CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Ina Naim nikah 8 November dengan Mohd K? - "Syukur, semua teka-teki nama calon suami Ina adalah Mohd K dan bukan Isman"

24-10-2024 09:49 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 45398| Komen: 55

 


Penyanyi yang juga balu Allahyarham Suhaimi Saad iaitu Ina Naim, 40, didakwa bakal bernikah dengan lelaki pilihannya yang dikenali sebagai Mohd K pada 8 November depan.

Kisah perkahwinan kali kedua Ina itu sudah hangat diperkatakan ramai di media sosial sejak beberapa minggu lalu, namun ia dinafikan oleh ibu tunggal empat cahaya mata itu.

Malah, nama anggota Hijjaz iaitu Isman Nadim Isam juga disebut-sebut sebagai calon suami baharu Ina dan dinafikan lelaki itu kerana dia sama sekali tidak mengetahui perancangan perkahwinan berkenaan.

Isman yang sudah melihat kad undangan perkahwinan Ina itu berkata, dia lega kerana memang bukan dirinya dan langsung tiada kena-mengena dengan perancangan perkahwinan terbabit.

"Alhamdulillah, melihat pada kad undangan yang tersebar ini, nama lelaki terbabit sudah jelas bukan saya. Syukur, semua teka-teki nama calon suami Ina adalah Mohd K dan bukan Isman.


Isman 

"Sebenarnya apabila nama saya disebut-sebut itu, saya ada hubungi Ina dan bertanya padanya. Memang dia mengaku dengan saya akan berkahwin pada awal November depan, tapi tarikhnya tidak dimaklumkan.

"Ina juga beritahu saya, calon suaminya pada kalangan orang biasa saja dan bukan artis. Itu saja yang saya diberitahu oleh Ina mengenainya," katanya kepada Harian Metro.

Menurut Isman, sekiranya memang betul Ina akan berkahwin dan naik pelamin tidak lama lagi, dia mendoakan wanita itu serta anak-anak Allahyarham sahabatnya, Suhaimi akan menjalani kehidupan yang gembira serta bahagia di dunia hingga akhirat.

Terdahulu, kad undangan perkahwinan Ina yang tersebar itu tertera nama ibu bapa bakal pengantin perempuan iaitu Mohd Naim Samijan dan isteri, Norini Masuh.

Dituliskan juga majlis pernikahan itu akan berlangsung pada tarikh 8 November di lokasi Felcra Sungai Ara, Kota Tinggi, Johor iaitu kampung halaman Ina dan keluarga. Namun, nama penuh pengantin lelaki ditutup.

Sementara itu, usaha Harian Metro mendapatkan Ina untuk penjelasannya tidak berjaya apabila kiriman mesej di WhatsApp tidak dibalas, begitu juga panggilan telefon dibuat tidak berjawab.

Ina atau nama sebenarnya Nordiana Md Naim berkahwin dengan Suhaimi atau Mohd Suhaimi Saad, 43, pada 12 Ogos 2007. Namun, Suhaimi meninggal dunia pada 15 November tahun lalu akibat jangkitan kuman pada paru-paru.

Hasil perkongsian hidup selama 16 tahun itu, Ina dan Suhaimi dikurniakan empat anak iaitu Ehmad Hadie Elfardie, Sallman Elkhoyri, Phyrosh Elfadwah dan Nur Layla Elghufrony.

Sumber – Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Barebow77 24-10-2024 10:12 PM
Bukan ke dah ada tered pasal ina nak kawen Mohamad K
Quote supernaturalee 24-10-2024 10:29 PM
Tu diaaa
Tny retis nasyid jujur ha jwpn
Tuan badan duk nafi2 lg


Quote lanacondor 24-10-2024 11:46 PM
Harap jodoh Kali ni dgn lelaki yg baik, ada kerja tetap Dan boleh sekolahkan anak2nya
Quote kerani_je 24-10-2024 11:50 PM
lanacondor replied at 24-10-2024 11:46 PM
Harap jodoh Kali ni dgn lelaki yg baik, ada kerja tetap Dan boleh sekolahkan anak2nya

Mestilah kali ni die upgrade, tak kn la nk cari suami yg makin downgrade..Confirm lelaki berkerjaya n hartawan punye sbb die pulak lawo mcm mane
Quote kepompong 24-10-2024 11:57 PM
Lega isteri2 isman baca
Quote kotakbaju 25-10-2024 12:00 AM
kepompong replied at 24-10-2024 11:57 PM
Lega isteri2 isman baca

Wahh, ada brapa isteri isman ni
Quote kotakbaju 25-10-2024 12:02 AM
supernaturalee replied at 24-10-2024 10:29 PM
Tu diaaa
Tny retis nasyid jujur ha jwpn
Tuan badan duk nafi2 lg

Apa salahnya kalau ngaku kan, benda baik kot, nak dirikan masjid..yang dok nafi2 tu untuk apa..
Quote fazamania 25-10-2024 02:35 AM
Ina dapat suami baru, arwah suami dapat bidadari syurga.
Win2 situation gitu
Quote hokeypokey 25-10-2024 04:46 AM
tahniah ina mungerrrr
Quote azwanaliori 25-10-2024 04:52 AM
kotakbaju replied at 24-10-2024 04:02 PM
Apa salahnya kalau ngaku kan, benda baik kot, nak dirikan masjid..yang dok nafi2 tu untuk apa..

Yg dia nafi tu part org kata artis yg nk kawin dia kot.
Quote kotakbaju 25-10-2024 05:28 AM
azwanaliori replied at 25-10-2024 04:52 AM
Yg dia nafi tu part org kata artis yg nk kawin dia kot.

Oo yeke.

Yang iols paham dia menafikan dia bakal berkawin. Kan dia kata sapa la nak kat dia anak pun ramai.

Cuba cakap, ye betul saya bakal berkawin, tapi bukan dengan retis. Siapa pilihan saya itu rahsiaaaa...

Quote fanaz82 25-10-2024 08:26 AM
tahniah in advance
Quote SANKURIANG 25-10-2024 08:27 AM
kotakbaju replied at 25-10-2024 12:02 AM
Apa salahnya kalau ngaku kan, benda baik kot, nak dirikan masjid..yang dok nafi2 tu untuk apa..

What do you expect? Ex tunang Mawi dan balu pada suhaimi saad. Dua2 dah tak relevan lagi, ni kan pulak si munger ni. Bazir wwaktu cerita pasal si munger ni.
Quote airmineral 25-10-2024 08:56 AM
lanacondor: Harap jodoh Kali ni dgn lelaki yg baik, ada kerja tetap Dan boleh sekolahkan anak2nya



macam bercanggah pula dengan apa yang diterap oleh arwah suami..
Quote kuchenta_81 25-10-2024 09:01 AM
Mohd Kisman kot

Quote manehnya 25-10-2024 09:08 AM
pastu knp nafi2...
Quote rbmy 25-10-2024 09:36 AM
kan betul la nak kawin tp dgn mohamad K
dah kenapa nak bersilat mengelak
Quote LadyWhistledown 25-10-2024 09:48 AM
malu agaknya, suami baru meninggal tak sampai setahun dah dapat pengganti..
Quote sakurazura 25-10-2024 09:53 AM
Dulu arwah ss cakap x izinkan ina kawin kalau dia meninggal. Tapi x sampai setahun ina da jumpa jodoh. Tahniah ina. Dia isteri & ibu yg baik. Layak berjodoh yg baik. Semoga kehidupan u & anak2 bertambah baik selepas ni

Lihat semua komen(55)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-11-2024 07:50 PM GMT+8 , Processed in 0.135108 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top