CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

“Ni Kalau Aku Lukis Jadi Patah Riuk”- Netizen Kagum Tengok Pancake Muka Fattah Amin

22-10-2024 04:20 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 16933| Komen: 13

 


Nama pelakon terkenal, Fattah Amin, semakin menjadi tumpuan ramai, terutama selepas penceraiannya baru-baru ini. Terdapat banyak peluang pekerjaan yang diterimanya.

Dia bukan sahaja telah menerima beberapa tawaran projek lakonan, kini wajah kacaknya turut dijadikan hiasan pada pancake oleh seorang peniaga kreatif.


Video yang dimuat naik memperlihatkan bagaimana peniaga tersebut melakar wajah Fattah Amin menggunakan adunan pancake. Peniaga tersebut memang dikenali di TikTok kerana kepakarannya menghasilkan pelbagai rekaan pancake, termasuk wajah selebriti dan kartun.

Namun, apa yang paling mencuri perhatian ialah pancake dengan wajah Fattah Amin, yang dihasilkan atas permintaan netizen ketika dia melakukan siaran langsung.


Menerusi video yang tular di TikTok, ramai yang kagum dengan bakat peniaga tersebut, yang mampu melukis wajah manusia hanya menggunakan bahan membuat pancake.

Ada juga yang berseloroh, mengatakan mereka tidak sanggup makan pancake berwajah Fattah Amin, sebaliknya ingin menjadikannya hiasan dalam bingkai gambar untuk digantung di rumah.

"Ni kalau beli, confirm simpan dalam frame sebab sayang nak makan.

"Ni kalau dah makan, tak sampai hati nak ber*k. Sebab sayang, nak biar je Fattah dalam perut."

Perkongsian ini menghiburkan ramai netizen dan sekali lagi membuktikan populariti Fattah Amin yang terus melonjak meskipun di luar layar kaca.

Kredit: Oh Media

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Binodino 22-10-2024 04:42 PM
Halahalahalahhhhh patah sana patah sini. Semua benda nak dipatahkan

Dasar penunggang patah amin
Quote delsmomm 22-10-2024 04:56 PM
patah pon dah jadi tunggangan..
Quote Thunderclouds 22-10-2024 05:04 PM
Ketahian apakah hiniiii
Quote apedehal 22-10-2024 05:08 PM
Celah mana ye pancake tu rupa fattah..xhensem cam fattah pun..muahahhahahaha
Quote apedehal 22-10-2024 05:09 PM
Geli nya komen2 pun meluat..dah tentu pas makan jd taik je kek tu pun lahaiii..gila isim yg gatal2 tu pun
Quote aikee04 22-10-2024 06:10 PM
Edited by aikee04 at 22-10-2024 06:13 PM

pancake je pun
Quote Carcosa 22-10-2024 11:02 PM
Mcm pelakon drama tamil adalah
Quote 8Queen8 22-10-2024 11:09 PM
Cantik
Quote electricopop 24-10-2024 11:49 AM
So ada rasa nak makan muka dia ke acaner??
Quote ezacbee 24-10-2024 11:57 AM
Taksub noo dgn fatah.. Mendonia ko.. Pasni berebut jadi duta cam mawi dulu. Mujur xde mangga klo x berendam ko dlm pool.

Quote sangbara2020 24-10-2024 12:19 PM
adakah yinni yang diingini patah?...kembali mendonia
Quote dudaberhias 24-10-2024 05:34 PM
macam mayor dalam the simpson jah nokkk

Quote DugongTerbang 24-10-2024 05:35 PM
Duhh, belendirnya minah2 kepams tt

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 08:08 PM GMT+8 , Processed in 0.051884 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top