CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Azlan Komeng patah kaki & tangan, lindung isteri dari tercedera waktu kemalangan

14-10-2024 08:46 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 14952| Komen: 21

 


Pelakon, Azlan Komeng patah kaki dan tangan apabila mengalami kemalangan jalan raya bersama isterinya, Nilam Ortiz.

Menerusi TikTok Nilam, dia memaklumkan yang dirinya serta suami terlibat dalam kemalangan jalan raya di Kuala Lipis Pahang sewaktu dalam perjalanan menuju ke tapak perniagaan.

Ujar Nilam lagi, Azlan telah mengalami patah kaki dan tangan kerana mahu menyelamatkannya daripada kecedeceraan lebih serius apabila menghalang menggunakan badan.

Difahamkan, kenderaan yang dinaiki mereka telah merempuh kenderaan lain dipercayai sebuah van dari arah bertentangan.


Walau bagaimanapun, Nilam memaklumkan yang dia hanya mengalami kecederaan ringan dan mereka sedang menerima rawatan di Hospital Kuala Lipis.


“Kereta kami bertembung dengan kenderaan lain, dan saya pun tak ingat sama ada lori atau van."

“Keadaan saya stabil cuma ada sedikit luka dan bengkak, cuma suami saya kaki dan tangan dia patah. Keadaan suami saya masih teruk lagi,” katanya.

Dalam pada itu, rakan artis, Sharifah Shahora telah berkongsi gambar terkini Azlan Komeng yang terbaring di katil hospital bersama keadaan kereta yang dinaiki mereka suami isteri.

Dapat dilihat kedua-dua kaki dan sebelah tangan Azlan berbalut dan dipercayai mengalami kecederaan patah susulan kemalangan yang menimpanya.

 

Susulan daripada perkongsian tersebut, ramai yang meninggalkan komen di ruangan TikTok Nilam Ortiz mengakui terkejut dengan berita kemalangan yang menimpa mereka berdua.

Kebanyakan mereka mendoakan supaya Azlan dan isteri segera diberi kesembuhan serta kuat menghadapi ujian ini.

 
 

Semoga kita sama-sama dapat mendoakan supaya Azlan Komeng dan isteri diberi kesembuhan dan dipermudahkan segala urusan.

Sumber: TikTok puannilamortiz, Oh Media 
 

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote prince_marhaen 14-10-2024 09:09 AM
si komeng ni ke yang jadi rebutan pompuan nak main ngan dia tu? hihihi
Quote Fairypopcone 14-10-2024 10:11 AM
Bukan aritu dah cerai ke?
Quote tipah89 14-10-2024 11:34 AM
nak jugek highlight mcm terpaling disayangi laki...
Quote arffa 14-10-2024 03:47 PM
Perempuan ni bukan yang berlakon dalam kelas tahanan cikgu Hiragi tu ke? Jadi emak kepada pelajar yg bunuh diri. Pandai jugak dia berlakon.
Quote Perils 14-10-2024 07:11 PM
Zuhud nye meka.nek kancil je.setedi
Quote sleepandream 14-10-2024 08:28 PM
arffa replied at 14-10-2024 03:47 PM
Perempuan ni bukan yang berlakon dalam kelas tahanan cikgu Hiragi tu ke? Jadi emak kepada pelajar yg ...

lol... best ke chuols cite tu? iols try layan first episod mcm bosan jah...
Quote Zeatyisaac 14-10-2024 08:37 PM
arffa replied at 14-10-2024 03:47 PM
Perempuan ni bukan yang berlakon dalam kelas tahanan cikgu Hiragi tu ke? Jadi emak kepada pelajar yg ...

Owh, yer ke? Suami dia jadi inspector
Quote alieyrina 14-10-2024 08:47 PM
Ok thank u.. tiber
Quote Temenung 14-10-2024 11:32 PM
arffa replied at 14-10-2024 03:47 PM
Perempuan ni bukan yang berlakon dalam kelas tahanan cikgu Hiragi tu ke? Jadi emak kepada pelajar yg ...

Betul la tu.dua2 laki bini belakon drama tu
Quote pinkpunk 15-10-2024 08:15 AM
suh ira zakar jaga, kata adik angkat
Quote supernaturalee 15-10-2024 09:59 AM
unik nm dia

Quote scorpionkiki 15-10-2024 10:35 AM
Dia ni yg jd tetamu caprice cakap pasal ilmu hitam saka tu semua. Katanya keluar cacing2 dr kemaluan isteri dia tu. Mula2 i kesian tp bila tahu dia ni siapa dan suami dia siapa...dlm hati terdetik patutlah
Quote watachiwa 15-10-2024 10:47 AM
sleepandream replied at 14-10-2024 08:28 PM
lol... best ke chuols cite tu? iols try layan first episod mcm bosan jah...

yg jepun nyer ori version 2019 pon mcm bosan n so dull
Quote arffa 15-10-2024 10:59 AM
sleepandream replied at 14-10-2024 08:28 PM
lol... best ke chuols cite tu? iols try layan first episod mcm bosan jah...

Anak - anak yang tengok bila dah follow syok jugak.
Quote arffa 15-10-2024 11:01 AM
Zeatyisaac replied at 14-10-2024 08:37 PM
Owh, yer ke? Suami dia jadi inspector

Ya, mula - mula ingat Azah 3R tapi rupa tak macam orang puteh sangat.
Quote arffa 15-10-2024 11:02 AM
Temenung replied at 14-10-2024 11:32 PM
Betul la tu.dua2 laki bini belakon drama tu

Rupanya dia pelakon jugak ingat husband dia je
Quote pocongkiutss 15-10-2024 11:02 AM
arffa replied at 14-10-2024 03:47 PM
Perempuan ni bukan yang berlakon dalam kelas tahanan cikgu Hiragi tu ke? Jadi emak kepada pelajar yg ...

Huh .perempuan mana? Azlan komeng dgn bininya ke ni? Citer tu bukan citer jepun?
Quote arffa 15-10-2024 11:11 AM
pocongkiutss replied at 15-10-2024 11:02 AM
Huh .perempuan mana? Azlan komeng dgn bininya ke ni? Citer tu bukan citer jepun?

Ada versi Malaysia tengah on air. Nadhir Nasar jadi cikgu Hiragi. Wife Azlan ni jadi emak kepada pelajar bunuh diri.
Quote NickBaru1 15-10-2024 01:31 PM
Ok jugak tengok nilam ni berlakon dalam citer cikgu hiragi. Takde la kayu kayan kontrol cun

Lihat semua komen(21)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-10-2024 03:27 AM GMT+8 , Processed in 0.039840 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top