CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lebih 20 sampel produk mainan, aksesori peribadi, kosmetik dan rempah ratus di pasaran didakwa ada plumbum

23-10-2024 12:41 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 31315| Komen: 12

 


GEORGE TOWN – Lebih 20 daripada produk mainan, aksesori peribadi, kosmetik dan rempah ratus yang berada di pasaran didakwa mengandungi plumbum yang membahayakan kesihatan.

Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), Mohideen Abdul Kader berkata, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah mengiktiraf 20 hingga 26 Oktober 2024 sebagai Minggu Pencegahan Keracunan Plumbum Antarabangsa (ILPPW).

“Sempena dengan sambutan ini, CAP menghantar 40 sampel pelbagai produk dan rempah ke makmal bebas untuk menguji jumlah plumbum yang ada.

“Daripada 40 sampel yang dijalankan ke atas mainan, aksesori peribadi, kosmetik dan rempah ratus, 20 sampel didapati mengandungi plumbum. Malah satu sampel kosmetik untuk mata didapati mengandungi plumbum hampir 1,000 kali ganda melebihi paras yang dibenarkan,” katanya dalam sidang akhbar, di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Mohideen berkata, bagi produk rempah, sembilan daripada 25 sampel didapati mengandungi plumbum melebihi paras yang dibenarkan dan terdapat satu sampel serbuk cili didapati mengandungi lebih daripada lapan kali ganda paras plumbum yang dibenarkan.


Selain itu, katanya lagi, bagi produk kosmetik pula, empat daripada lapan sampel yang diuji didapati mengandungi plumbum melebihi paras yang dibenarkan.

“Daripada jumlah itu, dua sampel kosmetik untuk mata didapati mengandungi paras plumbum yang sangat tinggi.

“Satu sampel mempunyai 196,996 bps dan satu lagi 125,688 bps plumbum. Garis Panduan bagi Kawalan Produk Kosmetik di Malaysia hanya membenarkan 20 bps plumbum hadir dalam produk kosmetik,” katanya.

Mohideen menjelaskan, plumbum adalah toksik terkumpul yang menjejaskan pelbagai sistem tubuh dan amat berbahaya kepada kanak-kanak kecil dan wanita hamil.

Sumber – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote fanaz82 23-10-2024 08:03 AM
letak la nama produk supaya pengguna aware
Quote shamsadis 23-10-2024 08:14 AM
apa nama list produk?
Quote zorrro_03 23-10-2024 09:04 AM
media pun mcm setan. takut2 nak letak nama betul.  eh ehhh dia main sensor mosaickan gambar pulak dahhhhh.  celaka takk
Quote Lolalala 23-10-2024 09:59 AM
Tu bukan celak arab ke? Dulu asal org balik mekah mesti beli nawak balik pakej gelang mekah
Quote B40tastePosh 23-10-2024 10:22 AM
Lolalala replied at 23-10-2024 09:59 AM
Tu bukan celak arab ke? Dulu asal org balik mekah mesti beli nawak balik pakej gelang mekah

Bawa balik Inai Mekah...entah sejak bila Arab tu ada pokok Inai

Senang betul kencing Melayu
Quote chinta89 23-10-2024 11:24 AM
skg ni punca penyakit tgj la dari mana. entah apa2 dimasukkan melebihi paras yg dibenarkan. lg hanat eh dia blurkan plk gmbr siap x nk reveal lg. hamjad kornag ni
Quote nisako 23-10-2024 03:28 PM
bg le list
Quote Orix 23-10-2024 04:22 PM
rempah ratus ?? amagadddddd
Quote nora_balqis 23-10-2024 04:48 PM
sama jer, nak bagitahu tapi nama kau sorok. baik tak payah nak keluarkan berita ni terus
Quote cmf_premierleag 23-10-2024 04:52 PM
B40tastePosh replied at 23-10-2024 10:22 AM
Bawa balik Inai Mekah...entah sejak bila Arab tu ada pokok Inai

Senang betul kencing Mel ...

Mmg meleis ni bodoh pun..duk la sangap membeli tasbih sejadah dr mecca sana
Padahal sume made in china
Pastu kt negara sendiri duk la racist memanjang dgn kutuk type C sana sini
Padahal sendiri sangap brg made in china
Quote ninja boy 23-10-2024 05:37 PM
Wanita2 muka mata disapu colour penuh plumbum hari2 8 jam bertahun2 x penat ka cuci, mari mewarna, cuci, mari mewarna, cuci mari mewarna
Quote msdummy.2018 24-10-2024 01:22 PM
Susah sgt ker nk publish pasal plumbum tuh..lata nk educate user...ko bgtaulah produk mana...pengajaran juga tuk penjual spy jual brg kualiti..takat kuar statement jerrrr..bodoh

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-10-2024 09:23 PM GMT+8 , Processed in 0.159336 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top