View: 10774|Reply: 7
|
Konsert A Night With Sumandak Stars : Stacy undur diri, Azharina, Ayu Damit dibawa masuk
[Copy link]
|
|
Selepas pengunduran Stacy, dua penyanyi kelahiran Sabah yang lain, Azharina Azhar dan Ayu Damit diumumkan sebagai sumandak seterusnya yang akan beraksi dalam Konsert A Night With Sumandak Stars.
Pengumuman dibuat menerusi sebuah hantaran dalam akaun Instagram Orange International Entertainment.
“Memperkenalkan bintang sumandak yang ke tujuh dan ke lapan kami, Ayu Damit dan Azharina Azhar.
“Lagu apa yang anda nak dengar Azharina menyanyi pada konsert itu nanti selain lagu kegilaan ramai Elegi Sepi?” tulis mereka dalam hantaran tersebut.
Sementara itu Azharina berkata, dia gembira akhirnya dapat menyertai konsert itu biarpun pada mulanya telah menolak sewaktu ditawarkan.
“Sebenarnya tawaran ini hadir kepada saya terlebih dahulu sebelum Stacy. Ada beberapa syarat yang mereka (penganjur) tidak dapat ikut antaranya soal bayaran.
“Saya sudah 23 tahun berada di dalam industri. Kalau ikutkan dalam senarai penyanyi yang terlibat, saya yang paling senior.
“Bila Stacy tarik diri, mereka sekali lagi menghubungi saya dan setuju dengan syarat-syarat yang saya tetapkan,” katanya.
Juara Gegar Vaganza musim ketiga ini turut bersyukur kerana selepas beberapa kali berunding akhirnya kedua-dua belah pihak bersetuju dengan syarat yang ditetapkan.
“Alhamdulillah mereka setuju dengan soal harga dan sebagainya. Saya pun senang hati untuk berikan sokongan terhadap konsert ini,” ujarnya.
Terdahulu pada hujung minggu lalu Stacy mengumumkan menarik diri daripada terlibat dengan Konsert A Night With Sumandak Stars kerana pihak penganjur tidak dapat memenuhi syarat-syarat yang ditetapkanya.
Rekaan poster tersebut yang meletakkan wajah Bella Astillah di bahagian tengah juga dikatakan antara punca Stacy mengundur diri.
Konsert A Night With Sumandak Stars yang akan berlangsung pada 30 November depan di Zepp Kuala Lumpur menampilkan barisan penyanyi kelahiran Sabah iaitu Marsha Milan, Adira Suhaimi, Nikki Palikat, Wany Kayrie, Bella Astillah, Didi Astillah.
Sumber – KOSMO! ONLINE |
|
|
|
|
|
|
|
elok lah semua undur diri jah dari konsert sendu ni... entah hape2 jahhhh pergi letak si pinggan kemek punya gambar paling depan dan tgh dkt poster...
macam la acik2 nak tengok sumandak pinggan kemek...
dari tengok pinggan kemek baik pergi beli kerang dekat tepi2 jambatan yang pilak duk jual mur2 tu... sedap pun sedap...
|
|
|
|
|
|
|
|
Pernah ke dia ni cakap Sabah |
|
|
|
|
|
|
|
A ah..aku xsuka alip.tp tgk bella..potong terus.dari dulu aku nyampah.mmg ntah pape letk bella main |
|
|
|
|
|
|
|
Patutnya tukar tajuk. Bella n didi undur diri, ganti asharina & ayu damit. Confirm meletup2 concert sbb xde bella n didi |
|
|
|
|
|
|
|
Stacy da undur diri,boleh la kot pakai semula nama concert Bella & friends? Baru la terasa superstar punya concert. |
|
|
|
|
|
|
|
Ayu damit dan Azharina okay...wah nice . |
|
|
|
|
|
|
|
ingatkan diorang buat kat Sabah..ala2 laku ke idok sis? saja tau hype kan isu ni untuk dapat perhatian umum |
|
|
|
|
|
|
| |
|