PETALING JAYA – Pelajar di institusi pengajian tinggi (IPT) bakal menikmati tambang bas percuma tahun hadapan. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, tambang percuma itu melibatkan semua mahasiswa universiti, politeknik, kolej komuniti dan matrikulasi di seluruh negara. “Tambang bas percuma itu melibatkan mereka yang menggunakan perkhidmatan BAS.MY,” katanya. Anwar berkata, Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) akan menyediakan kemudahan van untuk anak-anak ke sekolah daripada stesen tren terpilih dengan bayaran 50 sen bagi laluan sehala. “Sebagai permulaan, stesen yang terlibat ialah di Transit Aliran Ringan (LRT) Sri Rampai dan LRT Melati,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE Sumber – KOSMO! ONLINE |
ADVERTISEMENT