Masih kelihatan jelita dan bertenaga pada usia melangkaui angka jubli emas, antara tip dikongsikan pelakon Datin Sofia Jane termasuklah berhenti ‘menyentuh’ makanan berproses. Kata Sofia atau nama sebenarnya Sofia Jane Hisham, 52, sesiapa sahaja boleh kekal awet muda asalkan terus menjaga pengambilan hidangan harian serta menjalani gaya hidup sihat dengan bersenam. “Setiap hari bila saya bangun, saya akan pergi ke gimnasium untuk bersenam dan mengangkat beban. “Saya juga amalkan makanan yang sesihat mungkin. Sudah lama saya tidak ambil makanan berproses dan makanan segera. “Pada saya untuk mencapai semua ini hanyalah asas dan sangat mudah tapi ramai yang tidak percaya,” katanya kepada Kosmo! Online, baru-baru ini. Dalam masa sama, pelakon drama Nenek Bongkok Tiga itu memberitahu, dia menggalas tanggungjawab untuk menjaga kesihatan bagi membolehkannya kuat bekerja.
“Ketika ini, seperti menjadi satu obsesi orang ramai bila kita bercakap soal pengekalan kecantikan. “Saya merasakan pada usia saya sekarang apa yang membuatkan saya terus melangkah adalah tahap kesihatan saya sendiri. “Kalau saya ingin bekerja lebih lama lagi, saya mesti sihat secara mental dan fizikal. Pada ketika ini, itulah yang menjadi keutamaan saya,” ujarnya.
|
allshares replied at 22-10-2024 12:06 AM
Masih cantik, Yes. Kekal muda tu mmg tak. Vanidah so far masih nampak la muda tu
primarikey replied at 22-10-2024 12:19 AM
tiara tu muka dh mcm patung..lain mcm putih dia punya gigi...gigi batu ke...eh gigi palsu ke
exclusive_vvip replied at 22-10-2024 12:40 AM
Setuju! I pun nampak SJ ni cantik, tapi tak awet muda pun..dlm PGL the movie lagi (nearly 19 years ...
sharlenetexas replied at 22-10-2024 01:30 AM
Tiara tu asalnya dah cantik tapi kenapa reno muka. Nampak pelik. Tambah pulak veneer kaler toilet bo ...
ADVERTISEMENT