CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

“Kau cari aku sebelum peguam aku cari kau!" – Shuib berang dituduh ‘tunggang’ nama Allahyarham Siti Sarah

23-10-2024 06:25 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 39312| Komen: 64

 


Difitnah mengaitkan nama Allahyarham Siti Sarah Raisuddin, pelawak Shuib mahu bersemuka dengan individu yang menyebarkan dakwaan dia ‘menunggang’ nama isteri itu.

Shuib atau nama sebenarnya Shamira Muhamad, 40, berkata, dia enggan menerima permohonan maaf individu terbabit yang mudah melemparkan fitnah.

“Kau cari aku sebelum peguam aku cari kau!

“Senangnya ya (minta maaf), tunggu peguam aku hubungi kau,” katanya dalam InstaStory.


Dalam hantaran tersebut, Shuib berkongsi tangkap layar perbualan antaranya dengan wanita berkenaan.

Bagaimanapun, bapa kepada empat anak itu tidak mendedahkan kandungan yang dimuat naik selain berharap individu terbabit memberi penjelasan mengenai tuduhan dia menumpang kisah kematian arwah isterinya.

“Boleh beritahu aku apa alasan kau untuk tulis ‘tunggang’ arwah isteri? Kau dah kahwin?

“Dah pernah kehilangan orang tersayang? Hilang ahli keluarga? Apa perasaan kau kalau orang cakap kau tunggang kisah kematian ahli keluarga?,” soalnya.

Menerusi tangkap layar tersebut, Shuib mengingatkan wanita itu mengenai peristiwa menyaman individu tidak bertanggungjawab menyebar fitnah tentang arwah sebelum ini.

“Aku pantang bila orang kaitkan arwah, bercakap buruk tentangnya. Kau faham?

“Kau tahukan saya pernah saman orang di mahkamah hanya kerana hantaran bodoh,” jelasnya.

Sebelum ini, kecoh seorang individu membuat tuduhan Siti Sarah dipaksa ditidurkan sebagai bukti keberkesanan vaksin, namun akhirnya meninggal dunia.

Enggan memanjangkan cerita, Shuib memaafkan individu terbabit dengan memintanya membayar sejumlah ganti rugi kepadanya.

Meskipun tidak berkongsi jumlah bayaran, Shuib mendermakan keseluruhan wang berkenaan kepada tabung Palestin. 


Sumber  – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote AKAZ85 23-10-2024 08:04 PM
Over lak aii banjar ni..
Quote nallepooh 23-10-2024 08:25 PM
kusamnya muka
Quote AWEKSAMURAI 23-10-2024 08:34 PM
Berkarat muka ..citer dia mmg lah tu arwah isteri ko tp kalau asyik.ulang2 dia kira menunggang lah mcm dh xde topik lain nk d cakap...sampai buat tajuk bahan cerita..sekali dua xpe lah ni asal nk buat benda baru citer pasal siti sarah ko kena faham siti sarah tu lagi artis dari ko
Quote edoraixora 23-10-2024 08:44 PM
Tapi memang betul pun kannn
Why marah
Quote ezacbee 23-10-2024 08:48 PM
Kusamnya muka..

Quote sok_suci 23-10-2024 09:52 PM
Eueeewww
Quote Natrisyia 23-10-2024 09:55 PM
Ib ni kalau tgk dr riak muka… dia mcm hilang arah hilang sesuatu. Hanya dia yang tahu apa dihati.. dtg lah beribu org pun, seprtinya ada kurang sesuatu. Semoga yang baik2 saja
Quote kikiharris 23-10-2024 10:06 PM
Bro dah kena start solat tahajjud. Jernih air muka kau bro. InshaAllah
Quote Seenia 23-10-2024 10:49 PM
soeb la terpaling ada peguam
Quote hyie 23-10-2024 10:51 PM
ermmm...iols simpan dulu lah komen iols iya
Quote Manusiabesa 23-10-2024 10:52 PM
Natrisyia replied at 23-10-2024 09:55 PM
Ib ni kalau tgk dr riak muka… dia mcm hilang arah hilang sesuatu. Hanya dia yang tahu apa dihati..  ...

Dgn ibu dlu je dia syg sepenuh hati. Hilang xberganti... yg baru xsama dgn yg prtama... dia tulus betul syg sarah... watie ni boleh dri xda je... manja betol dgn arwah.. ibu ibu d mulut. Aku jd rindu kt sarah
Quote sfrnna 23-10-2024 11:19 PM
Cinta mati tu. Dahla meninggal tiba2. Surely takda ganti
Quote LadyCarefree 23-10-2024 11:40 PM
Duit banyak kenapa tak licinkan muka. Geli betullah lobang2 gitu.
Quote makadek 23-10-2024 11:41 PM
muka kering kusam tkde nur .....yihhhh koyak
Quote MeowPARSI 24-10-2024 12:01 AM
Kene suci kan diri,, br Nmpk bersih
Quote asfaz 24-10-2024 12:04 AM
Komen tu katanya tuduh menunggang nama arwah bukan cakap buruk pasal arwah kan? Komen tu mengata kau bukan arwah.
Quote Violacantik 24-10-2024 03:03 AM
Sila repair muka ????????
Quote wikedsaikel 24-10-2024 05:16 AM
Kulit dia takleh pi laser ke? Aku kalau kaya, dah lama laserkan kulit tak sekata aku.
Quote shida81 24-10-2024 06:00 AM
Klu syg Sgt arwah tu x yah la kawen lain.. Ko puasa je la.. Klu ko da kawen simpan la syg ko dlm hati.. Selain nk jd hati bini baru n family dia nk elak kan org mengata... Skit2 cite boleh... Bukan asal bkk mulut je bercerita... Hati bini baru x reti nk jg ke.. Duit bkn segalanya..bini dok simpan dlm hati je.. Sok da meletup apa pun x dpt

Lihat semua komen(64)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-10-2024 09:22 PM GMT+8 , Processed in 0.248510 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top