog lalu meringkuk di penjara

umpama najib seorang manager bank, bank kena songlap oleh staf2 sendiri tanpa pengetahuan manager bank, tapi manager bank seorang yang dipenjara.. staf2 lain yang terang2 dapat wang songlap bebas camtu jer
Quote kemaruk 25-10-2024 07:57 AM
najib dah minta maaf akan kecuaian beliau dalam kes 1mdb

korang dah minta maaf dekat najib belum

1) fitnah najib bunuh altantuya, kevin morais, pengasas ambank, teoh beng hock etc
2) fitnah najib sembunyi MH370
3) najib punca MH17 ditembak
4) najib zalim kerana perkenalkan GST, tidak mensuhkan tol dan ptptn, menghapuskan subsidi pukal seperti minyak dan gula etc
5) najib sengaja kacau periuk nasi pemandu teksi kerana membenarkan Grab milik rosmah beroperasi
6) sengaja membiarkan isu lahad datu meruncing kerana najib takut bubar parlimen PRU13

dan banyak lagi
Quote airmineral 25-10-2024 08:57 AM
mana cukup maafffffffffff je
dapat pulak anak kesayangan dpt jawatan!
Quote terma2nkondisi2 25-10-2024 09:41 AM
Apoo replied at 25-10-2024 07:02 AM
Kemungkinan 2 tu, mau ka najib berbaik dgn yiddin? As long as Pas bersama Bersatu, susah najib nak ...

politikus2 ni bukan leh caye.. game diorg ni lain machiammm

masa bermusuh, mainkan naratif lain.. masa satu geng, mainkan naratif lain pulak

---

Zahid lafaz sumpah “Wallahi, Wabillahi, Watallahi” No Anwar, No DAP - malaysiagazette, 9 ogos 2021

https://malaysiagazette.com/2021/08/09/zahid-lafaz-sumpah-wallahi-wabillahi-watallahi-no-anwar-no-dap/

KUALA LUMPUR –Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi melafaz sumpah “Wallahi, Wabillahi, Watallahi” di depan beberapa Ahli Parlimen UMNO, selepas ditanya adakah beliau menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri.

Presiden UMNO itu juga berkata, sumpah berkenaan turut berkaitan dengan dakwaan daripada beberapa pemimpin parti tersebut bahawa beliau akan bersama dengan Pakatan Harapan (PH) dan DAP.

Perkara ini didedahkan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan yang mengakui turut hadir dalam pertemuan Ahmad Zahid dengan beberapa Ahli Parlimen baru-baru ini.

----

berita lama.. 9 ogos 2021... siap cakap wallahi, wabillahi, watallahi tu... sekarang ni dah satu geng dah pun tapi berita lafaz sumpah ni adalah menurut ahmad maslan ... tak tau la kot kalau ahmad maslan menipu

dulu mahathir dgn pas pun bermusuh... sekarang ni boleh berbaik pulak.. mana la tau kot tetiba nanti najib buat kejutan boleh bekerjasama dgn bersatu sbb bersatu sebhgn drpd pn... dgn alasan "hanya kerjasama politik, tidak lebih drpd itu"..
Quote venom1 25-10-2024 09:47 AM
Semoga bossku kembali
Quote sam1528 25-10-2024 10:42 AM
Playbook pokjib senang aje ... tackle dulu public opinion sebelom keputusan mahkamah

Dok jaja cerita , yes ... 1MDB berlaku tapi semua salah Jho Low & PetroSaudi ... pokjiob kena tipu pasal lurus bendul

Tapi pokjib tak cerita pulak , joli sakan dia & keluarga dia dengan duit tersebut sampai anak tiri dia boleh buat filem 'Wolf of Wall Street'

AG kena tukar , pegawai penyasat kena kacau...

Kalo pokjib rasa kena scam patut buat report polis & carik lah si Jho Low tu

Haiya .....


Quote snowflakes 25-10-2024 10:56 AM
Kalau maaf boleh selesai segala masalah tak perlu ada polis - gu junpyo
Quote manop 25-10-2024 11:32 AM
Pemimpin yg bodoh bila tak boleh dipercayai untuk jaga duit negara konon kena tipu dengan Jho Low....

Quote kaseh80 25-10-2024 11:38 AM
Pegi mampusssssasssssss
Quote plywood 25-10-2024 12:12 PM
kemaruk replied at 25-10-2024 07:53 AM
mulia sungguh hati bossku minta maaf dekat rakyat malaysia yang majoriti telah menolak dan memfitnah ...

akhirnya najib dah ambil jalan spt yang selalu kau sebut

skrng nak tengok apa respon ramai orang dan respon hakim hakim semua...





Lihat semua komen(61)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 02:12 AM GMT+8 , Processed in 0.043584 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top