CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Fazura puji kematangan Puteri Balqis - “Masya-Allah tabarakAllah. Kata-kata yang baik daripada seorang perempuan muda dan bijak"

15-10-2024 10:31 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 20644| Komen: 2

 


“Terima kasih adikku Puteri Balqis.”

Itu antara kata-kata yang dititipkan aktres, Nur Fazura kepada pelakon, Puteri Balqis selepas dia menghasilkan sebuah puisi untuk anaknya, Fatima Aisya baru-baru ini.

Fazura atau nama penuhnya Nur Fazura Sharifuddin terharu dengan setiap doa dan kata-kata positif yang dihasilkan untuk Fatima.

“Masya-Allah tabarakAllah. Kata-kata yang baik daripada seorang perempuan muda dan bijak.

“Terima kasih mendoakan yang baik-baik buat kami khususnya anakanda Fatima. Sikap yang sangat terpuji,” katanya dalam ruangan komen.

Bintang filem Manisnya Cinta Di Cappadocia itu juga turut mendoakan agar Puteri Balqis terus maju dalam setiap perkara yang dilakukan.

“Semoga Balqis terus kuat dan berjaya di dunia dan akhirat, amin,” katanya lagi.

Komen yang meraih lebih 6,500 tanda suka itu turut mengundang respons positif daripada netizen.


Rata-rata turut mendoakan Fazura juga terus kuat menghadapi setiap dugaan hidup termasuk perceraian dengan Fattah baru-baru ini.

Terdahulu, Balqis menyorot perhatian ramai apabila berkongsi luahan hati buat Fatima dan berharap anak kecil berusia empat tahu itu cekal serta tabah mengharung perceraian ibu bapanya.

Balqis turut mengucapkan terima kasih buat Fazura dan Fattah kerana telah membesarkan anak mereka dengan baik.


Fattah dan Fazura bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari pada 7 Oktober lalu.

Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017 dan dikurniakan seorang anak perempuan. 

Sumber – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Perawankota 15-10-2024 10:43 PM
Meh…. Itu je nak ckp
Quote nisako 16-10-2024 08:07 AM
oooo

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-10-2024 08:20 AM GMT+8 , Processed in 0.029243 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top