CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 29644|Reply: 0

Lelaki Asing Patahkan Pengelap Cermin Belakang Kereta Diberkas Polis

[Copy link]
Post time 22-10-2024 12:04 AM | Show all posts |Read mode





BATU PAHAT – Seorang lelaki asing yang mempunyai perangai pelik mematahkan pengelap cermin belakang beberapa buah kenderaan sehingga tular di media sosial pada Ahad lalu sudah diberkas polis.


Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Aisisten Komisioner Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani berkata, suspek yang berusia 25 tahun itu dicekup anggota Unit Rondaan Bermotosikal (URB).


“Video tular itu memaparkan seorang lelaki sedang mematahkan pengelap cermin belakang kenderaan yang diletakkan berhampiran Terminal Bas Batu Pahat pada pukul 3.30 petang pada hari sama.


“Semasa pemeriksaan dilakukan ke atas suspek, polis menjumpai sebilah pisau lipat dalam beg sandang lelaki itu,” katanya dalam kenyataan hari ini.


Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat dan Seksyen 6(1) Akta Bahan Kakisan, Letupan dan Senjata Berbahaya 1958 atas kesalahan  membawa senjata berbahaya ke tempat awam.


“Selain itu, suspek turut disiasat mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/1963 kerana berada di Malaysia tanpa dokumen yang sah,” katanya.





Sebelum ini tular video berdurasi 16 saat di platform TikTok yang memaparkan perbuatan seorang lelaki sehingga mengundang keresahan dalam kalangan orang ramai. Orang awam meminta pihak berkuasa supaya menahan si pelaku bagi mengelak kejadian sama berulang.


Sumber – KOSMO! ONLINE
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 109534 Replies : 6851
Diesel, petrol Malaysia dijual macam ‘air minuman’ di Selatan Thai
AbahmungDiesel, petrol Malaysia dijual macam ‘a
Views : 15945 Replies : 11
madu gula tok matahari
aaanf14madu gula tok matahari
Views : 72968 Replies : 664
Bekas isteri Hafidz Roshdi diperintah hadir ke makamah Januari depan
maklukpenggodaBekas isteri Hafidz Roshdi diperintah ha
Views : 89217 Replies : 3456
Sabah negeri paling selamat ,kedudukan kedua dipegang oleh Kelantan manakala ketiga  Terengganu.Anda nak pindah?
YgBenarSabah negeri paling selamat ,kedudukan k
Views : 31644 Replies : 84
Isteri pakai susuk di alat kelamin nak halang suami curang
ultra78Isteri pakai susuk di alat kelamin nak h
Views : 37345 Replies : 26
Berita malam seram:Viral isu Iblis, syaitan dan sekutunya bina HQ di tengah laut.”
YgBenarBerita malam seram:Viral isu Iblis, syai
Views : 26899 Replies : 28
Makin banyak tanda suka, 'live' Fattah cetus fenomena
maklukpenggodaMakin banyak tanda suka, 'live'
Views : 47117 Replies : 114
Bil, Sewa, Grocery Semua…” – Neelofa Kongsi Pengalaman, PU Riz Tegas Tentang Nafkah Dan Tanggungjawab Keluarga
YgBenarBil, Sewa, Grocery Semua…” – Neelofa
Views : 41595 Replies : 120
Kuiz dan Kenali Borneo
VellfireKuiz dan Kenali Borneo
Views : 27720 Replies : 680

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-10-2024 02:03 PM GMT+8 , Processed in 0.041482 second(s), 10 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list