Percaya hidup punya pilihan, pempengaruh media sosial, Ameera Khan mengakui selesa memilih calon pasangan hidup yang stabil dari segi kewangan apabila mahu berkahwin kelak. Ujar Ameera atau nama sebenarnya Nur Ameera Abdul Halim Khan, 24, dia mengimpikan seorang suami yang mampu memberi nafkah setara atau lebih daripada pemberian ibu bapanya. “Saya mahukan seseorang yang boleh memberi nafkah kepada saya seperti mana ibu bapa dan diri saya sendiri menanggung saya. “Saya mahu seseorang lelaki yang dapat memberikan kepada saya benda yang sama atau lebih,” dedahnya menerusi video dalam TikTok. Pun begitu, adik kepada selebriti Neelofa itu menegaskan bahawa semua kriteria itu adalah pilihan secara peribadi dan tidak boleh disamakan dengan wanita lain yang mungkin mempunyai kehendak berbeza. “Setiap wanita itu berbeza. Kalau saya insya-Allah, bila jodoh itu sampai dia perlu tahu dia akan menanggung saya dan kalau saya okey, saya akan terima apa sahaja tahap kewangannya.
“Kalau ada segelintir wanita yang mahukan lebih lagi, itu terpulang kepada mereka. Semua orang membesar cara lain-lain tetapi saya bercakap tentang diri saya bukan tentang orang lain. “Tapi lelaki kena bersedia dari segi kewangan. Kalau awak tak mampu sediakan lagi, jangan bernikah,” tegasnya.
|
ezacbee replied at 23-10-2024 08:44 PM
Semoga berjodohan dgn fatah..
Tiber
ADVERTISEMENT