CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 36157|Reply: 129

Elak makanan segera kalau nak kekal awet muda – Sofia Jane

[Copy link]
Post time 21-10-2024 11:48 PM | Show all posts |Read mode





Masih kelihatan jelita dan bertenaga pada usia melangkaui angka jubli emas, antara tip dikongsikan pelakon Datin Sofia Jane termasuklah berhenti ‘menyentuh’ makanan berproses.


Kata Sofia atau nama sebenarnya Sofia Jane Hisham, 52, sesiapa sahaja boleh kekal awet muda asalkan terus menjaga pengambilan hidangan harian serta menjalani gaya hidup sihat dengan bersenam.


“Setiap hari bila saya bangun, saya akan pergi ke gimnasium untuk bersenam dan mengangkat beban.


“Saya juga amalkan makanan yang sesihat mungkin. Sudah lama saya tidak ambil makanan berproses dan makanan segera.


“Pada saya untuk mencapai semua ini hanyalah asas dan sangat mudah tapi ramai yang tidak percaya,” katanya kepada Kosmo! Online, baru-baru ini.


Dalam masa sama, pelakon drama Nenek Bongkok Tiga itu memberitahu, dia menggalas tanggungjawab untuk menjaga kesihatan bagi membolehkannya kuat bekerja.


“Ketika ini, seperti menjadi satu obsesi orang ramai bila kita bercakap soal pengekalan kecantikan.


“Saya merasakan pada usia saya sekarang apa yang membuatkan saya terus melangkah adalah tahap kesihatan saya sendiri.


“Kalau saya ingin bekerja lebih lama lagi, saya mesti sihat secara mental dan fizikal. Pada ketika ini, itulah yang menjadi keutamaan saya,” ujarnya.


  



Selain itu, Sofia turut menitipkan nasihat terutamanya kepada pelakon wanita untuk sentiasa menjaga kesihatan kerana perlu menggunakan tenaga tanpa mengira waktu.


“Buat wanita seusia saya terutamanya yang berkecimpung dalam dunia seni, tahap kesihatan kita kena sentiasa berada di tahap terbaik.


“Waktu kerja kita bukan dari 9 pagi hingga 5 petang. Kita kerja siang dan malam serta waktu yang tidak menentu.


“Malah, kesedaran terhadap kesihatan mental juga penting. Kerja kita memerlukan belajar, membaca dan memahami skrip, ada banyak perkara yang perlu diproses,” jelasnya.


  



Sebelum ini, Sofia diberi julukan ‘vampire’ daripada sebilangan peminat kerana wajahnya yang tidak berubah walaupun menjangkau usia 50-an.




Sumber – KOSMO! ONLINE
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-10-2024 11:54 PM From the mobile phone | Show all posts
52 mcm ni rasanya nmpak tua bg aku.dah la makeup..ramai lg yg pernah aku jumpa lagi awet muda.gaya mcm ni nmpak sebaya mak aku umur 64
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2024 11:56 PM From the mobile phone | Show all posts
X da lar nmpk awet muda sgt...tp blh lar...rmai lg yg nmpk awet muda mcm Ziana Zain
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2024 12:01 AM From the mobile phone | Show all posts
Salah tajuk kot..
Tak nampak mana awet mudanya
Si tiara tu lagilah dh tua mekap tebal gitu nampak euuuwwwww
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2024 12:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Masih cantik, Yes. Kekal muda tu mmg tak. Vanidah so far masih nampak la muda tu
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2024 12:14 AM | Show all posts
Ni digelar aging beautifully. Same goes to PS Normala Samsudin.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-10-2024 12:19 AM From the mobile phone | Show all posts
tiara tu muka dh mcm patung..lain mcm putih dia punya gigi...gigi batu ke...eh gigi palsu ke
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2024 12:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Taklah awet muda. Tapi age gracefully yes. Tengok muka pun dah tau 50s tapi 5 70s yg elegant. Muka tiara tu dah kenapa mcm terkena sumpahan AI.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-10-2024 12:40 AM From the mobile phone | Show all posts
allshares replied at 22-10-2024 12:06 AM
Masih cantik, Yes. Kekal muda tu mmg tak. Vanidah so far masih nampak la muda tu

Setuju! I pun nampak SJ ni cantik, tapi tak awet muda pun..dlm PGL the movie lagi (nearly 19 years ago), dia nampak agak tua dari usia dia time tu..kulit pun kasar..
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2024 12:50 AM From the mobile phone | Show all posts
primarikey replied at 22-10-2024 12:19 AM
tiara tu muka dh mcm patung..lain mcm putih dia punya gigi...gigi batu ke...eh gigi palsu ke

I ingat kaka Ziana Zain tadi. Kuh semangat gigi putih mcm Mentos kan, mesti buat veneers la tu. Gigi veneers kan nampak seketul2 tebal mcm Mentos.
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2024 12:51 AM From the mobile phone | Show all posts
exclusive_vvip replied at 22-10-2024 12:40 AM
Setuju! I pun nampak SJ ni cantik, tapi tak awet muda pun..dlm PGL the movie lagi (nearly 19 years ...

Dpn2 kasar eh kulitnya. Tgk dlm gmbr nampak mulus.
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2024 01:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Nak banding dgn umur dia tak nampak awet muda pun. Tapi tetap cantik lah.
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2024 01:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Awet muda -amy mastura
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2024 01:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Tiara tu asalnya dah cantik tapi kenapa reno muka. Nampak pelik. Tambah pulak veneer kaler toilet bowl tu.

Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2024 02:02 AM From the mobile phone | Show all posts
Entahla.. rasa yg cantik & age gracefully tetapla vanidah imran.
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2024 02:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Yakinnya kamu awet muda….
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-10-2024 02:29 AM | Show all posts
gambar baju merah tu takdela nampak muda pon...
ok ok ja utk 50an... puji sheols menten kurus jela...
for me tok syafinaz lg vogue gituuu
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2024 02:32 AM From the mobile phone | Show all posts
sharlenetexas replied at 22-10-2024 01:30 AM
Tiara tu asalnya dah cantik tapi kenapa reno muka. Nampak pelik. Tambah pulak veneer kaler toilet bo ...

Ingatkan ning baizura....scroll balik rupanya tiara
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2024 02:44 AM | Show all posts
Vanidah imran tu yg patut bagi tips camne leh awet muda gitu
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2024 02:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Astaga tiara ke tu? Ingatkan ning baizura
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 03:18 PM GMT+8 , Processed in 0.089847 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list