Zaitun Industry Berhad ketika era kejayaannya tahun 1970an dan 1980an telah menguasai pasaran dengan pelbagai gimik menarik termasuk lagu iklan popular Zaitun yang berkumandang di media elektronik selain poster, papan iklan di seluruh negara sehingga membolehkan ia mencatat jualan puluhan juta ringgit setiap bulan. Malah penyenaraiannya di Bursa Malaysia pada tahun 1997 meletakkan ia sebagai syarikat tempatan yang berjaya meningkatkan kesedaran masyarakat tentang pentingnya halal diamalkan untuk produk penjagaan dan kebersihan diri selain makanan dan minuman halal semata-mata. Bagaimanapun pelbagai faktor dalaman termasuk krisis kegawatan ekonomi di rantau Asia menyebabkan syarikat yang diasaskan oleh Datuk Seri Mohd Kamal Teh pada tahun 1978 terpaksa di tutup pada tahun 2003. Kini di bawah idea dan pemikiran usahawan muda, anak keempat daripada enam beradik keluarga Teh, Mohd. Nizam Teh menggalas tugas berat sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) mengembalikan jenama Zaitun di bawah syarikat Zaitun Beauty Industry Sdn. Bhd. (Zaitun) untuk menguasai pasaran tempatan sejak dua tahun lalu secara berperingkat. Lebih menarik lagi, ia kini berjaya menembusi pasaran negara jiran di Singapura dan Brunei.
“Kami mahu mengambil semula pasaran yang dikuasai sebelum ini (market share) iaitu sebelum Zaitun tutup operasi, pada peringkat awal kami mahu kuasai sehingga 20 peratus. “Kami akan lebih aktif mempromosikan jenama dan produk, kami akan buat lebih banyak pameran jualan tahun depan dan menggunakan ruang sepenuhnya memasarkan produk kami di media sosial, kami kini habiskan masa sehingga 20 jam di TikTok live untuk mencapai misi tersebut,” katanya ketika ditemu bual secara online baru-baru ini. Sumber – KOSMO! ONLINE |
supernaturalee: kenapa tutup eh dlm 2003 tuquality drop ke atau org dh dpt produk yg lg better
otai_g replied at 15-10-2024 07:53 AM
Ini family teh ada kaitan dgn andrian teh ke director filem paskal tu?
ADVERTISEMENT