View: 45732|Reply: 55
|
Ina Naim nikah 8 November dengan Mohd K? - "Syukur, semua teka-teki nama calon suami Ina adalah Mohd K dan bukan Isman"
[Copy link]
|
|
Penyanyi yang juga balu Allahyarham Suhaimi Saad iaitu Ina Naim, 40, didakwa bakal bernikah dengan lelaki pilihannya yang dikenali sebagai Mohd K pada 8 November depan.
Kisah perkahwinan kali kedua Ina itu sudah hangat diperkatakan ramai di media sosial sejak beberapa minggu lalu, namun ia dinafikan oleh ibu tunggal empat cahaya mata itu.
Malah, nama anggota Hijjaz iaitu Isman Nadim Isam juga disebut-sebut sebagai calon suami baharu Ina dan dinafikan lelaki itu kerana dia sama sekali tidak mengetahui perancangan perkahwinan berkenaan.
Isman yang sudah melihat kad undangan perkahwinan Ina itu berkata, dia lega kerana memang bukan dirinya dan langsung tiada kena-mengena dengan perancangan perkahwinan terbabit.
"Alhamdulillah, melihat pada kad undangan yang tersebar ini, nama lelaki terbabit sudah jelas bukan saya. Syukur, semua teka-teki nama calon suami Ina adalah Mohd K dan bukan Isman.
Isman
"Sebenarnya apabila nama saya disebut-sebut itu, saya ada hubungi Ina dan bertanya padanya. Memang dia mengaku dengan saya akan berkahwin pada awal November depan, tapi tarikhnya tidak dimaklumkan.
"Ina juga beritahu saya, calon suaminya pada kalangan orang biasa saja dan bukan artis. Itu saja yang saya diberitahu oleh Ina mengenainya," katanya kepada Harian Metro.
Menurut Isman, sekiranya memang betul Ina akan berkahwin dan naik pelamin tidak lama lagi, dia mendoakan wanita itu serta anak-anak Allahyarham sahabatnya, Suhaimi akan menjalani kehidupan yang gembira serta bahagia di dunia hingga akhirat.
Terdahulu, kad undangan perkahwinan Ina yang tersebar itu tertera nama ibu bapa bakal pengantin perempuan iaitu Mohd Naim Samijan dan isteri, Norini Masuh.
Dituliskan juga majlis pernikahan itu akan berlangsung pada tarikh 8 November di lokasi Felcra Sungai Ara, Kota Tinggi, Johor iaitu kampung halaman Ina dan keluarga. Namun, nama penuh pengantin lelaki ditutup.
Sementara itu, usaha Harian Metro mendapatkan Ina untuk penjelasannya tidak berjaya apabila kiriman mesej di WhatsApp tidak dibalas, begitu juga panggilan telefon dibuat tidak berjawab.
Ina atau nama sebenarnya Nordiana Md Naim berkahwin dengan Suhaimi atau Mohd Suhaimi Saad, 43, pada 12 Ogos 2007. Namun, Suhaimi meninggal dunia pada 15 November tahun lalu akibat jangkitan kuman pada paru-paru.
Hasil perkongsian hidup selama 16 tahun itu, Ina dan Suhaimi dikurniakan empat anak iaitu Ehmad Hadie Elfardie, Sallman Elkhoyri, Phyrosh Elfadwah dan Nur Layla Elghufrony.
Sumber – Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
|
Bukan ke dah ada tered pasal ina nak kawen Mohamad K |
|
|
|
|
|
|
|
Tu diaaa
Tny retis nasyid jujur ha jwpn
Tuan badan duk nafi2 lg
|
|
|
|
|
|
|
|
Harap jodoh Kali ni dgn lelaki yg baik, ada kerja tetap Dan boleh sekolahkan anak2nya |
|
|
|
|
|
|
|
lanacondor replied at 24-10-2024 11:46 PM
Harap jodoh Kali ni dgn lelaki yg baik, ada kerja tetap Dan boleh sekolahkan anak2nya
Mestilah kali ni die upgrade, tak kn la nk cari suami yg makin downgrade..Confirm lelaki berkerjaya n hartawan punye sbb die pulak lawo mcm mane |
|
|
|
|
|
|
|
Lega isteri2 isman baca |
|
|
|
|
|
|
|
kepompong replied at 24-10-2024 11:57 PM
Lega isteri2 isman baca
Wahh, ada brapa isteri isman ni |
|
|
|
|
|
|
|
supernaturalee replied at 24-10-2024 10:29 PM
Tu diaaa
Tny retis nasyid jujur ha jwpn
Tuan badan duk nafi2 lg
Apa salahnya kalau ngaku kan, benda baik kot, nak dirikan masjid..yang dok nafi2 tu untuk apa.. |
|
|
|
|
|
|
|
Ina dapat suami baru, arwah suami dapat bidadari syurga.
Win2 situation gitu |
|
|
|
|
|
|
|
kotakbaju replied at 24-10-2024 04:02 PM
Apa salahnya kalau ngaku kan, benda baik kot, nak dirikan masjid..yang dok nafi2 tu untuk apa..
Yg dia nafi tu part org kata artis yg nk kawin dia kot. |
|
|
|
|
|
|
|
azwanaliori replied at 25-10-2024 04:52 AM
Yg dia nafi tu part org kata artis yg nk kawin dia kot.
Oo yeke.
Yang iols paham dia menafikan dia bakal berkawin. Kan dia kata sapa la nak kat dia anak pun ramai.
Cuba cakap, ye betul saya bakal berkawin, tapi bukan dengan retis. Siapa pilihan saya itu rahsiaaaa...
|
|
|
|
|
|
|
|
What do you expect? Ex tunang Mawi dan balu pada suhaimi saad. Dua2 dah tak relevan lagi, ni kan pulak si munger ni. Bazir wwaktu cerita pasal si munger ni.
|
|
|
|
|
|
|
|
lanacondor: Harap jodoh Kali ni dgn lelaki yg baik, ada kerja tetap Dan boleh sekolahkan anak2nya
macam bercanggah pula dengan apa yang diterap oleh arwah suami..
|
|
|
|
|
|
|
|
Mohd Kisman kot
|
|
|
|
|
|
|
|
kan betul la nak kawin tp dgn mohamad K
dah kenapa nak bersilat mengelak |
|
|
|
|
|
|
|
malu agaknya, suami baru meninggal tak sampai setahun dah dapat pengganti.. |
|
|
|
|
|
|
|
Dulu arwah ss cakap x izinkan ina kawin kalau dia meninggal. Tapi x sampai setahun ina da jumpa jodoh. Tahniah ina. Dia isteri & ibu yg baik. Layak berjodoh yg baik. Semoga kehidupan u & anak2 bertambah baik selepas ni |
|
|
|
|
|
|
| |
|