Kuala Lumpur: Polis sedang menyiasat punca insiden bunyi letupan dan gegaran yang dirasai di sekitar Ipoh, Perak Isnin lalu yang masih misteri sehingga kini. Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, buat masa ini, pihaknya masih belum mengenal pasti puncanya namun siasatan sedang dijalankan. Menurutnya, pihaknya juga menerima maklumat gegaran itu turut dirasai dan didengari penduduk di Kuala Kangsar, Gopeng dan Gerik, Perak. "Sejak kejadian itu berlaku, pemeriksaan sudah dilakukan dengan pelbagai syarikat dan agensi untuk menentukan punca bunyi itu. "Semakan juga dibuat dengan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) dan Agensi Angkasa Malaysia (MYSA)," katanya ketika dihubungi hari ini. Razarudin berkata, Polis Perak juga sudah memeriksa dengan pihak Briged Utara Pasukan Gerakan Am, Ulu Kinta dan mendapati tiada latihan berkaitan letupan dijalankan pada hari itu.
"Semakan dengan Pejabat Tanah dan Galian (PTG) juga mendapati tiada letupan yang dijalankan di kuari sebelum jam 12 tengah hari. Sehubungan itu, beliau menasihati orang ramai supaya tidak terus membuat spekulasi yang boleh menimbulkan kebimbangan orang awam. "Beri polis masa untuk menjalankan siasatan dan akan memaklumkan kepada media apabila memperoleh penemuan muktamad," katanya. Sumber – Harian Metro |
shernazz replied at 24-10-2024 01:03 PM
Yakjuj makjuj berpindah ke ipoh ke
Belibis replied at 24-10-2024 10:21 AM
Tak abis2 dengan ' jangan menimbulkan spekulasi'... Try tanya raja formula..kot2 ada jawapan.
shernazz replied at 24-10-2024 01:03 PM
Yakjuj makjuj berpindah ke ipoh ke
shernazz replied at 24-10-2024 01:03 PM
Yakjuj makjuj berpindah ke ipoh ke
eragon replied at 24-10-2024 03:05 PM
Kenapa Perak je ?
ADVERTISEMENT