Bekas isteri kepada pengarah terkenal, Syamsul Yusof iaitu Ira Kazar mendedahkan hubungan antara mereka berdua berada dalam keadaan baik walaupun sudah berpisah. Ira ketika dihubungi Harian Metro berkata, walaupun rumah tangga mereka tidak bertahan lama, namun masing-masing tidak menyimpan dendam. "Kami sedar tidak semua hubungan berjalan seperti yang dirancang. Namun, itu tidak bermakna kami harus bermusuh. "Kami masih berhubung dan berkongsi pandangan mengenai perkara-perkara tertentu. Hubungan kami sekarang lebih kepada rakan,"katanya. Menurut Ira, keputusan untuk tidak bermusuhan adalah jalan terbaik buat mereka, terutamanya dalam memastikan kesihatan mental dan emosi masing-masing. "Kami berdua layak untuk kebahagiaan masing-masing. Saya dan Syamsul nak lalui kehidupan dengan tenang. "Orang luar tidak akan memahami sepenuhnya apa yang berlaku, jadi lebih baik kita fokus kepada apa yang penting dalam hidup kami," katanya.
|
ashilalat replied at 24-10-2024 07:50 AM
Entah kenapa aku rasa dia ni ok je. Entah² dia kawen dgn sol dlu pon sebab saja nak sakitkan hati P ...
straycat replied at 24-10-2024 02:10 AM
Apa motif photoshoot ber-props-kan buah cherry? It looks so mengundang.
ADVERTISEMENT