CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Konsert A Night With Sumandak Stars : Stacy undur diri, Azharina, Ayu Damit dibawa masuk

24-10-2024 05:46 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 7448| Komen: 7

 


Selepas pengunduran Stacy, dua penyanyi kelahiran Sabah yang lain, Azharina Azhar dan Ayu Damit diumumkan sebagai sumandak seterusnya yang akan beraksi dalam Konsert A Night With Sumandak Stars.

Pengumuman dibuat menerusi sebuah hantaran dalam akaun Instagram Orange International Entertainment.

“Memperkenalkan bintang sumandak yang ke tujuh dan ke lapan kami, Ayu Damit dan Azharina Azhar.

“Lagu apa yang anda nak dengar Azharina menyanyi pada konsert itu nanti selain lagu kegilaan ramai Elegi Sepi?” tulis mereka dalam hantaran tersebut.

Sementara itu Azharina berkata, dia gembira akhirnya dapat menyertai konsert itu biarpun pada mulanya telah menolak sewaktu ditawarkan.

“Sebenarnya tawaran ini hadir kepada saya terlebih dahulu sebelum Stacy. Ada beberapa syarat yang mereka (penganjur) tidak dapat ikut antaranya soal bayaran.


“Saya sudah 23 tahun berada di dalam industri. Kalau ikutkan dalam senarai penyanyi yang terlibat, saya yang paling senior.

“Bila Stacy tarik diri, mereka sekali lagi menghubungi saya dan setuju dengan syarat-syarat yang saya tetapkan,” katanya.

Juara Gegar Vaganza musim ketiga ini turut bersyukur kerana selepas beberapa kali berunding akhirnya kedua-dua belah pihak bersetuju dengan syarat yang ditetapkan.

“Alhamdulillah mereka setuju dengan soal harga dan sebagainya. Saya pun senang hati untuk berikan sokongan terhadap konsert ini,” ujarnya.

Terdahulu pada hujung minggu lalu Stacy mengumumkan menarik diri daripada terlibat dengan Konsert A Night With Sumandak Stars kerana pihak penganjur tidak dapat memenuhi syarat-syarat yang ditetapkanya.

Rekaan poster tersebut yang meletakkan wajah Bella Astillah di bahagian tengah juga dikatakan antara punca Stacy mengundur diri.

Konsert A Night With Sumandak Stars yang akan berlangsung pada 30 November depan di Zepp Kuala Lumpur menampilkan barisan penyanyi kelahiran Sabah iaitu Marsha Milan, Adira Suhaimi, Nikki Palikat, Wany Kayrie, Bella Astillah, Didi Astillah. 


Sumber – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dudaberhias 24-10-2024 05:52 PM
elok lah semua undur diri jah dari konsert sendu ni... entah hape2 jahhhh pergi letak si pinggan kemek punya gambar paling depan dan tgh dkt poster...

macam la acik2 nak tengok sumandak pinggan kemek...

dari tengok pinggan kemek baik pergi beli kerang dekat tepi2 jambatan yang pilak duk jual mur2 tu... sedap pun sedap...

Quote likilu 24-10-2024 06:05 PM
Pernah ke dia ni cakap Sabah
Quote MisXoXo 24-10-2024 06:05 PM
A ah..aku xsuka alip.tp tgk bella..potong terus.dari dulu aku nyampah.mmg ntah pape letk bella main
Quote anony-mous 24-10-2024 06:13 PM
Patutnya tukar tajuk. Bella n didi undur diri, ganti asharina & ayu damit. Confirm meletup2 concert sbb xde bella n didi
Quote allshares 24-10-2024 06:42 PM
Stacy da undur diri,boleh la kot pakai semula nama concert Bella & friends? Baru la terasa superstar punya concert.
Quote mrsLucky 24-10-2024 06:45 PM
Ayu damit dan Azharina okay...wah nice .
Quote hyie 24-10-2024 06:50 PM
ingatkan diorang buat kat Sabah..ala2 laku ke idok sis? saja tau hype kan isu ni untuk dapat perhatian umum

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-10-2024 09:25 PM GMT+8 , Processed in 0.049326 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top