View: 31419|Reply: 40
|
Fazura puji kematangan Puteri Balqis - “Masya-Allah tabarakAllah. Kata-kata yang baik daripada seorang perempuan muda dan bijak"
[Copy link]
|
|
“Terima kasih adikku Puteri Balqis.”
Itu antara kata-kata yang dititipkan aktres, Nur Fazura kepada pelakon, Puteri Balqis selepas dia menghasilkan sebuah puisi untuk anaknya, Fatima Aisya baru-baru ini.
Fazura atau nama penuhnya Nur Fazura Sharifuddin terharu dengan setiap doa dan kata-kata positif yang dihasilkan untuk Fatima.
“Masya-Allah tabarakAllah. Kata-kata yang baik daripada seorang perempuan muda dan bijak.
“Terima kasih mendoakan yang baik-baik buat kami khususnya anakanda Fatima. Sikap yang sangat terpuji,” katanya dalam ruangan komen.
Bintang filem Manisnya Cinta Di Cappadocia itu juga turut mendoakan agar Puteri Balqis terus maju dalam setiap perkara yang dilakukan.
“Semoga Balqis terus kuat dan berjaya di dunia dan akhirat, amin,” katanya lagi.
Komen yang meraih lebih 6,500 tanda suka itu turut mengundang respons positif daripada netizen.
Rata-rata turut mendoakan Fazura juga terus kuat menghadapi setiap dugaan hidup termasuk perceraian dengan Fattah baru-baru ini.
Terdahulu, Balqis menyorot perhatian ramai apabila berkongsi luahan hati buat Fatima dan berharap anak kecil berusia empat tahu itu cekal serta tabah mengharung perceraian ibu bapanya.
Balqis turut mengucapkan terima kasih buat Fazura dan Fattah kerana telah membesarkan anak mereka dengan baik.
Fattah dan Fazura bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari pada 7 Oktober lalu.
Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017 dan dikurniakan seorang anak perempuan.
Sumber – KOSMO! ONLINE
|
|
|
|
|
|
|
|
Lol basically memuji diri sendiri. Blergghh |
|
|
|
|
|
|
|
Puteri Balqish ni bagus lah, dia faham anak yang dari trauma penceraian ibu bapa. Harap semua tabah menghadapi ujian Allah. |
|
|
|
|
|
|
|
sabar ya kaka Faz.. moga terus sukses. |
|
|
|
|
|
|
|
aqish ni matang..tulah tapi kekadang poyo sikit.. |
|
|
|
|
|
|
|
Budak ni belum sedar lagi betapa toxicnyer mak dia. bijak mende? |
|
|
|
|
|
|
|
Orang tu tulis panjang-panjang untuk Fatima, takkan la Faz tak berterima kasih, ye dak?
Two things I noticed about Faz ni, satu dia sangat menghargai (baik dengan staff, peminat), dua, dia susah nak minta maaf kat orang (remember that KimK incident?). Mungkin juga 2-2 ni boleh jadi faktor kegagalan rt dia. |
|
|
|
|
|
|
|
Balqis ni photogenic eh smua gmbr dia lawo2 irl xde la gitu |
|
|
|
|
|
|
|
Bukan matang lah ngek, tapi budak ni cerminan sheols, trashy sampai ke tua, rebel and sooooooooo self-centered! Puihhh |
|
|
|
|
|
|
|
kakafaz nak mengomen pun ada yg panas...
|
|
|
|
|
|
|
|
IvyGorgon replied at 16-10-2024 05:32 PM
Bukan matang lah ngek, tapi budak ni cerminan sheols, trashy sampai ke tua, rebel and sooooooooo sel ...
But at least puteri ni we know why dia jadi mcm tu . Yg lagi sorang tu katanya old money, family baik2 pun boleh rebel e |
|
|
|
|
|
|
|
Takde lah old money pun, perasan aje sheols tu, acah2 mcm si andika katek tu, apapun dua2 ni iols tak suka, playvictim habis!
|
|
|
|
|
|
|
| |
|