PETALING JAYA – Selain bercakap tentang kerjaya dan perkembangan politik negara, Ahli Parlimen Pontian, Datuk Seri Ahmad Maslan juga sering berkongsi resipi masakan yang menjadi aktiviti pilihannya di waktu senggang. Beliau sekali lagi mencuri perhatian dengan menampilkan masakannya yang dinamakan mi goreng Ahmad Maslan atau diberi singkatan ‘Migam’ di Facebook. “Mi, perisa, bawang besar, bawang merah, bawang putih, kicap, telur, lada merah, minyak #sawit #Dsaji #Felda. “Tiga bungkus, tiga telur dan letak timun. Badang kucing kesayangan pun tercium bau keenakan,” tulisnya ringkas menerusi satu hantaran. Seperti biasa, perkongsian Timbalan Menteri Kerja Raya itu tentang masakan pasti mendapat perhatian orang ramai yang teruja dengan kebolehannya. “Lapar pula tengok Datuk masak,” kata seorang pengguna. “Pencen nanti YB (Yang Berhormat) boleh niaga,” ujar Jamil Rahman.
Sumber – KOSMO! ONLINE |
alesandra replied at 22-10-2024 11:59 PM
Baca sekali harung tgh2mlm ni ingatkan kucing dia pun termasuk dlm bahan2 utk resepi
kotakbaju replied at 23-10-2024 12:02 AM
Seolah2 baca macam ni, "badan kucing kesayangan saya pun termasuk dalam keenakan rasa bau".
:lol ...
Carcosa: Kesian dia ni kan?Sejenis muka yg nmpk ngok je kalau berckp apa topic sekalipun. Bak kata omputeh "A face only a mother could love"
Carcosa replied at 22-10-2024 11:58 PM
Kesian dia ni kan?
Sejenis muka yg nmpk ngok je kalau berckp apa topic sekalipun. Bak kata omputeh " ...
ADVERTISEMENT