KUALA LUMPUR – Dewan Rakyat hari ini dimaklumkan penggunaan teknologi kecerdasan buatan (AI) membantu mengurangkan amalan rasuah di negara ini. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, AI bermakna penggunaan sistem berkomputer yang mengurangkan unsur budi bicara. “Hari ini dengan adanya AI secara tidak langsung, suka tidak suka, rasuah dapat dikurangkan sebab sistem itu lebih berkomputer. “Tidak adanya masalah individu di belakang tabir yang membuat keputusan yang mempunyai kebolehan untuk dibuka untuk rasuah,” katanya pada sidang Dewan Rakyat, di sini hari ini. Beliau menjawab soalan tambahan Aminolhuda Hassan (PH-Sri Gading) mengenai usaha kerajaan untuk memastikan rakyat memahami dan menyokong reformasi insitusi yang sedang dijalankan. Terdahulu, Azalina menerangkan, undang-undang bukan penyelesaian kepada semua masalah, tetapi undang-undang yang ada dalam negara mesti berubah mengikut peredaran zaman.
Menurut beliau, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Menteri Kewangan dalam Belanjawan 2025 malah turut menyebut tentang AI. Justeru, katanya, teknologi merupakan satu cara ke hadapan supaya reformasi institusi dengan undang-undang dan teknologi baharu dapat membawa perubahan kepada negara. “Supaya negara kita boleh lihat pengurangan kepada keputusan budi bicara yang boleh menggalakkan rasuah yang boleh dibuat,” katanya. Sumber – KOSMO! ONLINE |
Lily_Elizabeth_ replied at 23-10-2024 08:36 PM
Dengan semua semualah tukar jadi AI. Tak payah ambik gaji. Baru rasa perasaan takut tu kerja kena ra ...
rashiman replied at 24-10-2024 09:14 AM
jika semua tukar kepada AI, penggangguran akan meningkat, rakyat tak ada gaji, kuasa membeli ber ...
ADVERTISEMENT