CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki Asing Patahkan Pengelap Cermin Belakang Kereta Diberkas Polis

22-10-2024 12:04 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 23236| Komen: 0

 


BATU PAHAT – Seorang lelaki asing yang mempunyai perangai pelik mematahkan pengelap cermin belakang beberapa buah kenderaan sehingga tular di media sosial pada Ahad lalu sudah diberkas polis.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Aisisten Komisioner Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani berkata, suspek yang berusia 25 tahun itu dicekup anggota Unit Rondaan Bermotosikal (URB).

“Video tular itu memaparkan seorang lelaki sedang mematahkan pengelap cermin belakang kenderaan yang diletakkan berhampiran Terminal Bas Batu Pahat pada pukul 3.30 petang pada hari sama.

“Semasa pemeriksaan dilakukan ke atas suspek, polis menjumpai sebilah pisau lipat dalam beg sandang lelaki itu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat dan Seksyen 6(1) Akta Bahan Kakisan, Letupan dan Senjata Berbahaya 1958 atas kesalahan  membawa senjata berbahaya ke tempat awam.


“Selain itu, suspek turut disiasat mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/1963 kerana berada di Malaysia tanpa dokumen yang sah,” katanya.


Sebelum ini tular video berdurasi 16 saat di platform TikTok yang memaparkan perbuatan seorang lelaki sehingga mengundang keresahan dalam kalangan orang ramai. Orang awam meminta pihak berkuasa supaya menahan si pelaku bagi mengelak kejadian sama berulang.

Sumber – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-10-2024 10:56 AM GMT+8 , Processed in 0.027902 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top