View: 27114|Reply: 54
|
Zaitun susun strategi mahu kuasai semula pasaran tempatan
[Copy link]
|
|
Zaitun Industry Berhad ketika era kejayaannya tahun 1970an dan 1980an telah menguasai pasaran dengan pelbagai gimik menarik termasuk lagu iklan popular Zaitun yang berkumandang di media elektronik selain poster, papan iklan di seluruh negara sehingga membolehkan ia mencatat jualan puluhan juta ringgit setiap bulan.
Malah penyenaraiannya di Bursa Malaysia pada tahun 1997 meletakkan ia sebagai syarikat tempatan yang berjaya meningkatkan kesedaran masyarakat tentang pentingnya halal diamalkan untuk produk penjagaan dan kebersihan diri selain makanan dan minuman halal semata-mata.
Bagaimanapun pelbagai faktor dalaman termasuk krisis kegawatan ekonomi di rantau Asia menyebabkan syarikat yang diasaskan oleh Datuk Seri Mohd Kamal Teh pada tahun 1978 terpaksa di tutup pada tahun 2003.
Kini di bawah idea dan pemikiran usahawan muda, anak keempat daripada enam beradik keluarga Teh, Mohd. Nizam Teh menggalas tugas berat sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) mengembalikan jenama Zaitun di bawah syarikat Zaitun Beauty Industry Sdn. Bhd. (Zaitun) untuk menguasai pasaran tempatan sejak dua tahun lalu secara berperingkat. Lebih menarik lagi, ia kini berjaya menembusi pasaran negara jiran di Singapura dan Brunei.
“Kami mahu mengambil semula pasaran yang dikuasai sebelum ini (market share) iaitu sebelum Zaitun tutup operasi, pada peringkat awal kami mahu kuasai sehingga 20 peratus.
“Kami akan lebih aktif mempromosikan jenama dan produk, kami akan buat lebih banyak pameran jualan tahun depan dan menggunakan ruang sepenuhnya memasarkan produk kami di media sosial, kami kini habiskan masa sehingga 20 jam di TikTok live untuk mencapai misi tersebut,” katanya ketika ditemu bual secara online baru-baru ini.
Sumber – KOSMO! ONLINE |
|
|
|
|
|
|
|
dah dpt retis tolong promo |
|
|
|
|
|
|
|
ambik je bam tah jadi duta...
nanti acik2 muka berminyak keledek goreng yg berangan nak ambik tempat mekjurah tu berator buat review dik... |
|
|
|
|
|
|
|
kenapa tutup eh dlm 2003 tu
quality drop ke
atau org dh dpt produk yg lg better
|
|
|
|
|
|
|
|
kilang die ramai je seekers2 masuk shooting
kt youtube bersepah
nmpk scary jgk, ye lh bangunan tinggal kan
ni aktif balik operasi di kilang sm ke atau ada kilang baru |
|
|
|
|
|
|
|
Ini family teh ada kaitan dgn andrian teh ke director filem paskal tu? |
|
|
|
|
|
|
|
supernaturalee: kenapa tutup eh dlm 2003 tuquality drop ke atau org dh dpt produk yg lg better
ada isu keluarga. zaitun ni kalau tak salah top managment semua ahli keluarga sendiri
|
|
|
|
|
|
|
|
sooo Allahyarham Dato’ Seri Dr. Hj Eusuff Teh ada anak lelaki aii ingatkan anak dia semua perempuan.
Husband founder timbang kilo tu katanya cucu kpd Allahyarham Dato’ Seri Dr. Hj Eusuff Teh .. Soon pasti dia promote zaitun product pulak. |
|
|
|
|
|
|
|
tak pun johari teh?
pencipta lagu korban cinta, maria mariana?
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by tripleid at 21-10-2024 03:07 PM
Zaitun byk sponsor cite hantu kat tv zmn dulu2.
Btw klau nk ubat gg halal org skrg pkai brand Safi je yg ada gamat ngn habatus sauda.bagus produk tu..sejak pakai mulut iols dah tak naik ulcer dan gusi pun dah tak berdarah lepas gosok gg |
|
|
|
|
|
|
|
sdp mcm colgate ke? nnti nk try la...kan colgate tu boikot kn
tiber ckp psl boikot..tp mekdi i mkn |
|
|
|
|
|
|
|
Aku da test ubat gg zaitun ni. Not bad. Best jgk. Cume xnampak jual kt pasaraya. Aku beli kt tiktok. Kalu ade jual kt pasaraya, 99 lg ok senang nk beli |
|
|
|
|
|
|
|
Kenapa bertahun2 menyepi tanpa khabar?
|
|
|
|
|
|
|
|
Iols guna ubat gigi pepsodent tak rasa kering tepi bibir. Nk try zaitun pulak.
|
|
|
|
|
|
|
|
Laa... ingatkan produk melayu macam Ramly
|
|
|
|
|
|
|
|
Produk muslim ni... kita mesti pakai... |
|
|
|
|
|
|
| |
|